Bab 18: Zahir Nolan

24 9 0
                                    

"Unit dari keselamatan ingin memberi laporan over."

"Bagaimana?" Menghela nafas sebelum menjawab. Wajahnya tertunduk.

"Rumah Encik Aryan telah berjaya dimasuki. Isteri Encik Aryan tiada di rumah. Yang ada hanya ibu dan ayah Encik Aryan dengan keadaan terikat."

Berita tentang kehilangan Evie Adira menjadi heboh. Berita kehilangan isteri Aryan sampai di kaca televisyen Syafiqah sahabat Adira.

"What?" Syafiqah berdiri kerana terkejut mendengar berita Adira yang tiba-tiba menghilang. Khabar yang mengejutkan memberikan penuh kejutan dalam keluarga Syafiqah termasuk jiran Encik Hassan. Qila yang tadinya tengah busy masak di dapur terpaksa membiarkan masakannya dimasak sendiri.

Aryan yang baru sampai langsung masuk ke rumah dengan keadaan risau. Ia melihat kedua orang tuanya duduk di sofa. Ada 2 orang yang cuba menenangkan Puan Siti yang menangis teresak. Encik Izman cuba memujuknya dengan pelukan yang hangat.

"Ayah! Ibu!" Wajahnya keduanya melihat ke arah Aryan.

"Aryan!" Puan Siti segera memeluk anak lelakinya yang gagah itu. Ia cuba menjelaskan apa yang terjadi namun dirinya dikalahkan dengan tangisan. Encik Izman yang kehilangan menantu tidak dapat berfikir seolah fikirannya disekat oleh sesuatu.

Azlan menggeledah rumah. Tiada apa pun yang ditemuinya. Semuanya dalam keadaan baik.

"Cis, kau semakin berani Zahir!" Marah Azlan. Ia menggaru kepalanya. Ammar yang baru balik juga bergegas masuk rumah. Ia tidak tahu apa yang terjadi. Malahan, saat ia cuba menghubungi Adira, telefonnya tidak diangkat.

Ia memandang semua orang dalam keadaan risau terutama Aryan yang lagi memeluk sang ibu. Azlan yang dari kejauhan sedang mencari sesuatu untuk melacak keberadaan mereka. Melacak? Seperti apa?

Saat itu Ammar baru menyadari sesuatu.

"Aryan! Adira adik aku mana?" Tanya Ammar dengan reaksi seriusnya. Aryan tidak menjawab. Aryan malah menyuruh ayahnya untuk menenangkan ibunya. Aryan pergi ke belakang bilik. Ammar mengekorinya dengan rasa marah.

"Aryan! Adira kat mana?!" Tengking Ammar yang semakin risau.

"Aku tak tahulah! Kau ingat aku ni tahu sangat dia dekat mana!" Jawab Aryan sambil memegang telefonnya. Aryan menelefon berkali-kali tiada jawapn daripada Adira.

"Asal telefon ni asyik berdering je?" Tanya seseorang yang mungkin bawahan Zahir. Zahir yang mendengar rungutan daripada bawahannya segera merampas. Ia mematikan telefon Adira.

"Aryan Aryan. Aku dah bagitahu kau dahulu. Memang aku akan kembali pada masa yang tepat disaat kau lengah." Ia memandang Adira dengan pandangan yang jahat. Adira dengan keadaan terikat tidak sedarkan diri.

"CIS!" Adakah mereka akan berputus asa?

"Aryan tak kira kemana mereka bawa Adira kita harus cari dia." Aryan menghela nafas.

"Kau nak cari dekat mana?" Tanya Aryan dengan nada yang tinggi. Ammar memandang Aryan dengan pandangan yang tajam. Meskipun Aryan mempunyai pangkat besar Ammar tidak akan gentar di hadapannya.

"Habis tu kau nak biarkan dia pergi dengan lelaki gila tu? Eh! Kau tak tahu ke kalau dia tu psikopat dan orang yang pernah meletakkan bom sehingga ramai tentera kita mati?!" Ammar menolak badan Aryan. Aryan dengan rasa marahnya menarik kolar baju Ammar.

"Kau ingat senang ke nak cari manusia macam Zahir ni? Kau ingat negara kita ni kecil?"

"Habis tu kau nak biarkan Adira mati macam tu? Kau nak Adira dibunuh? Jangan-jangan kau memang nak suruh Adira mati supaya bila Adira mati kau boleh kahwin dengan Ophelia si perempuan yang tak tahu diri-" Ammar terpaksa memakan penumbuk. Azlan yang mendengar kecoh dari belakang menghampiri Aryan dan cuba menghentikannya dengan diekori ibu dan ayah Aryan.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now