S.CHAP LC❤️HH (Puasa & Raya) 1

2.5K 120 66
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Sayangggg.." panggil Heidi kepada Leila.

"Kenapa abang?"

"Tak lama lagi kita kan nak puasa dah..."

"Lepas tu?" Soal Leila.

"Abang ingat nak bawa sayang dengan anak anak bercuti.."

"Seriouslah abang? Kita nak pergi mana?" Soal Leila.

"Sayang nak pergi mana?" Tanya Heidi.

"Mana yaaa? Kejap..kena tanya anak anak dulu..mana tahu ada tempat yang memang diorang nak pergi.." balas Leila sambil tersenyum. Heidi membalas senyuman isterinya. Dia tahu, Leila akan bertanyakan kepada anak anak dahulu. Tambah pula, mereka sedang bercuti sekolah.

"Hayden...Lisaaaaa!!!" Panggil Leila kepada anak anaknya.

"Coming mama...." Balas keduanya.

"Sini..duduk dekat papa dengan mama.." kata Leila. Kedua kembar itu hanya menurut sahaja.

"Kenapa papa..mama?" Soal Hayden. Mereka kini sudah berumur 8 tahun.

Leila memandang keduanya anaknya. Heidi hanya memerhati sahaja mereka. "Hayden, Lisa..tak lama lagi kita nak puasa dah kan?" Soal Leila. Kedua mereka mengangguk.

"Lepas tu nak sekolah pula kan?" Kedua kembar itu tersenyum malas. Sebut sahaja sekolah, bukan main tarik muka masing masing. Maklumlah, seronok duduk di rumah..tambah pula, Tok ma dan Tok Pa selalu melayan.

"Kenapa senyum macam tu? Tak suka pergi sekolah ke?" Soal Leila kepada anak anaknya.

"Mamaaa..papaaa...seronok duduk rumah tauu.." kata Lisa.

"Hayden pun seronok duduk rumah.."

"Dekat sebulan tau anak anak mama ni duduk rumah..tak kan lah tak puas lagi?"

"Papaaaaaaa.." panggil Hayden.

"Yee sayanggg...kenapa?" Balas Heidi.

"Kenapa kena sekolah papa? Bosanlah papa..kita kan kaya, tak payahlah sekolah.." Leila dan Heidi berpandangan. 'Budak zaman sekarang..bukan main fikirnya ya!' Gumam Leila perlahan.

"Dua dua..sini, duduk dekat tengah ni.." arah Heidi.

"Papa tanya boleh?" Mereka berdua mengangguk.

"Kenapa tak nak pergi sekolah?" Soal Heidi tegas tapi tidaklah menakutkan mereka.

"Ermmm..sebab duduk rumah seronok..semua ada..mama pun ada.." balas mereka serentak.

"Papa tak ada ke?" Soal Heidi.

"Papa sibuk kerja...balik lambat aje.." balas Lisa.

"Lambat? Pukul 6 petang lambat ke sayang?" Soal Heidi kepada anaknya Lisa.

"Lambat papa..sebab Lisa dengar kawan Lisa cakap, papa dia selalu balik awal..lepas tu, papa dia ajak dia jalan jalan.." tambah Lisa.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now