PART 2

57 9 0
                                    

(CARMIELLA HIGH SCHOOL - FIELD)

"Semaklah perempuan-perempuan tu.Tak tenang aku nak training harini."Baru nak rasa tenang  buat kali pertama dalam latihan lari pecut,dah ada gangguan.

"I admit that.Such a annoying."Benarlah kalau dikatakan sahabat,memang sekepala.

"Siapa suruh kau orang jadi hot students kat sekolah ni?Hadapilah dengan hati yang terbuka." Kata Razif,kawan kepada Aisar dan Izham.

"Hah ye,memang kami nak sangat pun jadi hot students kat sekolah ni.Semua salah muka handsome aku.Kalau tak,mesti aku tak kena ganggu." Izham dan sifatnya yang suka angkat bakul sendiri tak boleh dipisahkan.

"Kau tak tahu ke mak kau pernah cerita kat aku yang kau sebenarnya buat pembedahan plastik waktu kau kecil dulu.Aku rasa muka kau sebelum ni mesti hodoh gila.So,nikmat yang Allah bagi sekarang,Allah boleh ambil sekelip mata je." Kata-kata yang dilontarkan oleh Aisar tak sah kalau tak pedas.

"Sorry sikit.Aku 100% barang original bukan plastik.Nak aku buktikan?Parut kat tepi dahi aku ni dah terbukti segalanya berpunca dari kau juga." Geram dengan kata-kata sahabatnya.Parut yang berbekas sewaktu umur 9 tahun disebabkan berlaku pergaduhan antara dirinya dan Aisar.Sebab bergaduh?Hanya mereka saja yang tahu atau ada lagi yang lain tahu?

"Sudah.Kau orang berdua datang sini nak berlatih tau bukan nak berdebat." Risau akan situasi yang berlaku dihadapannya.Takut nanti ada buka gelanggang WWE kat padang.

"Kau acara lompat tinggi,tempat kau dekat hujung sana." Semua peralatan untuk lompat tinggi sudah siap sedia dipasang cuma tinggal pesertanya saja yang belum sampai.

"So,what are you waiting for?Keep walking straight." Dengan gaya seperti putera raja,Aisar menunjukkan jalan kepada Izham.

Maka,bermulalah sesi latihan mereka pada petang itu.Walaupun banyak gangguan,mereka tetap konsisten dengan misi mereka.Masing-masing menunjukkan kehebatan yang ada.Bilangan pelajar perempuan yang menjadi penyokong setia semakin bertambah.Kesimpulannya,semakin bertambah bilangan penyokong setia pelajar perempuan semakin bergema suara jeritan di padang.Guru disiplin pun tak mampu kawal.


(TEMPAT LATIHAN LOMPAT JAUH)

"Kenapa yang bising-bising tu?Ada apa?" Hairan dengan situasi yang berlaku.Nak cakap ada histeria,semua nampak macam gembira.Tak ada pula ustaz atau ustazah datang.

"Ala,biasalah bila hot students training for the first time macam tulah jadinya."Sudah masak dengan perangai para pelajar perempuan bila lihat lelaki kacak tambah berduit lagi-lagi aktif sukan.Bertambahlah perangai miang tu.

"Hot students?Siapa?"Setahunya,hot students di CHS sudah pindah ke luar negara.

"Aisar Hayza dengan Izham Erwin.Dua orang tu baru masuk sekolah ni hujung tahun lepas.Tahu-tahu dah famous.Tambah lagi dia orang tu anak jutawan.Memang cepatlah ulat bulu sekolah ni buat kerja." Ringkas dan padat penjelasan daripada Tya iaitu rakan seperjuangan Imani.

"Ini kalau kalah peringkat daerah buat malu air muka je." Bukan nak mendoakan yang tidak baik tetapi hanya andaian awal.

"Wait,tapi kenapa dia orang pindah sini?Mesti sebelum ni mereka belajar di sekolah yang lebih bagus kan." Saja ingin tahu tentang hot students sekolah ini.Tak adalah nanti kena cop katak dibawah tempurung.

"Setahu aku yang aku pernah dengar,sebelum ni dia orang belajar di luar negara.Lepas tu,mak ayah dia orang minta dia orang uruskan syarikat di Malaysia.Jadi,sekarang ni dia orang sedang belajar sambil bekerjalah kiranya.Pindah sekolah sini sebab dekat dengan rumah dan syarikat mereka." Ini mesti kes pura-pura tidur waktu orang tengah bersembang sebabtu boleh dengar semua benda.

"Pegang syarikat waktu umur 17 tahun?Interesting." Monolog Imani.


(CARMIELLA HIGH SCHOOL - LIBRARY)

"Biah yang sesuai untuk aku baca novel aku ni.Dengan ini,aku merasmikan perpustakaan CHS ialah tempat privacy aku." Penat dengan jeritan di padang.Dengan berkat kesabarannya,akhirnya dia menjumpai tempat yang sangat sesuai bagi jiwa seorang pencinta buku.

Tanpa disedarinya,jam sudah menunjukkan angka 5.00 petang.Notifikasi dari aplikasi WhatsApp yang tidak berhenti berjaya menarik perhatian Arissa daripada terus menerus membaca.

"Astaghfirullah.Macam mana aku boleh tak perasan dah lewat?Aduh,sempat ke aku nak beli barang lepastu masak makan malam?Sebelum tu,aku mesti jumpa Imani dulu.Sudahlah aku tinggal dia di padang macam tu je." Perangai gelabah dan cuainya tak pernah hilang dan sentiasa ada bersamanya.

Tanpa berlengah lagi,Arissa terus keluar dari perpustakaan lalu berlari ke padang.Malangnya,Imani sudah pulang ke rumah dahulu.Dia sudah cuba mencari Arissa tetapi tidak jumpa lantas dia mengabarkan hal itu kepada Arissa 10 minit lepas.Akan tetapi Arissa lewat membaca pesanannya.

"Jadi sekarang,aku tak ada sesiapa untuk minta bantuan.Aku perlu berjalan kaki pulang ke rumah sepanjang 20km.Mak long balik kerja pukul 8.00 malam kan?Aku rasa sempat untuk sampai sebelum pukul 7.00 malam.Tapi,boleh ke?Tawakkal pada Allah sajalah." Cuba menjadi tenang dan fikir secara baik adalah pilihan yang terbaik pada masa ini.

Uniform sekolahnya digantikan dengan t-shirt yang dia sentiasa sediakan di dalam beg galasnya.Dengan langkah yang dimulai Basmalah,dia berjalan kaki pulang ke rumahnya keseorangan.Kenapa tak naik teksi atau grab?Takut tak cukup duit.

Badannya yang semakin lesu itu menyukarnya untuk berjalan.Otot-otot yang sudah tegang menambahkan kesakitan pada dirinya.Sudah satu jam dia berjalan kaki tetapi bangunan pasar raya langsung tidak kelihatan.Pemandangannya hanya dihiasi dengan pokok-pokok di sepanjang jalan raya.

Baru saja dia mahu menelefon mak longnya,telefonnya terjatuh ke dalam lubang longkang yang dalam akibat terkejut akan bunyi hon motosikal dari arah belakangnya.Tanpa pedulikan motosikal yang menghonnya tadi,dia duduk menonggeng untuk melihat keberadaan telefonnya yang terjatuh.

"Dalamnya longkang ni.Macam mana aku nak ambil telefon aku?"Monolog Arissa lalu kembali berdiri.Kedua-dua belah tapak tangannya dibersihkan menggunakan bajunya untuk menghilangkan pasir yang melekat pada kulitnya.

"Why you do that?What are you looking for?" Suara garaunya bersama raut wajahnya yang dingin dapat membuatkan hati kecil Arissa berasa gementar tika itu.Helmet dikepala tidak ditanggalkan dan mewujudkan tanda tanya Arissa.

"Sekarang aku kena buat apa?Lawan ke?Oh,aku tahu!Aku perlu lari sebelum lelaki ni bawa lari aku ke Bangladesh." Bisik hati Arissa.Air liur ditelan lantas dia mengambil beg sandangnya dan membuka seribu langkah.

Belum sempat lima langkah,lariannya terhenti.Terasa beban di bahagian belakang.Seakan ada yang menarik begnya.Tanpa berasa takut,kepalanya ditoleh ke belakang dan ternyata betullah sangkaannya bahawa begnya ditarik oleh lelaki itu.Dia sudah redha dengan apa yang berlaku padanya selepas itu.Badannya yang lemah itu tak mampu berbuat apa-apa.

"Kenapa kau lari?"








TBC....














TBC

Vote,Comment,Sahare!

OUR DESTINYKde žijí příběhy. Začni objevovat