PART 20

16 5 0
                                    

-Dalam kereta Louise-

"Ayahanda,I found her.She can't run away from me.I will make sure that woman will get what she deserve." Monolog Louise sambil memikirkan rancangan yang dia dan ayahandanya rancang sewaktu di rumah mereka di UK.

Keesokan harinya

Cuaca kegemaran Arissa ialah waktu pagi.Pagi yang indah dan nyaman.Angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi menyapa wajah mulus gadis itu.Mata dipejam tatkala menikmati ciptaan Tuhan.Senyuman yang dilemparkan selebar padang bola.Hati yang tenang berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.Jumaat yang barakah diselitkan doa yang baik.

Turun sahaja dia di dalam perkarangan sekolah,permandangannya di sapa oleh susuk tubuh yang dia amat kenali.Senyuman dihiasi di wajah.

"Bukan main rajin kau tunggu aku kat sini kenapa?"Hairan dengan Imani yang sudah tercegat di hadapan parkir kereta. "Lah,nak sambut kau pun tak boleh ke?Kau beruntung tau dapat kawan macam aku yang sanggup tunggu kau dekat depan parkir kereta ni seorang diri."Lengan kanan Arissa dipeluk. "Apa-apa jelah kau ni."Malas mahu menyertai drama Hindustan sahabatnya itu.

Tujuan Imani menjemput Arissa bukanlah saja-saja.Daripada menjemput Arissa lebih baik dia lepak Bersama 2 orang lagi kawannya di dalam kelas.Dia menjemput Arissa kerana ada sesuatu yang berlaku dan itu semua mengenai Arissa,sahabat dunia akhiratnya.

Imani sentiasa melekat dengan Arissa semasa berjalan ke kelas Arissa.Imani tahu kumpulan yang mahu mengenakan Arissa itu sanggup buat saja apa-apa asalkan mereka rasa puas.

"Yang kau berkepit je dengan aku ni kenapa?" Rimas pula apabila diperlakukan sebegitu. "Tak ada apa-apa.Rindu." Mudah saja ayat itu meluncur di bibirnya. "Gediklah kau." Masih tidak tahu perkara yang sebenar. "Weyh,kenapa dia orang tengok aku macam tu?Macam tak makan sebulan dan dia orang macam nak terkam aku je."Bisik Arissa. "Alaaa dia orang cemburulah tu sebab kau cantik.HAHA"Jujur,dia juga perasan akan pandangan setiap pelajar yang berselisih dengan mereka.Dalam diam dia juga takut akan situasi itu.

Sampai sahaja mereka di kelas 5 Serendipity,dua orang lagi kawan mereka menyapa dengan mesra.Dahi Arissa berkerut seribu dengan perlakuan sahabat-sahabatnya itu.Tapi,dia biarkan saja.

"Ris,kau okey?" Soal Lily prihatin. "Hah,aku?Okey je.Kenapa?" Soalan dibalas soalan.Hati Arissa kuat mengatakan ada benda yang tak kena di sekolah itu. "Tak ada apa-apa,saja tanya." Tak mahu gadis itu tahu apa yang sudah terjadi. "Kenapa kau orang berpeluh ni?"Nak cakap tudung dia orang basah sebab hujan,tak boleh.Basah pada bahagian muka dan leher saja. "Saja marathon pagi-pagi.Baru sihat kan Lily?" Siku milik sahabatnya disebelah dilaga. "Ah?Hah,betul-betul.Alaaa,kami pun nak sihat juga." Nasib saja otak dia berfungsi waktu pagi. "Seriuslah kau orang marathon?Pakai baju kurung?"Terasa kelakar dengan pernyataan dua orang sahabatnya itu.Imani yang mendengar pun menepuk dahinya. "Hah,yalah.Kau ingat nak marathon pakai baju pj je ke?"Naura tak pernah kalah dengan kata-katanya. "Ikut kau orang je lah." Acuh tak acuh saja balasan Arissa.

Sebenarnya waktu mereka tiba di sekolah,mereka nampak banyak poster yang ditampal di keliling sekolah mengenai sahabat mereka iaitu Arissa Humaira.Gambarnya yang sama dengan post Aisar di akaun Instagram di cetak bersama kata-kata yang boleh membawa bahaya kepada Arissa.

Waktu mereka berempat sedang sibuk berbual,perkara yang mereka ingin jauhi akhirnya terjadi.

"Wah,wah,wah.Bukan main gembira kau ya?"Kata Helena bersama tepukan. "Kenapa?Kau tak gembira ke?Kau sedih ke?Tak boleh tengok orang gembira ea?" Jawab Lily spontan.

"Kau perempuan,diam.Aku tak cakap dengan kau." Balas Helena geram. "Memang dia perempuan takkan lelaki pula.Tulah Allah bagi mata elok hitam nak juga pakai mata warna hijau.Dia fikir lawa?"Bisik Imani kepada Naura."Tulatu aku tengok macam alien je."Balas Naura.Mereka berdua ketawa sendiri dengan pandangan mereka. "Siotlah dia orang ni."Kata hati Lily.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now