LC❤️HH 42

5.8K 200 102
                                    

Selepas kejadian pagi tadi, Dina masuk ke bilik agak lambat. Bukan apa, risau ternampak aksi lain pula. Dua ketul tu apa dikisahnya. Haihh! Tak suci dah mata aku..Rengus Dina.

"Dinaa..kau pergi mana tadi?" Soal Leila.

"Lepak dekat kafe dengan Syakir."

"Lamanya?" Leila tak puas hati.

"Haah...saja je.."

"Leila..Hayfa datang pukul 3 nanti." Pesan Dina.

Hayfa adalah MUA yang telah dipilih Leila sendiri. Hayfa merupakan roomate mereka sewaktu di universiti dulu. Dia merupakan MUA terkenal di Malaysia. Sebut sahaja namanya, orang pasti sudah kenal dan solekannya sangat digemari terutama selebriti Malaysia.

"Ohhh..okay..."aduh, macam mana nak cover benda alah ni..Heidi lah ni tak control.

"Kenapa kau sangkut tuala dekat leher tu?" Duga Dina.

"Haaaa? Ohh..saja jeee...nak mandi kejap lagi.." jawab Leila.

"Ohhhhh..sebelum ni elok je kau letak dekat bahu..ni elok pulak yee berlilit dekat leher tu?" Perli Dina.

"Alaa..biaselah..kejap leher kejap bahu..benda tak ada apa pun..kau ni kann?" Leila cuak.

"Dah tu kau tercegat dekat situ kenapa?" Tanya Dina lagi.

"Haaa? Haaa..yee..aku nak mandi la ni..." Leila gagap.

Leila melihat dirinya di cermin..ingatkan leher je, dada pun penuh..huh! Takutlah nak tunggu malam nanti.

Usai sahaja mandi, Leila menyiapkan dirinya..setelah puas berehat tadi..dia dan Heidi perlu turun ke Banquet Hall untuk rheasal bagi Majlis Resepsi malam ini.

"Kau ada salah makan ke Leila?" Soal Dina apabila melihat leher dan dada Leila kemerahan.

"Haaa? Salah makan?" Leila lupa dia sedang berkemban.

"Yee lah...bukan main berpeta leher dengan dada kau.."

"Haaa..betul lah salah makan.." Leila terkelu.

"Tapi...kau makan ape jee? Macam tak ade pun menu pelik tadi.." Duga Dina lagi.

"Adelah kau tak perasan tadi..kau kan sibuk sana sini tadi.." balas Leila.

"Tapi elok pulak yee allergic tu boleh ada dekat leher, dada...kena pulak tempat tu kan?" Perli Dina.

Leila terdiam. Tak tahu hendak balas apa..memang pecahlah rahsia kalau Dina tahu Heidi datang tadi. Dah kena cop gelojoh laki bini..hehe..

"Errrr..aku nak turun dengan Heidi pergi Banquet Hall kejap lagi..kau turun sekali kan?" Tanya Leila mengubah topik.

"Haah..turun sekali..Syakir pun sama.."

"Cepatlah siap..aku dah nak siap ni.." kata Leila.

"Aku macam ni je la Leila..kau tu je lambat.."

"Yeeee..dah jom!" Ajak Leila. Leila hanya mengenakan seluar palazo dan blouse berbunga kecil serta shawl tanpa iron. Rheasal je pun..nanti nak bersiap lagi. Gumamnya.

Buka sahaja pintu, Heidi dan Syakir sudah menunggu di luar..Malu pula Leila bertentang mata dengan Heidi selepas kejadian tadi.

"Hai sayang...sayang okay?" Bisik Heidi perlahan.

Leila menepuk lengan Heidi. Tanya pula, dia yang gelojoh..kita yang tanggung tau..cehh..padehal sama je dua ketul tu..

"Dina..mana barang yang kau nak bawa tadi?" Soal Syakir apabila melihat tangan Dina berlenggang.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now