PART 8

29 8 0
                                    

(CAFE CROWN)

Setelah tamat sesi persekolahan,Arissa terus menunggu ketibaan Imani di meja hadapan cafe di sekolah itu.

"Mana pula si minah ni?Dia masih merajuk dengan aku ke?Aduh,tu la kau nak berlakon sangat.Sekarang padan muka kena sidai." Sudah menjadi kebiasaan bagi Arissa dan Imani,setelah tamat sesi persekolahan,mereka akan melepak di cafe ini.

"Aisar!Aisar Hayza!Wait!" Terdengar suara jeritan Imani sambil berlari mengejar seorang jejaka.

"Aish,apa yang susah sangat kau nak berhenti jantan oi.Aku just nak minta maaf je  bukan nak autograf kau pun." Bebel si Imani dalam tercungap-cungap.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?Asal?Muka aku hodoh sangat ke wey?" Terlihat Arissa yang sedang berdiri tegak bersama wajahnya yang terkejut memandang ke arahnya.Cepat-cepat dia keluarkan telefonnya untuk melihat wajahnya setelah berlari seperti merentas desa itu.

"Bukan.Aku terkejut.Sejak bila kau pandai main kejar-kejar dengan lelaki ni?" Balas Arissa bersama wajah terkejutnya yang tidak berubah dari tadi.

"Bukanlah mangkuk.Tak ada masa aku nak main kejar-kejar dengan jantan.Aku kejar dia tadi sebab nak minta maaf je.Aku tertumpahkan air sirap kat dia waktu rehat tadi." Perkara yang berlaku antara mereka berdua ibarat masa silam.

"Ouhhh,ingatkan kau dah buang tabiat tadi main kejar-kejar waktu panas macam ni."Masih dengan spekulasinya.

"Erghhh...dahlah,biarlah dia.Asalkan aku dah ada effort nak minta maaf.Wait,kenapa kau tak order lagi makanan?" Penat berlari semata-mata nak minta maaf tetapi dipulaukan begitu je.

"Errrr sebenarnya aku tak boleh lepak hari ni.Aku kena tolong Cikgu Zoey kat library.Sorry." Beg sandangnya yang berwarna coklat cair itu di ambil.

"Lahhh kau ni,bukan nak bagitahu awal-awal.Kalau tak boleh aku call Pak Jamal ambil aku awal."Riaksi Imani luar daripada sangkaan Arissa.Ingatkan Imani nak tarik tudung dia sebab tak bagitahu dia awal-awal tapi lain pula yang jadi.

"Kau call lah sekarang.Aku kena pergi sekarang.Bye pungut." Kepala Imani diusap lalu dia beredar dari situ dengan lari-lari anak.

"Asam garam betullah minah ni.Boleh dia pungutkan aku?"Pemergian Arissa dihantar oleh pandangan tidak puas hati milik Imani.

(DYNAMITE LIBRARY)

Kaki melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu dengan perlahan.Sunyi.Ya,keadaan di dalam perpustakaan itu sangat sunyi kerana waktu sekolah sudah tamat.Hanya kedengaran detik jarum jam yang sentiasa berjalan mengikut saat.

Tiba-tiba,kepalanya berpaling ke kanan dengan segera akibat bunyi buku jatuh dari arah itu.Organ utama,jantung yang sedang mengepam darah dengan laju ke seluruh badan yang dipengaruhi oleh hormon adrenalinnya tika itu.

"Siapa tu?Cikgu Zoey?" Masih beranikan diri untuk bersuara walaupun diri dalam ketakutan.

"Arissa?" Suara garau Cikgu Zoey yang jelas ditelinga Arissa.

Terhinjut kedua-dua belah bahu milik gadis itu akibat terkejut akan sapaan itu.

"Awak ok tak ni?Kenapa muka tu macam baru nampak han..-" Percakapannya terhenti apabila sepasang matanya tertacap pada sebatang tubuh yang sedang berdiri di sebalik rak-rak buku disitu.

Kaki melangkah ke arah objek yang menjadi tarikannya waktu itu.Langkahnya dibuntuti oleh Arissa.

"Aisar?" Satu nama yang mudah meniti di bibir.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now