PART 24

4 0 0
                                    

"Aku nak minta tolong kau orang sikit."Kata Aisar sambil tersenyum manis. "Kau dah kenapa senyum macam tu?"Balas Naura. "So scary."Sambung Lily. Senyuman Aisar terus hilang dan wajah dinginnya kembali melakukan tugas.

"Tolong apa?" Soal Naura dan Lily serentak. "Esok,aku tak nak ada sikit pun gangguan atau apa-apa yang boleh menyusahkan hidup aku.So,aku nak kau orang bawa Helena dan gang dia pergi stor belakang tandas lama tu.Jangan risau,tiada siapa akan perasan kau orang.Lagipun tempat tu kan pelajar kat sini memang takut nak pergi."Jelas Aisar. "Ha ya,untuk pengetahuan kau,kami pun antara pelajar kat sini tau.Jadinya,kami pun takut tempat tu."Jawab Lily. "Yang kena perginya bukan kau orang.Dia orang je.Kau orang hanya perlu umpan dia orang untuk datang ke stor tu je."Jawab Aisar lagi. "Ouhhhhhhh.Ok."Balas Lily. "Wait,apa tujuan kau nak kurung dia orang dalam tu?"Soal Naura. "Macam aku cakap tadi,aku tak nak berlaku apa-apa yang boleh menyusahkan hidup aku esok.So,kalau dia orang kacau aku atau kacau Arissa,buang masa aku je nak uruskan dia orang semua tu."Jelas Aisar. "Hurmmmm,,faham.Alright."Balas Naura sambil tersenyum segaris.Mereka setuju saja asalkan kawan mereka yang seorang itu tidak dikacau oleh Slaydies.Mereka tak mahu melihat Arissa menangis lagi hanya disebabkan perbuatan mereka.

"Kau tahu ke macam mana nak tarik perhatian dia orang?"Soal Naura kepada Lily. Lily hanya mengangkat kening sebelah kanannya sahaja sambil tersenyum.Bermakna dia sudah ada rancangan dan jawapan daripada pesoalan Naura. "Slaydies minat siapa?"Soal Lily. "Minat laki orang."Jawab Naura selamba. "Errrr..betul-betul.So,kita umpan dia orang dengan laki orang tu."Jawab Lily lalu telefon pintarnya dikeluarkan. "Tapi kan Aisar kata dia tak nak diganggu."Balas Naura. "Siapa kata Aisar kena ada kat tempat tu?Come on Alyssa Naura.Semua dihujung jari saja maaa."Balas Lily lalu menekan nama Helena di senarai kenalan dalam aplikasi WhatsApp. "Kau simpan nombor dia?"Soal Naura bersama muka terkejutnya. "Eh,haahlah!Bila pula aku simpan nombor dia?Entahlah.Aku pun baru perasan aku simpan nombor dia."Jawab Lily  lalu tersengih.Naura hanya menepuk dahi saja.

Pesanan mesej telah dihantar menerusi aplikasi WhatsApp. "Zaman bila pakai tektik macam tu Lily?HAHAHA.Dah lapuklah."Tegur Naura yang membaca pesanan Naura kepada Helena. "Helena,esok waktu pemilihan atlet, jumpa I kat stor belakang tandas lama.Ha,tak ke kau rasa lapuk?" "And then,macam mana?" "Helena,aku ada berita baik untuk kau fasal perempuan malang tu.Aku rasa kau patut tahu fasal ni dan aku pasti kau akan dapat apa yang kau nak kalau kau datang jumpa aku kat stor belakang tandas lama,esok waktu pemilihan atlet.Don't be late if you don't want regret."Pesanan yang baharu oleh Naura dihantar dan pesanan daripada Lily dipadam serta merta. "Aku nak tanya,kalau kau simpan nombor dia,dia simpan ke nombor kau?" Soal Naura"Mana aku tahu.Tapi gambar profile ada."Jawab Lily."Mana tahu dia buka untuk semua."Pernyataan daripada Naura membuatkan Lily terdiam seketika. "Biarlah.Dia bukan bijak mana pun,yang dia tahu ada kena mengena pasal Arissa mesti dia laju punya."Balas Lily lalu memasukkan telefon pintarnya kembali ke dalam poket seluar sukannya.

Hari kejadian

"Arissa dah sampai ke?"Soal Imani yang sedang memakai kasut sukannya.Imani juga sudah dimaklumkan dengan perancangan mereka. "Belum.Aisar kata Izham pergi ambil dia."Jawab Lily. "Ouhh.Untunglah orang ambilkan."Balas Imani lalu bingkas dari tempat duduknya dan membetulkan tudungnya di hadapan cermin. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now