PART 4

32 8 0
                                    

"Thanks again." Lantas,helmet diserahkan kepada pemilik asalnya. 

Pulangan Arissa masuk ke rumahnya dihantar oleh sepasang mata milik Aisar.

"Engkau,bila aku cakap balik sendiri tak bermakna engkau boleh bersuka ria balik dengan jantan lain!Kau balik lambat ni,jantan tu bawa pergi mana?Hotel?Rumah dia?Cukup mak kau dah jadi perempuan murah, kau pun sama  nak ikut perangai mak kau tu?Tak tahu malu ke?" Tidak cukup ditengking,tudung yang dipakai Arissa ditarik kuat olehnya sehinggakan Arissa jatuh terduduk.

"Mana ada Riss buat benda tak elok.Lelaki tu nak tumpangkan Rissa balik je sebab hari dah lewat." Air mata yang berjurai di pipi mulusnya menjadi saksi keperitan yang dirasai disebabkan fitnah yang dilemparkan oleh Puan Ramona.

"Kau jangan nak bagi alasan Arissa!Sekarang ni,mana barang-barang yang aku suruh kau beli?Kat dapur tu dah tak ada langsung barang untuk masak tahu?" Kini,badan Arissa pula yang menjadi mangsa heretan Puan Ramona.

"Arissa terlupa mak long.Tadi nak balik rumah cepat  sebabtu Arissa terus balik rumah." Dia bukan tidak mahu membeli,tetapi memang benar yang dia terlupa untuk singgah di pasar raya.Tambahan pula,dia naik dengan seseorang yang tidak dikenalinya.

"Engkau menggatal dengan jantan boleh pula?Aku suruh beli barang dapur,banyak pula alasan kau bagi!Engkau memang nak kena dengan aku kan Arissa?"Tudung yang sudah tertanggal dari kepala Arissa menampakkan rambut panjang gadis itu.

Tanpa memikirkan kesakitan yang dirasai gadis itu,Puan Ramona terus menarik rambut  Arissa dengan kuat.Tangisan Arissa tidak diendahkan olehnya apatah lagi rayuan daripada gadis itu.Tangisan dan rayuan gadis itu membuatkannya bertambah geram dan semakin kuat rambut ditarik.Jasadnya kini seperti dirasuk.

"Mama!Stop it!"Suara seorang gadis yang datang dari tingkat atas.

"Kenapa ni?Apa yang budak hingusan ni buat kat mama sampai macam ni?" Risau akan keadaan mamanya,lalu tubuh yang dihadapannya didakap oleh Rosanne.

"Why not mama naik atas,pergi rehat.Biar Anne yang uruskan budak ni."  Tubuh Puan Ramona ditolak perlahan agar naik ke biliknya.

Setelah sedari ketiadaan Puan Ramona,Arissa yang terkulai lemah di lantai didekatinya.Pipi Arissa dicengkam dan di dongakkan supaya memandang ke arahnya.

"Aku tak tahu apa yang kau buat kali ni sampai mama marah sangat.Aku tak faham dengan manusia macam kau ni,bila buat baik kau pijak kepala nak kami layan kau macam dulu ke?Tak serik?Kau perlu beruntung aku datang tadi,kalau tak,aku tak tahu apa nasib kau perempuan." Cengkaman di pipi Arissa dilepaskan secara kasar.Selepas itu,kaki di orak langkah menaiki tangga dan ditinggalkan Arissa begitu saja.

Tangisannya yang tidak boleh berhenti ditambahkan dengan rasa pedih di kulit kepalanya membuatkan  kepalanya terasa berpijar dan menyukarkan dia untuk berdiri dengan baik.

Biliknya yang berada di luar belakang rumah menjadi destinasi yang terakhir.Bilik yang sebenarnya untuk pembantu rumah dijadikan bilik tidurnya sejak Arissa berumur 13 tahun hingga kini.

"Kenapa hidup aku tak sebahagia orang lain?Kenapa aku tak boleh rasa bahagia walaupun sekejap?Kenapa?" Tangisan demi tangisan.Air mata yang tidak putus-putus daripada terus mengalir itulah dapat menenangkan jiwanya tika ini.

"Arissa,tak baik kau persoalkan macam tu.Ingat,setiap ujian yang hadir menandakan Allah sayang pada hambanya.Kau perlu bersyukur kasih Allah pada kau masih ada.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Kau perlu kuat dan sabar dengan setiap ujian.Allah bersama orang-orang yang sabar."Diri sendiri menjadi penguat dalam hidup untuk kekal kuat.Sakit untuk diterima akan takdirnya tetapi dia tahu Allah tidak akan membebani hambanya diluar kemampuan seseorang.

Tuala yang tersidai digapai lalu bilik air dituju.Setelah selesai urusannya dalam bilik air,telekung dipakai dan sejadah dibentang.Hanya Allah sajalah tempatnya mengadu setiap perkara.Hatinya menjadi tenang dan lapang.

Selesai menunaikan solat Maghrib,Al-Quan dibuka dan dibaca dengan tartil dan bertajwid.Pengajiannya di Carmiella High School bukan sekadar akademik semata malah,unsur-unsur agama Islam juga ditekankan.Jadi,setiap ilmu yang dipelajari bersama ustaz dan ustazahnya disekolah itu diterapkan dalam hidupnya.

(DALAM BILIK  AISAR HAYZA)

"Kenapa muka mak cik tu macam familiar ea?Aku pernah jumpa kat mana-mana ke?Atau khayalan aku je?Siapa budak perempuan tu?Kalau betul dia budak CHS,esok mesti aku jumpa dia.Tapi,masalahnya muka dia pun aku ingat tak ingat je macam mana nak kesan dia wujud ke tak kat sekolah tu?" Kepala dibaringkan di atas bantal empuknya.Peristiwa senja tadi terjah dalam ingatan.

Ketika diri sibuk melayan persoalan yang berada difikiran,telefonnya berdering minta diangkat.

"Hah,assalamualaikum kau mana?Islam ke kafir?Ini tak,angkat-angkat terus ajak lepak.Dah solat ke belum kau ni?"Itulah kalau sudah keluar mulut laser si Aisar ni,kalah perempuan.

"Tempat biasalah.Aku pun ada perkara nak tanya kau.Tunggulah aku kat sana."Layankan ajalah perangai sahabatnya yang suka lepak itu.

Kadang-kadang geram juga dengan perangai Izham yang ambil remeh tentang peperiksaan yang mereka wajib ambil hujung tahun ni.Ada jugalah si Aisar ni ajak buat study group tetapi ditolak mentah-mentah oleh Izham.Budak kelas pertama memang berlagak macam pandai semua benda ea?Tidak,hanya Izham Erwin saja yang begitu.

Baju melayu yang dipakainya ditanggalkan dan diganti dengan baju t-shirt polo berwarna biru gelap.

Perjalanan ke pintu utama,Aisar terserempak dengan bonda dan ayahandanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu utama rumah itu.

"Kamu nak ke mana malam-malam ni?" Hairan dengan anaknya yang segak berpakaian keluar malam-malam.Sudahlah hari ini Aisar pulang lewat dari sekolah.Sampai-sampai rumah terus azan Maghrib berkumandang.

"Aisar keluar jumpa Izham kat tempat biasa.Izham yang ajak.Oklah,bonda dengan ayahanda sambunglah balik tonton drama tu,Aisar pergi dulu.Assalamualaikum."Keizinan sudah diminta lantas, tempat destinasi dituju dengan menaiki motosikal Yamaha R25 nya.













TBC...

Vote,Comment,Share!

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now