PART 1

54 12 0
                                    

(CARMIELLA HIGH SCHOOL- CLASS 5 SERENDIPITY)

"Arissa,petang ni aku ada training lompat jauh." Kata Imani.

"Ok." Balas Arissa yang sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolahnya.

"Ok je?" Soal Imani dengan wajah cemberutnya.

"Ya lah,petang nanti aku datang tengok kau lompat macam katak kat padang tu." Wajah innocent  ditayang.

Imani Eliyana yang sudah masak dengan perangai loyar buruk sahabatnya itu hanya pasrah.Sudah 5 tahun mereka bersahabat,mustahil dia terasa hati dengan gurauan sahabatnya itu.

"Aku nak tanya sikitlah kat kau." Kata Imani. "Sikit je."Balas Arissa. "Erghh,,Fine!Engkau tak bosan ke 24 jam dengan buku?Cubalah aktif sukan sikit." Dia bukanlah apa,kalau bersama Arissa,mesti dia merasakan dirinya terpinggir tak pun menjadi pihak ketiga antara Arissa dan buku-bukunya.Sudah lama dia ingin menanyakan soalan itu dan harini hasratnya tercapai.

"Nak buat macam mana?Ni je cara aku untuk menyibukkan diri so,aku tak perlu fikir masalah kat rumah tu.Kalau main botam pun waktu petang takpun kalau jurulatih panggil.Kau kena ingat,kita dah nak SPM.Kau tu jangan lupa manage masa training dengan belajar." Penjelasan yang cukup bagi Arissa untuk Imani faham akan situasinya.

"Hah,aku pun nak tanya kat kau ni.Kau memang tak ada kelas sendiri ke?Sibuk masuk kelas orang." Niatnya bukan nak menghalau,tetapi waktu rehat sudah habis nanti kawannya inilah pula yang kena denda sebab lambat masuk kelas.

"Hehehe,ok aku masuk kelas sekarang."Dia tersentap dengan jawapan yang diberikan Arissa.Dia saja yang tahu kehidupan Arissa yang sebenar disebalik senyuman manisnya.Dia berasa bangga dengan Arissa kerana dapat bersabar dengan segala ujian yang menimpa.


(CARMIELLA HIGH SCHOOL -FIELD)

Setelah selesai menunaikan solat Zuhur,Arissa terus datang ke padang untuk menemani Imani dalam latihan lompat jauh untuk wakil sekolah ke peringkat daerah.Seperti biasa,Arissa tidak akan menghabiskan masanya hanya berpanasan duduk termenung,novel yang baru saja dibelinya semalam menjadi peneman.

Dari kerusi penonton sudah jelas keberadaan Imani yang sudah lengkap berpakaian sukan sedang melambai ke arahnya.Lambaian dan senyuman di balas.Kemudian,dia menyambung semula pembacaannya dengan fokus.

Baru saja satu perenggan dia membaca,pembacaanya terganggu dengan jeritan yang datang oleh muri-murid perempuan,tak lain tak bukan kumpulan Slaydies.Kalau ikutkan hatinya yang membara ini,nak saja dia menjerit agar mereka senyap.Persoalannya,mereka tidak penat ke mengejar orang yang  sudah terang lagi bersuluh menolak mereka.Secara ringkasnya,tak penat ke jadi beria?

"Aisar!!!!"

"Oh my god!He so hot!"

"That's my boy!"

Kata-kata bersama jeritan yang dilontarkan mereka membuatkan Arissa ingin muntah hijau.

"Ini kalau bagi sebaldi pun tak cukup.Seriously so annoying."Monolog Arissa bersama jelingannya.

"Wait,what are you talking just now nerd girl?" Soal Helena iaitu ketua kumpulan Slaydies.

"Eh,aku cakap kuat ke?Bukan ke aku cakap dalam hati?Macam mana boleh terkeluar ni?"Bisik hati Arissa.Senyuman manisnya ditayang.

"Nothing.I'm just ask who Aisar are you guys talking about?I'm wondering." Berguna juga dia menonton filem english malam-malam.Boleh la juga dia berlatih speaking untuk ujian lisan english nanti.

"You don't know Aisar Hayza?I'm so pity of you  nerd girl." Balas Helena dengan gaya yang ingin minta penampar oleh Arissa.

"Anak menteri kewangan ke?Anak raja kayangan ke?Perlu ke kenal mamat tu.Aisar Hayza?Tak pernah dengar pun nama dia kat sekolah ni atau aku memang tak perlu tahu fasal mamat tu." Bila mulut Arissa berkata-kata orang sekelilingnya pun dia tidak pandang.Bila dah berkata baru menyesal. Inilah perangai yang dibawa sampai mati oleh Arissa.

"Untuk pengetahuan kau,dia baru masuk sekolah ni hujung tahun lepas.Ramai pelajar sekolah ni baru kenal dia tahun ni sebab dia dapat  pecah rekod larian pecut Ryan Edward.Jadi,tahun ni dialah wakil sekolah dalam acara lari pecut ke peringkat daerah atau bakal ke peringkat negeri.HAHAHA." Jelas salah seorang ahli Slaydies dengan bangganya bersama ketawa bak Evil Queen dalam cerita Snow White.

"Look!Izham coming."Kata seorang pelajar perempuan.Bermulalah jeritan histeria bergema di seluruh pelusuk padang sekolah ni.

"Siapa pula si Izham ni?Kalau aku tahu siapa yang penyebab dia orang ni ganggu masa aku,memang aku pergi serang pakai senapang jiran sebelah rumah.Ingatkan dah boleh tenang baca novel aku ni.Ada lagi pontianak yang mengilai siang-siang ni."Monolog Arissa bersama gelengan kepalanya.Nak hairan, tapi perempuan.

Tanpa membuang masanya lagi,Arissa bangkit dari tempat duduknya lau menuju ke perpustakaan.Niatnya ingin menemani Imani telah dilupakan akibat musibah tadi.

Dalam perjalanan ke perpustakaan sekolah,telefon pintar miliknya berdering untuk diangkat.Kenapa boleh bawa telefon ke sekolah?Sebab boleh dik.Boleh bawa telefon tetapi ketika sesi pembelajaran,semua telefon disimpan oleh guru disiplin.Selepas tamat sesi pembelajaran baru boleh ambil balik.

"Engkau kat mana sekarang?Balik nanti singgah pasar raya beli barang dapur.Guna duit yang aku bagi kau bulan ni.Oh ya,lagi satu,engkau hari ni kena balik sendiri sebab Pak Wan kurang sihat.Ala,setakat jalan kaki 20km apalah sangat.Aku tahu,aku balik kerja kau dah siap masak untuk makan malam.Masak ikut menu yang aku dah sediakan kat dapur.Faham?" Arahan Puan Ramona kalah mak tiri Cinderella.

"Duit yang mak long bagi cukup-cukup untuk Rissa berbelanja bulan ni.Nak beli barang dapur mana cukup.Sudahlah banyak barang yang sudah habis." wang sakunya hanya tinggal RM55 saja.Dia bukan kedekut untuk guna duitnya tapi sekarang baru awal bulan 2.Masih banyak lagi perkara yang perlu dia selesaikan dengan duitnya.

"Aku tak kisah dengan alasan kau.Kau buat apa yang aku suruh.Jangan bantah.Kau tahu apa nasib kau kalau kau tak dengar cakap aku kan?" Susah bercakap dengan sejenis manusia yang tidak berperikemanusiaan ni.Binatang pun boleh faham situasi yang dilalui Arissa sekarang ni.

Belum sempat Arissa berkata apa-apa,panggilan diputuskan.

"What?20km apalah sangat?Dia yang joging 6km pun kena masuk hospital sebab pengsan tengah jalan.Tahu mengarah je.Sabar Arissa,kau kena faham dia dah tua.Kalau kau tak sempat berbakti sebelum dia tak ada macam mana?Tak tidur kau nanti sebab rasa bersalah.Setahun je lagi kau dibawah penjagaan mak tiri cinderella.Tahun depan kau dah boleh bebas seperti burung hantu Harry Potter."Monolog Arissa sambil berjalan ke destinasinya.











TBC...














Done for part 1!

How?Kalau enjoy,votelah.

Tunggu part seterusnya!!!

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now