LC❤️HH 37

4.4K 199 59
                                    

Rasa macam mimpi dilamar Heidi malam tadi..saat paling ditunggu oleh Leila sebab dia yakin itulah keputusan yang tepat untuk dirinya. Melihat kesungguhan Heidi, jiwanya tersentuh. Tidak disangka selama ini dia dijaga dalam diam. Macam ini rasanya jatuh cinta..eh? Bukanlah pertama kali..tapi, perasaan ni tak sama macam dulu. Leila tersenyum sendiri mengingati momen manis itu.

"Haihh Leila oiiii..dah dah la senyum tu..bawak bertenang sikit..pergi mandi sana..kita banyak misi lagi hari ni.." perli Dina.

"Dinaaaa...."panggil Leila.

"Nak apa Leila Camilla..?"

"Errrrr..tak boleh ke aku kahwin sekarang?" Ahhh! Leila menutup mukanya dengan bantal.

"Amboi amboi..dulu kemahen kau lari sana sini..sekarang tak sabar dah nak kahwin?" Dina rasa nak cepuk si Leila ni.

"Hehehe.." Leila menayang sengih. "Gurau je lah.." Leila terus bangun untuk mandi.

Dina menggeleng kepala melihat sahabat sorang ini. Dulu bukan main minta masa la apa la. Sekarang gelojoh pula tengok! Haiihh! Dua dua tu sama naik sama miang..wajib kahwin la dua ketul tu! Hiks...

Sewaktu Dina sedang bersiap, dia ternampak luggage Leila. Setahu Dina, luggage tu penuh dengan buah tangan daripada Sabah. Tapi, semalam macam tak nampak pula Leila bawa atau Leila lupa? Gumam Dina..boleh jadi!

Keluar sahaja Leila daripada bilik air, Dina terus menanyakan perihal luggage itu.

"Leila, dalam luggage kau tu..bukan kau kata nak bagi dekat Rmah Anak Yatim Eleanore?" Soal Dina.

Leila terus terpandangkan luggage tu.. "Ya Allah Dina..aku lupa betul.." Leila menepuk dahinya.

"Aku dah agak..maklumlah orang tengah angau bercinta kan? Lupa semua.." perli Dina lagi.

"Amboi Dina..tak sayang mulut ke? Hmm?" Balas Leila.

"Hahaha.." dina ketawa lepas. "Betul lah aku cakap..nampak sinar bahagia gitu terpancor dekat muka kau.."

"Iye iye aje kau tu..biasa je aku tengok..kau yang excited ni.."

"Gila aku tak excited? Bestfriend aku nak kahwin dah tak lama lagi..dapat bujang pulak tu? Aummm...rawrrr tauu!" Dina buat muka nakal.

"Eeeee..kau ni ke situ pulak! Baru kena lamar, plan nak kahwin tu tak tau bila lagi.."

"Kalau tengok Heidi tu kan..aku rasa..one shot, kau mengandung terus!" Dina ketawa.

"Weiiii kau! Jauhnya fikir..aku pulak yang seram.." Leila membaling bantal ke arah Dina.

"Betul apa...haihhh! Tak sabar aku..mesti comel anak korang..sebab mak pak dia helok teruk!"

"Dinaaaaa..kalauu......"

"Kalau apaaaa?"

"Kalau aku tak dapat bagi anak dekat Heidi macam mana?" Leila sebak bila memikirkan isu anak.

"Percaya takdir Allah, Leila..aku yakin, dengan Heidi kau mesti ada anak..lagipun, kau bukan ada masalah..cuma rezeki kau belum sampai lagi..entah entah setahun sorang anak kau!" Seloroh Dina.

"Eeeee kau ni...melebih...takut aku macam tu..badan nak pakai lama tau.."

"Aku gurau je laa..tapi, percaya dengan rezeki Allah tau..DIA bagi tepat pada masa..yang penting, kena usaha..pulun selagi boleh..chaiyok Leila!"

"Jom siap cepat..kita nak pergi Rumah Anak Yatim Eleanore hantar barang lagi.." arah Dina.

"Iyaa..aku nak siap dah..kita pergi kubur dulu kan?" Soal Leila.

Kembali Cinta (COMPLETE)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin