PART 12

29 7 0
                                    

"Cool.So,nanti kita pergi jumpa CIkgu Zoey bagitahu keputusan." Balas Izham dengan semangat. "O-okey." Risau akan keadaan Izham yang terlampau teruja. "Dia punya teruja macam baru lepas bercakap dengan crush." Monolog Arissa.

Setelah Izham keluar dari kelas tak tahu dia nak pergi mana,maka datanglah dua orang lembaga yang dari tadi menjadi penonton tanpa bayaran.

"So,kau memang akan partner dengan Izham lah kan?" Soal Naura dengan mata yang bersinar. "Macam tu lah." Jawab Arissa dengan senyuman segaris."Wow!Weyh tak sabarnya nak tengok kau orang jadi model terpaling hot.HAHAHAH" Balas Lily. Boleh kena heart attack bila suara pontianak dia keluar. "Tak sabar nak tengok reaksi perempuan-perempuan yang malang tu." Tambah Naura dengan mimik muka menyampah tambah jahat. "Oh yes!" Disertai Lily.

CLASS 5 EUPHORIA

"Hey dude.I have good news for you!" Kata Izham sambil menepuk meja Aisar dengan kuat.Hampir-hampir saja Aisar tersedak air yang diminumnya.

"Kau ni kan kalau sehari tak buat aku panas dengan kau memang tak sah.Belum makan lagi kan?" Kata Aisar dengan pandangan mautnya sambil membuat penumbuk disebelah tangan kanannya. "Hehehe,aku tahu kau sayang aku.Tak pe,tak pe aku dah makan tadi.Mummy buatkan nasi lemak untuk aku.Kau simpan je lah yang ni ye."Balas Izham dengan sengihannya sambil membawa turun penumbuk Aisar ke bawah meja. Tahu pun takut.Buat hal betul dia ni.

"Hah,apa good news yang kau beria sangat ni?" Soal Aisar. "Beria?Seriuslah Aisar Hayza?Aku sanggup datang kelas kau jauh-jauh.Kau boleh cakap aku beria?Sampai hati kau." Drama pukul 6 petang bermula. "Kau tak payah nak merepek pagi-pagi ni boleh tak Iz?Kelas kau dengan aku sebelah-sebelah je tak jauh macam pahala dengan dosa kau.Mummy bagi kau makan apa sampai jadi teruk macam ni?" Balas Aisar sambil mengurut pelipis dahinya.

"Whatever.Ni aku nak bagitahu bahawasanya Arissa Humaira officially be my partner in ISSFS." Jelas Izham dengan senyuman bangga yang ditayang. "Nice.So goodluck." Jawab Aisar lalu menepuk bahu kanan Izham dan keluar dari kelas.

WAKTU REHAT

"Ris,jom." Ajak Naura untuk ke kantin. "No,It's okay.Aku kena pergi jumpa Cikgu Zoey dengan Izham." Jawab Arissa dengan senyuman. "Uwuuu dengan Izham.Okey,okey.Kami pergi dulu.Bye."Balas Lily. Arissa hanya jeling kearah mereka berdua.

"Arissa?Jom." Tiba-tiba Izham datang menjemputnya. "Ah-alright." Dan mereka berdua keluar kelas bersama menuju ke bilik guru. 

Salam diberi lalu masuk ke dalam ruang bilk guru.Kaki menapak ke meja Cikgu Zoey.Terlihat sebatang tubuh berbaju kemeja merah hati sedang tekun menekan papan kunci diatas meja kerjanya.

"Cikgu?"Sapa Izham dengan sopan. "Ya saya.Ada apa Izham,Arissa?" Soal Cikgu Zoey. "Kami nak bagithu yang Aisar tak apat sertai fashion show tu tapi kami dah berbincang yang saya akan menggantikan tempatnya." Jelas Izham. "Hurmm,baiklah.Saya setuju.So,Arissa pun setuju lah ni?Kalau begitu,sila lengkapkan borang ni dan esok serahkan kepada saya."Kata Cikgu Zoey. "Baik,terima kasih cikgu.Kami keluar dulu." Kata Izham sambil menundukkan sikit kepalanya tanda hormat.

"Okey.Semua berjalan dengan lancar kan?Dah tak ada apa-apa kan?So,aku nak balik kelas.Kau pergilah rehat.Ada masa lagi 15 minit." Sikap prihatinnya yang satu ini membuatkan orang sekelilingnya rasa sejuk hati. "Kau tak rehat ke?Harini dahlah ada kelas tambahan.Kalau kau tak makan,macam mana kau nak belajar dalam keadaan perut kosong wahai Arissa?" Bukan selalu Izham menunjukkan keprihatinannya pada gadis dan Arissa salah seorang gadis yang baru sahaja izham tunjukkan sifatnya yang ini.

"Don't worry about me Iz.I'm okay.Aku dah biasa dah macam ni."Balas Arissa dengan wajah yang ceria."Hurmmmm,betul ni?Ke kau nak aku tolong belikan?" Soal Izham. "Nope.I'm okay." Jawab Arissa dengan yakin. Hanya dia saja tahu betapa laparnya dia tika ini.Sudahlah pagi tadi terbangun lambat.Memang tak sempat sarapan lah.Tapi,dia tak suka susahkan orang sekelilingnya.Jadi,dia hanya diam saja.Ubat gastriknya juga sudah siap sedia dalam beg sekolahnya.

Setibanya Arissa di dalam kelasnya,dia kembali ke tempat duduknya dan dia terus menyembamkan mukanya di atas tangan kanannya manakal tangan kirinya memegang perut.Keperitan dan kesakitan sudah terasa.Dia hanya perlukan ubatnya tika ini.Akan tetapi kesakitan yang amat perit menyukarkannya untuk bergerak.Dia perlukan seseorang untuk membantunya.Air mata yang mengalir di pipi dikesat kasar olehnya.Dia benci menangis kerana kesakitan yang dia rasai.

Dia cuba untuk ambil ubat di dalam begnya tetapi tiap kali dia bergerak,perutnya ibarat ditusuk banyak kali.Tiba-tiba dia terlihat sepasang kasut sekolah dihadapannya.Kepalanya yang tertunduk didongakkan sedikit demi sedikit.Jelas kelihatan seorang jejaka yang sedang berdiri dihadapannya tika ini bersama sebotol air mineral dan sebungkus roti coklat.

Jejaka itu membongkokkan dirinya separas dengan Arissa.Mata bertentang mata untuk sekian kalinya. Arissa yang berasa janggal akan situasi itu,dia terus melarikan anak matanya ke arah lain.Kalau tadi perutnya sakit kerana tidak makan,kini perutnya bertambah sakit kerana keadaannya yang sebegini.

"Kenapa tak makan?Dah tahu diri tu ada gastrik,janganlah skip makan.Suka cari penyakit."Apa-apa pun mulakan muqaddimah bebel dulu. Arissa hanya balas dengan jelingan. 

"Aku tengah sakit masih nak bebel.Bukan nak tolong."Monolog Arissa dengan air mata yang masih tersisa di tubir mata. "Nah,makan roti ni dulu baru makan ubat.Jangan biarkan perut tu kosong.Banyak lagi benda kau kena guna tenaga kau.So,makanan tu penting!Faham?Stop crying."Arissa hanya menganggukkan saja semua kata-kata jejaka dihadapannya Penutup botol air mineral dibuka berserta plastik roti dan dihulur kepada Arissa.Arissa hanya memerhati saja air dan roti itu.Sudahlah kena tadah telinga tanpa kerelaan hati.Sekarang kena paksa makan pula. "Yang kau tengok je dah kenapa?Nak aku suapkan ke baru kau nak makan?"Tegur Aisar lalu mengambil kerusi dan duduk disisi Arissa tetapi menghadap ke Arissa.

Roti dihulur ke arah mulut Arissa. "Baik kau buka mulut sebelum aku yang tolong bukakan." Ugut Aisar bersama senyuman sinisnya. "Aku boleh suap sendiri." Kata Arissa dan ingin mengambil roti daripada tangan Aisar tetapi ditepis oleh Aisar. "Tadi aku suruh ambil,kau tak nak ambil.Macam tangan dah tak ada.Bila aku nak tolong suapkan,tangan tu dah ada balik?" Ujar Aisar. "Kau nak aku makan ke tak sebenarnya nih?" Soal Arissa geram.

"Herm.Kau makanlah.Aku ambilkan ubat kau.Hah,kat mana ubat kau?" Soal Aisar yang sudah membuka zip beg sekolah Arissa. Terus terjegil mata Arissa bila Aisar ingin membuka begnya.Bukanlah apa,tetapi tahu-tahu jelah setiap perempuan pasti ada benda yang paling penting itu di dalam beg untuk persediaan awal.

"No!"Jerit Arissa lalu merampas begnya dari tangan Aisar. "Siapa benarkan kau buka beg aku?"Soal Arissa dalam nadanya yang marah. "Perut kau dah okey ke?Siap boleh jerit-jerit ni?"Soal Aisar hairan. Arissa yang baru tersedar sebenarnya diri dalam keadaan sakit terus kembali duduk. "Kenapa?Kau risau pasal benda tu ke?Don't worry.Aku ada mak ada adik perempuan so aku tak kisah." Kata Aisar seakan tahu apa yang dimaksudkan Arissa sampai gadis itu sanggup bangun dari tempat duduknya. "Memanglah kau tak kisah,tapi aku kisah!!!!"Monoloh Arissa dalam hati.Kalau boleh nak saja dia lepaskan kata-kata tu melalui mulutnya,tapi apakan daya,tenaga pun tak mencukupi.

"Now,habiskan roti tu lepastu minum air sikit dan baru makan ubat.Nanti aku minta tolong kawan kau hantarkan kau kat bilik sakit.Biar kau rehat sekejap." Jelas Aisar sambil memandang Arissa yang sedang mengunyah roti buat kali kedua.kalini Arissa tidak membantah.Ya,dia memang perlukan masa untuk rehat.

"Aku balik kelas aku dulu.Rehat pun dah habis.Jangan lupa makan ubat.Bye pendek." Pesan Aisar buat kali terakhir sebelum keluar dari kelas 5 Serendipity. Pemergian Aisar dihantar dengan sepasang mata milik Arissa.Tanpa sedar, secalit senyuman terbit di bibirnya.



































TBC

Vote,Comment,Share

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now