Bab 14: Cinta masih mekar?

25 8 0
                                    

Suasana dirumah Encik Izman menjadi kacau-bilau. Sana sini bergaduh. Motor yang lalu lalang tak henti-henti terdengar.

"Apa masalah kau sebenarnya?" Tanya Ophelia yang memandang Qila dengan penuh tajam.

"Aku memang tak ada masalah. Yang bermasalah sekarang ni, yang kau nak berkepit dengan laki orang dah kenapa? Tak ada jantan lain ke? Habis ke jantan lain dekat dunia ni?" Tanya Qila dengan serius. Ophelia yang terasa mengubah reaksi mukanya agar tetap profesional.

"Bila masa pula aku ni nak berkepit dengan laki orang? Dah mak cik ni yang bawa aku." Jelas Ophelia yang berdiri sambil menyilangkan tangannya.

"Kau jangan sampai kau tak ada rambut eh. Muka kau yang macam hauk ni, aku simbah juga dengan minyak masak nanti!" Geram betul hati si Qila ni. Sampaikan rambut Ophelia sanggup dibotakkan.

"Akak! Sabarlah. Kita ni dekat rumah suami Adira ni. Tak sopan tau kita bergaduh dekat rumah orang." Bisik Syafiqah yang masih mencuba menenangkan kakaknya.

"Kak Qila. Sudahlah eh. Tak baik bergaduh. Kita bincang elok-elok jangan bergaduh. Nanti cepat tua kata orang."

"Adira! Takkan kau nak biarkan perempuan ni gangguan rumah tangga kau." Tiba-tiba nada suara Qila berubah lembut apabila bercakap dengan Adira. Takkanlah kita nak tengking orang yang tak bersalah kan? Suami Adira hanya perhatikan jelah.

Adira memandang Ophelia. Semua orang tidak tahu bahawa Ophelia dan Adira merupakan adik kakak. Namun, Adira memutuskan untuk merahsiakan semuanya, termasuk Ammar. Ammar yang sepupu dekatnya pun belum tahu kalau Puan Husna sudah mempunyai anak.

"Ye, Adira tahu. Tapi, kan elok kalau kita berbincang. Ada masalah kita selesaikan."

"Tak masalah dia sekarang ni! Perempuan ni.." tangan Qila cuba mengugut rambut Ophelia. Lengan bawah Ophelia yang masih disilangkan, langsung ditarik Aryan ke belakang. Ophelia yang terkejut hanya terdiam.

Ammar yang melihat dari jauh badannya bagaikan dibeku.

"Alamak! Gunung berapi dah nak meletup." Ujar Ammar dan langsung berlari ke dalam bilik untuk menghampiri Adira. Adira yang lihat hanya memegang tangan Aryan yang memegang lengan bawah Ophelia seketika berhenti. Suasana sunyi. Mata tertumpu ke arah Aryan dan Ophelia.

"Kenapa tengok aku?" Tanya Aryan yang memang tak tahu nak rasa bersalah. Siap bertanya lagi. Puan Siti yang menunjukkan, semakin membuat Aryan tidak mengerti.

Ammar yang dari belakang langsung meleraikan pegangan keduanya. Dan terjadilah suatu keadaan dimana Ammar menjadi orang tengah. Adira menoleh ke arah Qila dengan perlahan.

Fuh mat, gunung berapi memang meletus mat. Mentang-mentang Qila masih marah dekat Ophelia, dibiarkan Qila tu bergaduh dengan Ophelia. Suasananya, perghh sangat bising.

"Ya Allah Qila!"

"Akak sudahlah!"

"Wey sabar wey!"

"Sayang mengucap! Astaghfirullahalazim!"

Mak cik Jenab yang tidak mahu masuk campur langsung meninggalkan rumah Encik Izman. Pergi dengan kereta Honda. Uii, korang nak pinang mak cik Jenab ni tak? Kaya orangnya walaupun dah tua dan bukan gadis lagi.

"Wey wey wey! Kaki aku jangan dipijak!" Ammar berteriak apabila kakinya dipijak dengan kasut tumit tinggi Ophelia. Perghh, sakit mat bila kaki dipijak.

"KAKI AKU!" Suasana semakin menjadi. Aryan yang sudah tahu, menjadi rasa bersalah terutama terhadap isterinya. Langkah demi langkah menuju ke arah Adira. Kepalanya diletakkan di atas bahu Adira. Tangannya pula memegang lengan Adira.

Tak Seindah Bunga [C]Where stories live. Discover now