LC❤️HH 31

4.7K 195 65
                                    

Selepas kejadian dengan Heidi tempoh hari, Leila merasa sesuatu yang dia sendiri tak tahu untuk ungkapkan. Kadang dia terfikir..sepanjang beberapa tahun ni, Heidi tidak mencari dia langsung..atau sememangnya Heidi dah benci aku? Tapi, kalau teringat kes dekat Hotel, buat Leila rasa yang Heidi masih menunggu dia. Cuma apa yang Leila rasa takut, Heidi sekarang lebih agresif dari dulu. Aura seorang Hayy Heidi buat jantung Leila makin laju. Atau, sayang itu makin bertambah? Huh...banyak persoalan berlegar di fikiran.

Leila baru sahaja mengemas barangnya untuk dibawa pulang ke semenanjung. Leila memohon cuti selama 5 hari..sesekali balik..lama la sikit. Lagipun pihak atasan sudah meluluskan cuti Leila. Esok Leila ingin ke Pasar Filipina. Dia ingin membeli buah tangan untuk mereka yang berada di semenanjung. Huh! Nasib Leila membawa beg galas sahaja untuk barang peribadinya. Untuk luggage, memang Leila standby untuk buah tangan. Banyak juga benda hendak dibuat esok sebelum bercuti..tidurlah Leila..tenaga untuk esok sangat diperlukan.

Bersemangat Leila pagi ini. Dia ingin mengemas rumahnya dahulu. Walaupun duduk seorang, tapi hendak meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama..Leila perlu pastikan semua kemas dan bersih. Barulah tenang hatinya. Selepas menunaikan solat zohor, Leila perlu ke pejabat untuk uruskan beberapa perkara. Dalam tidak sedar, hingga ke petang juga Leila berada di pejabat untuk menyiapkan kerjanya. Dia perlu pastikan semua kerja tidak tertangguh. Usai sahaja urusan di pejabat, Leila terus bergerak ke Pasar Filipina. Nasib jugalah pasar tu buka sampai malam..tidaklah Leila rushing sangat. Leila membeli bermacam makanan dan gelang mutiara untuk diberikan kepada Rumah Anak Yatim Eleanore. Gigih kau membeli..yang nak bawa banyak macam ni..kau sorang je Leila uiii..sedar diri sikit. Ngomel Leila sendiri.

Sedang Leila leka membelek gelang mutiara..dia disapa seseorang..Leila menoleh dan ya! Apalah yang dibuat Heidi dekat sini? Rasanya meeting tu tak bersambung pun. Buat apa je la dia lama lama dekat Sabah ni. Gumam Leila. Malas nak layan.

Leila hanya fokuskan dirinya sahaja. Dia masih meneruskan carian gelang mutiaranya itu. Biarlah! Bukan dia datang dengan Heidi pun.

"Sorang je ke?" Soal Heidi.

"Nampak berdua ke?" Balas Leila.

"Hmmm..mana tahu ajak tunang datang sekali..malam pula tu..bahaya sorang macam ni.."

Leila terkedu sekejap. Lupa pula dia yang ajak Syakir menyamar sebagai tunangnya. Huh! Biarlah...

"Dia sibuk.." senada Leila membalas.

"Ooooo..sibuk sangat ke sampai nak teman tunang pun tak boleh? Patut dia risau..buatnya tunang kena culik ke? Tak sempat rasa nikmat kahwin.." perli Heidi.

"You kalau tak ada benda nak cakap..boleh pergi tempat lain..jangan nak menyibuk dekat sini..orang nak memilih pun tak senang!" Tajam pandangan Leila pada Heidi.

Heidi menahan sabar. Halau sangat! Getus Heidi dalam hati. "Banyak ke nak beli?" Sambil Heidi melihat barang yang berada di tangan Leila. Pelik juga..beli banyak macam ni nak buat apa? Heidi berfikir.

"Hmmm..banyak la jugak.." aduh..banyak tanya la Heidi ni. Orang dah la nak cepat ni. Kenapa dalam ramai orang, kena jumpa Heidi dekat sini. Rengus Leila.

"I tolong bawa barang you yang ada ni..you pilih la dulu.." pelawa Heidi.

Leila memandang Heidi. Dah kenapa baik sangat? Dia pula serba salah.

"No need, Heidi..I boleh bawa sendiri semua ni..lagipun I datang sendiri..mampu je I nak bawa sendiri jugak..kalau I tak boleh, ramai pekerja dekat sini boleh tolong.." Leila menolak.

Heidi tidak mengendahkan..dia terus mengambil barang barang yang dibeli Leila tadi terus ke tangannya. Bukan dia tak tahu Leila jenis macam mana.

Leila dah boleh agak apa akan Heidi buat. Makin  dilarang..itulah dibuat. Kalau diteruskan sikap keras Leila, mahu kecoh satu pasar ni! Dengan Heidi, Leila memang jadi mengalah. Sebab dia tahu Heidi ni boleh buat apa sahaja tanpa fikir panjang. Terus Leila teringat kejadian masuk bilik Heidi di Hotel tempoh hari. Haih! Mengucap panjang Leila dibuatnya.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now