PART 18

18 6 0
                                    

Setelah beberapa minit,Arissa keluar dari tandas lengkap berpakaian yang diberi Aisar tadi.Kemudian,mereka berdua berjalan kaki ke surau yang terdapat di tempat itu.

"Jauh ke surau tu?Kenapa tak naik kereta?"Soal Arissa yang tertanya-tanya akan di mana terletaknya surau yang mereka akan pergi. "Kat sini tak ada surau." Jawab Aisar dengan tenang. "Lepastu,kita nak pergi surau mana?"Soal Arissa lagi. "Kita solat dekat homestay keluarga aku."Terang Aisar.Arissa hanya menganggukkan saja jawapan dari Aisar.

Kedudukan mereka yang seorang depan dan seorang belakang dirakam oleh seseorang dari jauh.

"Comel je pergi solat sama-sama."Tersenyum dengan gambar yang dapat dirakamnya. "Ouh ni rupanya kerja kau dik."Tegur Louise dari arah belakang Sophie.Hampir-hampir saja telefon yang jenama Iphone itu nak tercium lantai.

"Ish abang ni!Terkejut tahu tak.Ala bang,bukan selalu dapat tengok momen macam ni."Jawab Sophie lalu tersenyum. "Ikut kaulah dik.Asalkan kau bahagia.Dah,tepi.Abang nak pergi homestay abang juga.Kau tu tak solat duduk sini."Balas Louise lalu menolak perlahan tubuh Sophie. "Punyalah besar ruang nak jalan,badan aku yang kecil ni juga dia nak tolak."Omel Sophie.

"Hah masuklah.Ambil kunci ni."Kata Aisar lalu menghulurkan kad pengakses pintu. "Kau nak solat kat mana?"Soal Arissa yang masih sudi menyambut kad itu. "Aku solat kat homestay Abang Louise.Sebelah ni je.So,nanti tunggu je aku dekat depan ni.Itupun kalau kau yang tunggulah."Pesanan yang diselitkan dengan perlian dan dibalas dengan jelingan.Lantas Arissa memasuki rumah itu.

"Tak habis lagi ke drama tu?"Tegur Izham yang sedang bersandar di hadapan pintu rumah Louise.Aisar hanya diam dan berjalan melintasi Izham. "Hek eleh,kerek betul mamat ni." Monolog Izham sambil bercekak pinggang.

Arissa yang baru sahaja ambil wudhu itu terdengar sesuatu yang datang dari arah dapur.Hormon adrenalinnya berfungsi dengan pantas.Jantungnya berdegup mengepam darah dengan laju ke seluruh organ.Apakan daya,Arissa ialah Arissa.Sifat degilnya memang tak dapat dipisahkan.Perasaan takut menyelubungi dirinya tika itu.Tapi di beranikan dirinya juga untuk melihat apa yang berlaku di dapur.

Dia melihat di segenap dapur itu dan dia tidak dapat melihat apa-apa yang mencurigakan.Baru sahaja dia ingin memutarkan badan dia,tiba-tiba sahaja seluruh anggota badannya terpegun.Pandangan Arissa turun ke kakinya.

"Arghhhhhhh!!!!!" Jerit Arissa sekuatnya.Rohnya tika itu terasa keluar daripada jasadnya dan terbang melayang.

"Weyh,siot.Pontianak mana yang terlepas ni?"Izham yang baru lepas keluar dari tandas itu segera pergi ke ruang tamu.Dia melihat Aisar yang berlari laju keluar rumah selepas saja memberi salam yang kedua.

"Arissa!?Kenapa kau  menjerit?"Soal Aisar yang baru saja merempuh pintu rumah itu.Nasib sahaja pintu itu ada akses cap jari. "Aisar!!!Helep.Huwarghhh!Aku tak boleh berjalan."Balas Arissa masih dalam keadaan ketakutan bersama suara yang tahan tangisan. "Kau kat mana?"Soal Aisar cemas. "Da-dapur."Segera Aisar berlari ke dapur dan dia melihat Arissa yang menggigil satu badan. "Kenapa?"Hairan dengan keadaan Arissa tika itu.Nak kata ada pencuri,tiada. "To-tolong am-ambil dia."Kata Arissa tergagap. "Ambil sia-?"Kini,pandangan Aisar jatuh pada kaki Arissa. "Meow."Seperti tahu keberadaan tuannya di situ dia pun mengiau sambil menggeselkan badannya di kaki Arissa.

"Arghh!!Huwargh!Please ambil dia!Now!"Rayu Arissa.Aisar yang melihat akan gelagat gadis di hadapannya itu hanya berdiri memerhati sambil ketawa terbahak-bahak.

"Lah,kau takut kucing rupanya.HAHAHAHA"Kata Aisar bersama ketawanya. "Shut up!Cepatlah ambil dia!"Jerit Arissa. "Ya,ya.Sabarlah.Binatang lain tak takut.Dengan manja takut pula."Perli Aisar sambil mengangkat kucing itu. "Manja tak manja.Kalau spesies kucing sama je."Balas Arissa lalu mengelap air matanya yang tersisa. "Kau menangis Arissa?HAHAHAHA!"Usik Aisar terkedu melihat air mata Arissa. "Diamlah kau!Dah,keluar!"Geram akan perangai Aisar yang mengusiknya. "Jomlah manja.Orang dah tolong dia bukan nak berterima kasih pun.Halau kita pula."Kata Aisar bersama tawanya lalu beredar dari rumah itu.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now