PART 22

11 3 0
                                    

Arissa jalani hari-harinya seperti biasa.Dia juga sudah bagitahu kepada kawan-kawannya yang dia tetap akan hadir ke sekolah meskipun musibah akan berlaku.Dia percaya akan kata-kata jejaka itu.

Seperti biasa waktu dia memasuki perkarangan sekolah pasti ada saja pelajar yang melihat dirinya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsir.Tetapi apa dia kisah?Dia datang pun sebab nak belajar kalau tiada sebab memang dia sudah tidak mahu jejak kaki disitu lagi.Langkah diatur terus memasuki kawasan kelasnya.Ternyata sahabat-sahabatnya lebih risaukan akan keselamat dia berbanding dia sendiri.Dia juga bersyukur kerana memiliki sahabat-sahabatnya seperti ini.

"Kau yakin ke dengan apa yang mamat tu cakap?" Soalan pertama yang dilontarkan setelah Arissa menceritakan kejadian semalam."Sejak bila kau mudah percayakan lelaki?"Terkejut akan tindakan sahabatnya yang mengambil risiko. "Kalau dia tak buat macam apa yang dia cakap macam mana?Kau yang kena tanggung sengsara tau bukan dia."Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya,kata-kata dari mulut yang dipenuhi dengan gula.

Arissa sendiri tidak yakin dengan dirinya.Dia juga masih ragu-ragu dengan kata-kata jejaka itu.Tapi firasatnya tika ini adalah hanya ikut saja apa yang dikatakan jejaka itu.Kalau betul jejaka itu hanya manis dimulut saja memang sampai bila-bila Arissa tidak akan percaya lagi jejaka itu.

"Ris,petang ni kita ada perjumpaan koko.Kau tahu kan?"Soal Naura yang mematikan lamunan Arissa. "Hah?Ouhhh tahu-tahu."Dirinya turut mengeluh apabila mengenang yang hari ini akan diadakan perjumpaan kelab dan persatuan.Entah kenapa dia daftar namanya dalam kelab usahawan muda.Nasiblah Izham turut daftar dalam kelab yang sama.Tak adalah dia rasa bosan.

Keadaan kelas 5 Serendipity,iaitu kelas Arissa seperti tidak terkawal.Tambah pula ada geng Slaydies memang tidak akan tenteramlah.Walaupun dirinya seorang pengawas sekolah,dia tahu bahawa dia tidak layak untuk menyuruh mereka senyap jika tidak dia yang akan kena semula.Lebih baik dia berdiam diri di tempat duduknya tanpa ada sebarang gangguan.

"Okey Arissa,aku rasa kau boleh tarik balik kata-kata kau.Tanpa ada gangguan?Tengok siapa yang datang dekat meja kau ni?"Monolog Arissa dalam hatinya.Air liurnya ditelan kesat.Raut wajah ditayang seakan-akan tidak ada apa-apa yang terjadi.

Kepala diangkat tatkala meja belajarnya diatarik oleh Helena.Pantas saja kepala Arissa mencari kelibat Izham.Mungkin dia boleh tolong Arissa tika ini tapi malangnya jejaka itu tidak ada di dalam kelas.

"Aku ingatkan kau dah tak nak tunjuk muka kau kat sini lagi.rupanya ada lagi muka sampah ni."Sindir Helena sambil mencengkam kedua-dua belah pipi Arissa dengan kasar.Terasa pedih dibahagian itu dek kerana kuku Helena yang panjang.Ini dinamakan sahabat pena syaitan.

Arissa hanya diam dan tak mampu buat apa-apa.Dia tak mahu ambil risiko lebih lagi.Mana mungkin seorang lawan satu kelas?Tambah pula satu kelas dia kebanyakannya peminat-peminat Aisar.Memang sudah sedia ada perasaan dengki dan sakit hati mereka terhadap Arissa.

"Muka sampah macam kau ni tak sepatutnya masuk ISSFS,dengan Aisar pula tu.Eiiiiuwww tolonglah.Aku rasa cikgu-cikgu mesti dah kena buatan kau kan perempuan?Kalau tak,takkanlah cikgu-cikgu suruh kau dengan Aisar masuk ISSFS."Herdik Helena lalu menconteng wajah Arissa dengan marker pen whiteboard.Tanpa belas kasihan,mereka yang turut ada disitu hanya ketawa besar dan merakam gambar saja apabila Arissa diperlakukan sebegitu.

Naura dan Lily pula pergi  berjumpa dengan cikgu Matematik.izham tak tahu pergi mana.Dalam hati Arissa tika ini hanya berharap sahabat-sahabatnya atau Izham datang untuk hentikan perbuatan Helena.Makin menajdi-jadi Helena menconteng mukanya dengan warna marker yang berlainan.

"What are you doing witch?!"Jerkah Aisar lalu menepis tangan Helena yang sedang menconteng wajah Arissa itu.Urat-urat di tengkuknya menegang dan jelas kelihatan.Wajahnya juga turut bertukar kepada kemerah-merahan akibat amarah.Disbabkan tepisan kuat daripada Aisar,Helena hilang keseimbangan dan selamat mendarat di lantai.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now