PART 15

22 7 0
                                    

Setelah mendengar arahan daripada Izham,Arissa menggulingkan bola matanya tanda menyampah.

"Aku dah cakap aku tak nak!Tak faham ke?Hish,tak belajar bahasa Melayu ke waktu sekolah rendah?Habislah aku lepas ni.Macam mana kalau geng-geng Melissa tahu?"Rungut Arissa.Dia masih terbaring di atas katil sambil mengusutkan rambutnya dan tidak mengendahkan arahan Izham tadi.

Hanya dalam beberapa minit setelah perbualan mereka tamat,  jejaka itu  di luar perkarangan rumah.Arissa yang sedar akan kehadiran sebuah kereta mewah itu terus menyorokkan dirinya akan tetapi ada sesuatu yang membuatkannya untuk keluar dari tempat persembunyiannya.Puan Ramona terlebih dahulu menyapa Izham dengan mesra.Terbuntang mata Arissa melihat situasi itu.

Cepat-cepat Arissa datang ke arah mereka berdua dengan masih berpakaian di rumah.Puan Ramona membulatkan matanya kerana melihat keadaan anak saudaranya yang sebegitu.

"Arissa,Izham kan dah sampai,kenapa masih tak bersiap?"Soal Puan Ramona sambil mengetap giginya.Arissa memandang Puan Ramona dan Izham silih ganti.

"Ris tak nak keluar dengan Izham,Mak long." Balas Arissa."Kenapa pula?Izham pun dah sampai.Pergi masuk bersiap sekarang juga."Nak tak nak Arissa terpaksa akur akan arahan yang satu itu.Izham yang melihat muka pasrah Arissa hanya tersenyum sinis.

Izham dan Puan Ramona rancak bersembang sementara menunggu Arissa bersiap.Paun Ramona pun sudah dimaklumkan tentang pertandingan tersebut dan dia buka hati untuk lepaskan Arissa kepada Izham.

Hanya mengambil masa 10 minit,tubuh batang Arissa keluar dari ruang utama rumah itu.Arissa menyalami Puan Ramona.Selepas itu,Arissa dan Izham memasuki kereta Mercedes hitam milik Izham.Sudah pasti bukan Izham yang pandu tetapi pemandunya kereta dia masih berada di bawah umur.Dia bukanlah seperti sahabatnya yang satu itu,tidak ingat posisinya yang masih pelajar sekolah tetapi sudah pandu kereta di atas jalan raya besar.

Keadaan di dalam kereta menjadi sunyi dan janggal bagi Arissa.Dia tidak suka akan keadaan seperti itu.Dia cuba untuk mencari topik perbualan.

"Kat mana tempat penggambaran kita hari ni?"Soal Arissa. "Garden"Jawab Izham singkat dan padat.

Sepanjang perjalanan ke destinasi yang dia sendiri tidak tahu di mana,dia hanya merenung ke luar tingkap bagi menghilangkan rasa bosannya.Lama kelamaan,matanya kian memberat dan akhirnya dia terbuai dalam dunianya sendiri.

Arissa terjaga dari tidurnya kerana dia terasa kereta berhenti dan sangkaan dia betul.Kereta itu telah di parkirkan di tempat parkir kereta di sebuah taman.Arissa berasa kagum dan teruja dengan permandangan yang dia sedang lihat.Dengan matanya yang terpisat-pisat,Arissa berjalan menuju ke ruang utama taman itu.Dia yakin itu kali pertama dia menjejakkan kaki ke taman seperti itu.


"Lawa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lawa.Pandai Izham pilih." Kata Arissa sambil menilik bunga-bunga yang ada disitu.

"Tch.Seriuslah kau kata Izham yang pilih?Lambat lagi dia pilih tempat macam ni."Celah satu suara garau dari arah belakangnya.Lantas Arissa memusingkan badannya.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now