LC❤️HH 1

12.8K 253 22
                                    

Leila yang baru sahaja selesai mesyuarat telah kembali ke biliknya untuk berehat. Penat daripada pagi sampai ke tengahari hanya attend meeting. Kebanyakan pegawai menyambung cuti rehat mereka. Maklumlah, cuti bersambung, bagi orang single macam dia, hanya bagi laluan kepada mereka yang bekeluarga. Masa inilah sahaja pun yang boleh ambil cuti direct untuk bersantai dengan keluarga tercinta. Tapi Leila? Hmmm..

"Siskur, jom lunch?" Tegur seorang staffnya iaitu Kak Ziha. Kak Ziha memang rapat dengan Leila sejak Leila sampai ke Sabah. Bertahun di semenanjung, Leila akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sabah. Dia membuat pertukaran sebaik sahaja kehilangan ahli keluarganya 5 tahun lepas. Seorang pegawai perhubungan Gred A (sektor kerajaan) senanglah untuk dia membuat pertukaran plus dia single. Setakat untuk ke Sabah/Sarawak itu semakin cepatlah proses pertukarannya.

"Kak Ziha, Leila nak rehat la. Petang nanti, ada lagi meeting. Penat pula rasanya." Balas Leila.

"Okay Cik Leila. Nak kirim tak?" Soal Kak Ziha.

"Maggi tomyam eyh Kak Ziha. Teringin pula, hee"..

"Okay Cik Leila, akak pergi dulu yee."

"Eh kak, meh ambil duit ni. Saya belanja." Panggil Leila.

"Tak payahlah Cik Leila, duit akak bulan lepas pun tak luak! Esok nak gaji dah. Pakai duit akak la eyhh?" Pinta Kak Ziha.

"Amboi kak, bagi la saya sikit macam tu. Berlagak!"

"Hahahaha. Gurau je la Cik Leila."

"Dah tidur Cik Leila, nanti dah sampai akak kejut.

"Thank you Kak Ziha. Laff youu❤️"

Terhinjut hinjut bahu Leila kerana menangis. Wajah wajah yang dia rindui jelas di penglihatannya. Segala memori bersama terbayang.

"Leila? Leila??? "Panggil seseorang yang menyedarkan lena Leila. Tanpa dia sedar, air mata mengalir.

Figura Kak Ziha yang berada dihadapannya sambil meletakkan makanan yang dikirim tadi.

"Leila okay? Leila mimpi yee?"Tanya Kak Ziha lembut sambil duduk berdepan dengannya.

Leila hanya senyum segaris dengan persoalan Kak Ziha. Kak Ziha orang yang sangat memahami dirinya. Ibarat macam kakak sendiri. 3 tahun dia berada di Sabah, Kak Ziha lah tempat dia mencurah segala suka duka. Mungkin sebab status sama, so lebih mudah untuk difahami. Ya! Kak Ziha seorang balu yang kematian suami dan anaknya 20 tahun lepas. Mereka terkorban dalam kemalangan tetapi hanya Kak Ziha sahaja yang terselamat. Bagi Leila, dugaan dia dah cukup hebat tapi bila tahu tentang cerita Kak Ziha, dugaan Kak Ziha lebih besar. Tabahnya hati dia. Dan Leila? Yea, dia seorang janda yang tiada anak.

"Leila?" Kak Ziha menyentakkan dia dari lamunan.

"Sorry Kak Ziha." Menung pula saya ni. Hee.

"Kak Ziha dah makan ke? Jomlah makan dengan saya." Rayu Leila manja.

"Sorry dik, akak kau dah makan tadi, tengok budak budak tu makan tadi terus akak join diorang."

"Hmmmm, ye lah, Leila mencebikkan mulutnya. Suka tinggal kita sorang kan?" Majuk ahhh.

"Amboi, dia yang cakap nak tidur la penat lah, siapa suruh?" Kak Ziha mengajuk Leila.

"Yeee, saya tak kisah kak. Saja mengusik kakak hot ni. "Balas Leila.

"Kau ke akak yang hot?" Tanya Kak Ziha.

"Kak Ziha berbisik ke telinga Leila. Kau tu lagi hot dik, janda hot tak ada anak lagi! Bertuah bakal laki kau tau! Aummmm!"

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now