Bab 3

60 14 0
                                    

Tiada angin tiada ribut, rumah encik Hassan yang lawa namun selalu dipenuhi dengan suara-suara. Jiran sebelah hanya menggelengkan kepala.

"Apa masalah awak dengan Adira, sampai kejam sangat kata macam tu dekat dia." Hati encik Hassan menjadi panas apabila mendengar isterinya, Husna berkasar mulut dengan Adira. Puan Husna dengan gaya rambut yang berfesyen dan bergincu tidak menanggapi apa yang dikatakan encik Hassan.

"Awak dengar tak ni?" Puan Husna menggaru telinga. Bukan sebab gatal, itu hanya kerana tidak mahu mendengar nasihat daripada encik Hassan. Sesuai dengan pepatah, "Itik dimandikan takkan basah."

"Ish abang ni kan, kecoh betullah! Itu anak abang bukan anak saya pun en." Seru Puan Husna dengan meninggikan suaranya.

"Dahlah rumah ni busuk, berhabuk lagi. Ee geli." Dengan menyombongkan diri dihadapan suaminya sendiri.

"Kau makin tua makin menjadi. Orang makin tua makin tahu tarikh luput bila. Eh biarlah rumah encik Hassan ni busuk ke apa ke, janji hati tak busuk macam engkau!" Marah seseorang lelaki di belakang yang entah muncul dari mana. Keduanya menoleh ke belakang.

Seorang lelaki tinggi lampai muncul.

-Ammar Izan
-25 tahun
-Hobi yang suka menyakat.

"Ammar?" Namanya dipanggil dengan laju menoleh ke arah Encik Hassan.

"Assalamualaikum pakcik Hassan." Ucap Ammar dengan penuh senyuman di depan Encik Hassan.

"Walaikumusalam.." Ketika memandang Puan Husna, reaksinya berubah secara mendadak. Dilihatnya dari atas kebawah.

"Dah tua masih tak dengar cakap." Dilihatnya dengan penuh tajam. Encik Hassan hanya memegang bahu Ammar Izan.

"Ha! Aku juga boleh melentik." Meniru gaya Puan Husna. Puan Husna yang terasa hanya ketawa dengan penuh amarah.

"Kurang ajar eh budak sekarang."

"Eeehh kita yang dikatakan kurang ajar. Yang kau tu mengata Adira tak guna yang tu tak kurang ajar?" Tanya Ammar dengan penuh amarah.

"Astaghfirullahal'azim Ammar, mengucap Ammar. Tarik nafas dalam-dalam." Nafas ditarik dalam. Mata ditutup. Usai selesai, mata dibuka perlahan-lahan. Saat membuka mata di hadapannya masih ada Puan Husna. Belum pergi lagi dari hadapan Ammar rupanya. Dengan seketika senyumannya kembali jatuh.

"Ha, pakcik. Aku datang sini nak kata sesuatu. Esok aku pergi luar bandar nak bertemu dengan Adira. Tapi, ibu kata dia tak ada alamat rumah Adira. Jadi saya datanglah kesini sekalian menjenguk pakcik." Jelas Ammar atas bertamunya di rumah Encik Hassan. Encik Hassan hanya mengangguk kepala.

"Sekejap ya, pakcik tolong tengokkan. Kalau tak silap pakcik, pakcik masih simpan alamat dia." Encik Hassan bangun dari tempat duduknya. Matanya melilau mencari. Laci dibuka satu-persatu. Harap sangat dia tak lupa dimana dia simpan.

Sementara mencari, Encik Hassan menyuruh isterinya menghidangkan air kepada Ammar. Yelah, takut apa yang diminta Ammar lama dia cari sehinggakan dia kehausan.

"Husna, buatkan air untuk Ammar."

"Cis, menyampah aku!" Dengan laju Puan Husna menyahut.

"Aik! Dengan tetamu pun menyampah. Jangan risaulah makcik, saya pun tak ingin sangat dengan air tangan makcik." Tersedak Encik Hassan apabila mendengar Ammar yang terlalu kuat menyakat Puan Husna. Puan Husna yang merasa dirinya diperli, dia pergi meninggalkan keduanya di ruang tamu.

Pergi dengan menghentakkan kaki.

Encik Hassan yang melihat sang isteri hanya ketawa. Meskipun keduanya selalu bergaduh namun cinta Encik Hassan tetap ada di hatinya.

Tak Seindah Bunga [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora