PART 14

19 7 0
                                    

KELAS 5 SERENDIPITY

Arissa yang sedang membaca buku bersama-sama dengan rakan-rakannya telah di datangi seseorang yang tidak asing lagi bagi Arissa.

"Ris,petang ni kita dah start shooting.Kau balik rumah kau dulu lepastu nanti aku ambil.Then,kita pergi tempat shooting."Pesan Izham lalu beredar dari situ.Kedatangannya ibarat angin lalu yang datang ingin memberitahu khabar.

"Wow,so fast!"Kata Lily."Wait,siapa benarkan dia panggil kau Ris?"Soal Naura hairan. "Kami nak ikut boleh?" Pinta Lily bersama mata seperti anak anjing kelaparan."Eh,kau dah lupa ke mak kau ajak teman beli barang?"Celah Naura.Minah ni kalau tak diingatkan memang lalai. "Eh,haahlah.Alaaaa."Balas Lily bersamam muncung itik. "It's okay.Kau orang jangan risau.Aku pandailah jaga diri aku.Banyak lagi masa untuk kau orang nak join." Kata Arissa.

Tanpa mereka sedar,ada pihak yang tidak perlu tahu tentang perkara itu sekarang sudah tahu.

"Hot news!Aku perlu bagitahu dengan orang lain.Baru gempak!"Kata dia yang secara tidak langsung akan menimbulkan satu masalah besar kepada hidup Arissa selepas ini.

Perpustakaan yang menjadi tempat kegemaran Arissa waktu rehat telah diceroboh oleh sekumpulan pelajar perempuan.Mereka berjalan ke arah meja yang Arissa berada.Masing-masing menayangkan muka tidak puas hati dan ia menimbulkan tanda tanya kepada Arissa.

"Kenapa kau orang datang sini?"Soal Arissa memulakan bicara. "Asal?Perpustakaan ni dah jadi hak kau ke sampai kami tak boleh masuk?"Soal salah seorang pelajar perempuan dalam kalangan kumpulan itu. "Bukan.Maksud aku-"Percakapannya dipotong. "Kenapa kau?"Soal pelajar perempuan yang lain.Situasi itu menambahkan lagi tanda tanya dalam diri Arissa.Memang suka cakap separuh-separuh ke?Tak belajar ayat penyata ke waktu sekolah rendah?

Kerusi yang berada disebelah Arissa ditarik dan diduduki oleh Melissa iaitu ketua bagi kumpulan peminat Izham Erwin.Arissa terkebil-kebil ibarat kanak-kanak yang dikerumuni mak cik-mak cik.

"Kenapa apa?"Soal Arissa. "Kau tanya aku?" Soal Melissa sambil menunding jari ke dirinya. "Habistu takkan aku nak tanya rak kat belakang tu?Eyh perempuan ni makin lama makin bengap pula aku tengok."Mahu saja ayat itu keluar dari mulutnya tetapi dia pilih untuk simpan dalam diri. "Kenapa kau yang masuk fashion show tu?Partner Izham pula tu!Kau memang saja cari penyakitkan perempuan?"Jelas Melissa lalu mencengkam rahang milik Arissa dan membuatkan kepalanya terdongak.Mereka yang ada disitu hanya melihat dengan senang hati.

"Aku tak tahu apa-apa.Cikgu Zoey yang pilih kami."Balas Arissa dalam kepayahan. "Kau tak payah nak pergunakan nama CIkgu Zoey pula ea.Cakap je lah kau nak try Izham kan?So,kau tawarkan diri join competition ni." Kata Melissa bersama spekulasinya sendiri "Tch.Lebih baik  kau tarik diri sebelum kau menyesal."Tambah Dania. 

Hati Arissa bagai disiat-siat.Apa salah dia?Bukan dia yang nak pun jadi partner Izham.Bukan dia yang pilih untuk jadi wakil sekolah.

"Tap,tap,tap." Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri dimana mereka berada. "Ingat!"Kata Melissa lantas melepaskan cengkaman dan beredar dari situ. Tercungap-cungap Arissa dibuatnya.Jantungnya yang berdetak laju membuatkan dia terasa aliran darahnya tidak menentu dan menyukarkan dia untuk bernafas dengan baik.Dada disentuh dan cuba untuk kawal pernafasan dengan baik.

"Kau kenapa?" Soal Aisar hairan. Arissa hanya menggelengkan kepala dan kepala ditundukkan. "Jangan tipu aku.Baik cakap dengan aku kau kenapa?"Balas Aisar lalu duduk dihadapan Arissa dengan wajah yang tegang.Situasi itu membuatkan Arissa makin rasa takut dan dia memilih untuk keluar dari perpustakaan dan meninggalakn Aisar terpinga-pinga seorang diri.

"Dah dapat ke buku yang cikgu nak?" Soal kawannya. "Ah?Oh,belum.Jap aku pergi cari."Jawab Aisar dan terus ke rak buku yang ingin dituju. Hasratnya masuk ke perpustakaan adalah kerana cikgu bahasa Melayunya minta untuk mencari satu buku bukan fiksyen.

Arissa tergesa-gesa berlari mencari Izham selepas tamat sesi sekolah.Dia tekad dengan keputusannya.Izham dijumpai di cafe bersama-sama kawannya.

"Sorry kacau kau orang.Tapi,aku nak cakap sikit dengan Izham."Pinta Arissa dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Kenapa?"Soal Izham membuka perbualan.Arissa masih cuba untuk bertenang. "Aku tekad yang aku nak tarik diri."Jelas Arissa dalam satu nafas. "What?!But why?Kenapa tiba-tiba?Semua butir-butiran dah hantar tau.Kenapa kau baru nak tarik diri.jangan nak menyusahkan kerja oranglah.Now,explain kenapa?"Terkejut akan khabar yang baru didengarnya.

Arissa yang berasa bersalah terus menundukkan pandangannya.Kini,jalan tar menjadi destinasi permandangannya. 

"Aku rasa aku tak boleh buat." Kata Arissa. "Kenapa sekarang kau baru nak rasa?" Soal Izham.Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.Matanya kini tepat memandang sebatang tubuh kecil dihadapannya.

"Aku-aku-." Kata-katanya ibarat tersangkut dikerongkok dan tidak boleh keluarkan suaranya. "Aku apa Arissa?"Suara Izham naik seoktaf dan membuatkan kedua-dua belah bahu Arissa terhinjut akibar terkejut. "Aku cakap aku tak nak.Aku tak nak lah!yang kau tak faham bahasa kenapa?Cari je lah orang baru gantikan aku!Peminat-peminat kau yang tergila-gilakan snagat tu.Pergilah pilih!"Spontan Arissa berkata seperti itu.Dia berasa geram dan kegeramannya dilepas juga.lantas dia beredar dari situ.Izham yang terkejut akan kata-kata Arissa hanya diam dan memandang pemergian Arissa.

Arissa terus berjalan ke bus stop dengan perasaan yang tak dapat diungkap.Dia pun rasa terkejut dengan dirinya keranan berani berkata seperti itu sebentar tadi.

Tak lama selepas itu,kereta Pak Wan berhenti dihadapannya.Baru sahaja Arissa menutup pintu kereta,Aisar sampai di bus stop dengan nafas tercungap-cungap kerana berlari untuk berjumpa Arissa tetapi terlambat.Peluh dikesat.Badannya terbongkok akibat penat berlari.Dengar sahaja cerita dariapda Izham,dirinya terus keluar dari kelas dan berlari hanya untuk berjumpa seorang gadis.

"So,kau nak teruskan ke tak?"Soal Izham. "Ambil dia petang ni."balas Aisar dingin.

"Cepat siap.In 10 minutes I'll arrived in front your home."mesej dihantar melalui WhatsApp.
















TBC

Vote,Comment,Share

OUR DESTINYWhere stories live. Discover now