PART 7

28 8 0
                                    

(KANTIN CHS)

Sepinggan spageti carbonara bersama air teh o' ais hidangan bagi makanan tengah hari Aisar Hayza.Meja single dihujung kantin di tuju.Mata-mata yang memandang ke arahnya dibiarkan saja.Sejak ramai yang telah mengenali dirinya,dia sentiasa berasa tidak selamat atau lebih tepat tidak selesa.

"Hai Aisar,can i sit here?" Sudah terang lagi bersuluh meja itu hanya untuk seorang saja.Nak cakap tak ada mata,siap pakai contact lens lagi warna ungu pula tu.

"Are you blind?This table is for one person only.I don't want lunch with anyone.So,please leave  me now." Panahan mata helangnya diberikan.Bermakna dia memang tidak suka akan perkara tersebut.

Mana Izham?Disebabkan Izham dan Aisar belajar di dalam kelas yang berbeza,mereka juga rehat pada waktu yang berbeza.Sekarang,semua kelas kedua dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 rehat dahulu.Setengah jam kemudian,semua kelas pertama pula akan berehat.

Tak cukup tempat duduk?Mustahil.Kebesaran kantin sekolah ni ibarat restoran,siap ada dua tingkat lagi.Tak ada sebab untuk murid panjat pagar sekolah semata-mata nak beli makanan.Pelbagai jenis makanan disediakan berdasarkan cita rasa majoriti murid di sekolah itu.

Sedang menikmati makanannya,spagetinya dimasuki air sirap.Lantas,mukanya diangkat memandangan si gerangan yang berani mati itu.

"So-sorry.Saya tak sengaja.Tunggu sekejap,saya gantikan spageti awak." Larian yang seperti Usain Bolt itu membuatkan Aisar tidak sempat mengatakan apa-apa.

Semua yang berada disitu melihat ke arahnya.Baju putihnya yang sudah bertompok warna merah ditilik.Betul-betul dibahagian belah kirinya.

Gadis yang berbaju kurung biru itu di lirih olehnya.Cepat-cepat dia beredar dari situ tanpa mengikut arahan yang gadis itu berikan.Tidak kisah kalau perutnya lapar disebabkan baru habis separuh pinggan.Dia lagi kisah kalau orang lain melihat seorang gadis belanjanya sepinggan spageti sebagai ganti rugi.Jatuh maruah kelelakiannya.

"Mana pula mamat tu pergi?Aku dah belikan spageti ni kot.Dia tinggalkan macam tu je?Tapi,dia tu budak baru ke?Tak pernah nampak pun kat kantin sebelum ni." Monolog Imani lalu sepinggan spageti itu di bawa ke mejanya.

"Banyaknya kau makan hari ni?Bukan kau kata kau nak diet ke?" Terkejut apabila Imani membawa sepinggan nasi goreng ayam dan sepinggan spageti.

"Tadi aku tertumpahkan air sirap kat pinggan spageti seorang mamat ni.Bila aku dah beli spageti untuk ganti rugi,boleh pula dia menghilang." Penjelasan yang cukup jelas untuk sekali mendengar.

"Wait,air sirap kau kata?Tadi aku ada nampak Aisar lari pergi toilet.Nampaklah kesan air sirap tumpah tu." Kata Masyitah yang memakai baju kurung kuning yang menandakan dia seorang pengawas pusat sumber sekolah.

"Aisar?Kau tumpahkan air sirap kat dia?Berani betul kau ni.Tak takut ke peminat dia serang kau?" Soalan yang dilontarkan oleh Dina,kawan sekelas Imani juga.

"Siapa pula si Aisar ni?" Kening dikerutkan menandakan dia tidak kenal siapa yang kawan-kawan dia katakan.

"Aku tahu kau penat bersukan,tapi takkan kawan meja sebelah kau,kau tak perasan siapa?" Apalah nasib dapat kawan yang memang tak pandang kanan kiri ni.

"Mamat tu duduk sebelah meja aku ke?Sebelah aku kan kau,Dina." Masih tidak jelas bagi seorang Imani.

"Memanglah,tapi sebelah kanan kau tu dia." Harap-harap Imani boleh dapat apa yang mereka jelaskan.

"Aku dengar dia anak jutawan.Ayah dia ada syarikat dalam dan luar Malaysia.Mesti kaya gila kan dia tu." Si pengupas bawang sudah mula  menjalankan kerja mengupas bawangnya.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now