PART 3

41 8 0
                                    

"Kenapa kau lari?" Suara garaunya menyapa di gegendang telinga.

Pegangan di beg milik Arissa dilepaskan.Teragak-agak Arissa memusingkan badannya untuk bertentang mata dengan manusia di hadapannya itu.

"I ask you." hairan dengan gadis di hadapannya.Niatnya hanya ingin memberikan bantuan tetapi lain pula yang jadi.

Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan jejaka di hadapannya,jalan tar dijadikan tempat pengganti.Dia bukan apa,sudahlah mereka berada di kawasan yang sunyi,risau terjadi perkara yang tidak diingini.Tambahan pula,dia tidak mengenali jejaka di hadapannya.Mulutnya sedari tadi tidak mengeluarkan sepatah perkataan.

Badan dibongkokkan separa dengan ketinggian Arissa yang berketinggian 153cm manakala dirinya 175cm.

"Kau budak CHS?"Macam mana dia tahu?Lencana yang terdapat pada t-shirt sukan milik Arissa sudah jelas gadis dihadapannya ialah murid dari sekolah yang sama dengannya.

Dengan keberanian yang ada,Arissa mengangguk walaupun dirinya kini dalam ketakutan.

"Kenapa kau balik lewat seorang diri?Tak takut ke?Buatnya ada van putih lalu kat sini culik kau,tiada siapa boleh bantu." Sejak bila Aisar Hayza ambil peduli tentang orang lain?Mungkin trauma dengan tragedi yang pernah dilaluinya sewaktu kecil ketika itu adik perempuannya hampir diculik tetapi dengan kepintaran yang dimiliki olehnya,adiknya terselamat.

Tanpa Arissa sedar,terlakar senyuman dari bibirnya dan membuatkan tanda tanya.

"Adu bang,zaman bila pakai van putih culik budak ni?Sekarang orang pakai Porsche pun boleh culik orang." Monolog hati Arissa.

"Kenapa kau senyum?" Nak kata dia ada tersalah cakap,tak ada pula.Atau gadis dihadapannya ini sebenarnya bukan orang?Naik bulu romanya apabila otaknya berfikiran seperti itu.

Jam tangannya ditilik dan menunjukkan tepat pukul 6.45 petang.Tanpa menjawab soalan jejaka dihadapannya,dia terus berjalan meninggalkan jejaka itu.Dia sudah membuang masanya dan sekarang dia perlu berjalan lebih laju atau dia sepatutnya perlu berlari seperti dikejar anjing?

Aisar yang melihat tindakan gadis itu lantas  menunggang motosikalnya untuk mengejar gadis itu.

"Ambil helmet ni,pakai." Helmet kedua yang memang sedia ada untuk waktu kecemasan dihulurkan.

"Aku tak tahu kau nak pergi mana,tapi aku boleh hantarkan.Percaya pada aku.Aku tak akan buat benda yang kau fikirkan.Aku masih ada akal yang waras.Daripada kau jalan kaki seorang diri dengan waktu hampir gelap,lebih baik kau tumpang aku."Seakan boleh membaca fikiran gadis dihadapannya hanya melaui riaksi gadis tersebut.

"Ya Allah.Apa aku perlu buat sekarang ni?Naik motor dengan lelaki yang aku tak kenal?Hey,no!Tapi aku dah tak ada pilihan.Betul juga apa yang lelaki ni cakap,hari pun dah nak gelap, lagi bahaya kalau aku berjalan sendiri sekarang ni.Tak apakan kalau aku tumpang dia,lagipun ia di kategorikan darurat bukan?Insya-Allah tak ada apa yang berlaku.Berserah pada Allah.Semoga Allah melindungi diri kau,Arissa."

Teragak-agak mahu menerima helmet,sekelip mata helmet itu sudah siap dipakai olehnya.Terkejut?Sudah pasti.Pemandangannya tika itu ialah satu susuk tubuh yang tegap  berpakaian jaket kulit hitam.

"Lambat sangat.So,biar aku pakaikan.Beg kau letak tengah sebagai pengantara kita."Beg sandang milik Arissa diletakkan ditengah bagi mencipta jarak antara mereka.

"Naik cepat.Bagitahu aku,kau nak pergi mana."Tidak mahu membuang masa lagi.Masa pantas bergerak.Jam pula sudah menunjukkan angka 7 malam dan mereka perlu segera sampai ke rumah masing-masing.

"Carmiella Sa Villa." Rumah yang didudukinya bersama keluarga mak longnya selepas kematian kedua-dua orang tuanya.

"Kaya tapi kenapa balik sekolah jalan kaki?" Persoalan yang terlintas hanya difikiran Aisar.

Sejurus itu,ekzos motosikal jenama Kawasaki ZX-25R bergema disepanjang perjalanan yang sunyi itu.

Angin yang sejuk disebabkan kelajuan motosikal yang dipandu dapat menembusi  t-shirt yang dipakai Arissa.Situasi itu dia nikmati dari hatinya.Sudah lama dia tidak menaiki motosikal.Kali terakhir dia menaiki kenderaan bertayar dua bersama-sama papa dan mamanya itu pun dia tidak ingat bila

Disebabkan berlaku sesuatu yang tidak dijangkanya tadi,Arissa terlupa akan pesanan mak longnya untuk membeli barang-barang dapur.Sebaliknya,dia terus pulang ke rumah tanpa berhenti di pasar raya.

"Terima kasih tumpangkan saya.Saya masuk dulu." Helmet yang dipakai tidak ditanggalkan olehnya dan perkara itu disedari oleh Aisar.

"Kalau ya pun tak sabar nak masuk rumah,helmet tu jangan buat harta sendiri cik kak." Terlakar senyuman dari bibir Aisar.Walaupun tidak dapat dilihat kerana terlindung dek helmet,melalui matanya yang mengecil sudah tahu dia sedang tersenyum kerana sifat gelabah gadis dihadapannya.

Dahi yang berlapik helmet ditepuk Arissa. "Kenapa cuai sangat kau ni Arissa?Buat malu tujuh keturunan je." Helmet yang dipakai cuba ditanggalkan akan tetapi dia tidak tahu cara mahu menanggalkan.Waktu pakai tadi pun orang yang buatkan bukan dirinya.

"Helmet dah melekat kat kepala ke?Atau kau nak ambil helmet tu?Atau....-" Percakapannya dipintas. "Tak tahu nak tanggalkan!" Balas Arissa bersama kerutan dimukanya.Dia tak mahu dengar spekulasi yang dibuat oleh jejaka itu terhadap dirinya.

Arissa yang melihat reaksi jejaka itu terus cemberut mukanya.Jelingan tajam juga dihadiahkan.Siapa suruh ketawakan orang? "Bukan nak tolong pun."Ayat yang terlintas dibibir Arissa dapat menghentikan ketawa Aisar.

"Come here,Let me help you,pendek." Dirinya sendiri tidak tahu mengapa layanannya dengan perempuan selembut begini.Kalau tidak,perangai dinginnya saja yang ditayangkan.Jadi,para gadis di luar sana yang ingin mendekatinya akan berubah fikiran kerana gerun dengannya.

Arissa hanya menayangkan wajah tidak puas hati dengan panggilan tersebut. "Pendek?Seriuslah?Tinggi aku ni kira normallah untuk perempuan kan?"Monolog hatinya.Jaraknya yang agak jauh menyukarkan Aisar untuk menanggalkan helmet itu. "Come closer pendek." Tidak mahu menyentuh gadis itu untuk berdiri lebih dekat hanya mampu mengarahkan saja.

Kini,kedudukan mereka berdua sama seperti kedudukan Aisar memakaikan helmet tadi.Sekejap saja helmet itu sudah tertanggal daripada terus berada atas kepala Arissa.

"Oi,kau buat apa lagi kat luar tu?Masuk sekarang!" Jerkah Puan Ramona dari pintu utama rumah itu.
















TBC...

Vote,Comment,Share!

OUR DESTINYOnde as histórias ganham vida. Descobre agora