PART 10

24 7 0
                                    

Selepas makan malam besama-sama,Arissa cuba untuk mencari waktu pergi dari situ.Bukan apa,dia berasa tidak selesa akan pandangan tajam yang diberikan oleh Puan Ramona dan Rosanne.Lagi pula,dia malas mahu berlama-lama disitu.Lagi lama dia disitu,lagi banyak soalan yang perlu dia jawab daripada Puan Ailyn.

"Eh,Arissa nak pergi mana tu?Marilah sini kita sembang-sembang." Tegur Puan Ailyn.Ailyn yang baru sahaja ingin bangun dari kerusi itu ditegur oleh Puan Ailyn.

"Arissa ada kerja sikit aunty.Maaf." Balas Arissa dengan senyuman yang ramah.

"Dia pemalu sikit Lyn.Kalau nak ajak dia berborak memang susah."Kata Puan Ramona tersenyum penuh makna.

"Baguslah tu jadi perempuan pemalu daripada tak ada rasa malu kan?" Sindiran yang sangat menusuk ke lubuk hati.

Puan Ramona dan Rosanne hanya diam berkutik.Tidak mampu berkata apa-apa.

Masuk sahaja Arissa ke dalam bilik,badannya terus direbahkan ke atas tilam.Badannya yang terasa penat bersama otot-otot yang lenguh itu seakan-akan memanggilnya untuk mencari masa rehat.

Baru saja kelopak matanya tertutup,deringan telefonnya berbunyi minta dijawab.Terpapar nombor panggilan daripada Imani.

"Assalamualaikum.Haiiiiiii buat apa tu?" Sapa Imani dengan ceria. "Waalaikumussalam.Baru nak tidur tapi kau kacau,so aku tak boleh tidur."Dia hanya berkata jujur dari hati yang ikhlas.

"Eiiii tak baiknya.Awalnya kau tidur minah." Balas Imani. "Aku penatlah seharian guna tenaga badan.So,sekarang ni aku nak rehat.Kau call ni kenapa?Ada apa-apa ke?" Dengan Imani memang kena straight to the point.

"Kau buat apa je harini?" Soal Imani. "Kemas buku-buku teks kat library lepastu boleh pula mak si Izham tu datang rumah.Haihhhh tak fasal-fasal aku kena tangguhkan tidur aku." Jelas Arissa dalam keadaan mamai.

"Ouhh,,betullah apa dia orang cakap yang kau dengan Aisar kan kat library lepas kelas tadi." Kata Imani.

"Wait,kau kata mak Izham datang rumah kan?Ke aku salah dengar?" Soal Imani. "Haah betullah.Kenapa?" Jawab Arissa. "Kenapa mak dia datang rumah kau pula dah?" Sifat ingin tahunya semakin mendalam. "Manalah aku tahu.Aku pun baru tahu tu mak dia.Tak sangka pula mak dia kawan mak long aku." Jawab Arissa. 

Matanya yang kian memberat telah membawanya terus ke alam mimpi dan meninggalkan kawannya bersendirian.

"Bertuah punya kawan.Boleh pula dia tertidur?"Balas Imani apabila pertanyaannya tidak dijawab.

Keesokan harinya,,, 

 "Kak Arissa,Cikgu Zoey panggil akak kat bilik guru." Kata seorang pelajar perempuan kelas 2 Euphoria.

"Cikgu Zoey?Ahh Okey.Thanks." Balas Arissa sambil tersenyum manis. "Ada stok buku lagi ke?" Soalnya pada diri sendiri.

(Bilik Guru CHS)

"Cikgu?" Sapa Arissa setelah tiba di hadapan meja Cikgu Zoey. "Oh ye Arissa.Eh,mana Aisar?Tak silap,saya suruh panggilan sekali si Aisar tu." Kata Cikgu Zoey sambil terjenguk-jenguk kepala ke pintu masuk. "Cikgu nak saya panggilkan ke?" Soal Arissa. "Boleh juga.Ada benda penting nak bincang dengan kamu berdua." Balas Cikgu Zoey.

Lantas,Arissa terus keluar dari bilik guru dan berjalan dengan pantas ke arah kelas Aisar.Pintu diketuk.Terlihat wajah Cikgu Lily sedang memandang ke arahnya.Senyuman semanis gula perang di tayang.

"Maaf mengganggu cikgu.Cikgu Zoey nak jumpa Aisar di bilik guru sekarang." Jelasnya lalu tunduk sedikit tanda hormat dan beredar.

"Hah,sampai pun kamu berdua.Mari duduk.Perkara pertama sekali yang cikgu nak cakap adalah...betul ke khabar angin mengatakan ada benda buruk terjadi semalam?Di perpustakaan?Boleh cikgu minta penjelasan daripada kamu berdua?" Tanpa perlu kiasan yang panjang,persoalan yang bermain di fikirannya dari pagi tadi membuatkan dia tidak tenang akan dua orang pelajar di hadapannya.

Masing-masing terkedu akan lontaran soalan berikut.Hairan?Sudah pasti.Apa yang berlaku semalam?Mereka hanya duduk di dalam perpustakaan saja.Apa pula musibah yang datang?

"Errrr,,,kami buat apa cikgu?Rasanya kami hanya buat kerja yang cikgu arahkan saja." Balas Aisar yang tak mahu berteka-teki lama-lama. Arissa hanya diam dan menganggukkan kepalanya tanda setuju akan persoalan Aisar.Otaknya menerawang untuk memikirkan hal-hal yang berlaku semalam.Lagipun hanya mereka berdua saja dan tidak ada orang lain selain mereka di dalam perpustakaan semalam.

"Betul kamu tak tahu?Ke buat-buat tak tahu?!" Nada Cikgu Zoey bertukar menjadi nada seperti guru disiplin.

Dua-dua menggeleng persis kanak-kanak yang kena marah sebab pecahkan pasu.Mereka masih diam dan menantikan bait-bait kata daripada guru yang berada di hadapan.

"Kalau saya tanya pasal ni?" Soal Cikgu Zoey lalu menunjukkan gambar Aisar dan Arrissa yang berada pada kedudukan yang sangat hampir.Gambar Arissa yang sedang tertidur manakala Aisar merenung dari arah yang boleh dikatakan agak dekat tapi masih ada jarak.Nak buat macam mana?Hati orang yang berpenyakit memang akan pandang negatif.

"Sa sa-" "Saya nak kejutkan dia untuk dia balik.Takkan saya nak tinggal dia tidur dalam perpustakaan seorang diri?Kepada siapa yang merakam gambar ini,saya doakan dia kahwin umur 55." Pintas Aisar dalam nada biasa tetapi berbaur seperti ugutan.Walaupun dia tidak bermaksudkan apa yang dia cakap.

Arissa terdiam dan hanya menikus di sebelah Aisar.Dia tak tahu untuk berbuat apa.Pandangannya hanya jatuh ke lantai saja.Tidak berani mahu membuka suara.

"Baik kalau macam tu.Saya terima jawapan kamu." Kata Cikgu Zoey seraya menghembuskan nafas kelegaan. "Jadi,saya ada lagi satu perkara nak minta tolong kamu berdua." Berharap agar mereka berdua dapat menerima tawaran ini.

"Apa tu cikgu?" Sekian kalinya,akhirnya Arissa bersuara

"Kamu berdua terpilih untuk menjadi wakil sekolah sebagai model remaja antara sekolah-sekolah." Jelas Cikgu Zoey dengan sekali nafas.

"What?!" Jerit mereka berdua serentak.







TBC

Vote,Comment,Share

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now