PART 21

8 2 0
                                    

Arissa segera masuk ke dalam bilik persalinan.Perasaannya kini bercelaru.Emosinya juga tidak stabil.Bila-bila masa saja mutiara jernihnya akan jatuh.Dia cuba untuk bertenang dan bernafas secara teratur.Keadaannya kini memerlukan ruang yang mencukupi.

Aisar yang sedang bermain telefon itu berhenti tatkala melihat bayang-bayang seseorang yang ditunggu-tunggunya.Dia perasan raut wajah gadis dihadapannya seakan-akan bukan diri gadis itu sebelum ni.

"Masuklah."Kata Aisar lalu membuka pintu kereta belah Arissa.Arissa hanya diam dan dengar saja arahan Aisar itu.Suasana dalam kereta yang sunyi sepi itu tidak mengganggu ketenteraman Arissa.Arissa hanya duduk termenung melihat langit luar.Aisar juga hanya tumpu pada pemanduannya.

Setelah mengambil masa selama 20 minit,mereka tiba di sebuah pantai.Pantai yang tidak pernah dijejaki Arissa sebelum ini.Arissa mula mengukir senyuman apabila melihat permandangan yang indah disebalik tingkap kereta milik Aisar.Jiwanya seakan-akan mahu melompat saja.Ya,inilah ketenangan yang dia perlukan sekarang ini.

"Suka?"Tegur Aisar di sebelahnya.Arissa hanya pusing kepala memandang Aisar dengan senyuman yang melebar.Senyuman gadis itu membuatkan hati Aisar berdetak dengan laju.Dia turut berasa gembira apabila senyuman gadis itu kini kembali semula menceriakan harinya.

"Jom."Ajak Arissa sambil berjalan menuju ke laluan pantai. "Jom pergi mana?"Soal Aisar dengan dahi berkerut. "Pantailah.Habistu takkan kau bawa aku datang sini lepastu terus balik?"balas Arissa dengan perasaan yang nak menangis tika itu.Baru saja dia ingin menenangkan dirinya. "Memanglah aku bawa sini untuk ke pantai tapi,ingat sikit cik Arissa,awak tu belum solat Asar lagi.Sekarang dah pukul 5.30 petang.Lepas solat baru kita pergi pantai ye?"Jawab Aisar dengan lembut. Arissa yang baru tersedar dirinya belum menunaikan solat asar lagi terus menepuk dahinya dan berasa malu dengan jejaka di hadapannya.Segera dia berpatah balik dan jalan mendahului Aisar.

"Kau nak pergi mana?"Soal Aisar sambil menggeleng-gelengkan kepalanya kerana tindakan gadis itu. "Aku tahu kau lapar tapi kita solat dulu ye?Surau arah sana."Tegur Aisar sambil menunjukkan arah surau. "Hah?Ouhhh,,aku tahu je kat sana,saja nak tengok reaksi kau.Ok bye."Balas Arissa lalu segera pergi ke arah yang ditunjukkan Aisar.Beg tangannya di bawa menutup mukanya akibat malu dengan perbuatan diri sendiri.Terkumat-kamit mulutnya menyumpah diri sendiri.

Setelah menunaikan solat,Arissa segera keluar dari surau dan menuju ke destinasi yang ditunggu-tunggunya.Dirinya kini sibuk mencari kelibat jejaka itu tetapi tidak nampak.

"Ish,takkan tak habis solat lagi kot mamat ni?"Monolog Arissa sambil matanya melilau segenap surau itu. "Tak pelah biarlah aku pergi dulu.Pandai-pandai dialah cari aku nanti."Kata Arissa lalu berjalan terus ke arah laluan ke pantai.

Arissa menjumpai tempat yang kurang pengunjung,di bawah pokok yang rendang.Permandangannya kini hanyalah keindahan pantai yang luas bersama-sama bunyi deruan ombak yang memukul pantai serta angin yang menyapa wajahnya membuatkan segala kegusaran di hatinya hilang dibawa angin.

Tenang,ketenangan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata tetapi jiwa yang dapat merasa.Jiwa yang penuh dengan parut luka kehidupan dirawat hanya dengan ketenangan,tetapi perlu disedar bahawa ketenangan yang tak boleh bersama-sama dengannya selamanya.Sudah 17 tahun dia pendam segala-galanya dalam lubuk hati.Keperitan,kesakitan dan kepahitan hidupnya.Luaran yang menampakan dia seorang gadis yang ceria sentiasa bersama senyuman manis tetapi memiliki seribu satu parut dalam hatinya yang orang takkan tahu apa yang dia lalui sepanjang hidupnya.Dia hanya menunggu dan terus menunggu masa yang sesuai.Sekarang,dia perlu fokus tentang masa depan dia.Medan perang yang akan buka tidak lama lagi.Segala ilmu yang dipelajari perlu dia guna untuk mendapat apa yang dia inginkan.

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now