🌹Rencah Akhir Kata🌹

3.5K 158 67
                                    

Terima kasih kepada semua readers yang sudi support saya dalam cerita kedua saya ini. Saya mengaku, bukan mudah menulis dan banyak idea perlu dikerah juga masa dikorbankan. Kembali Cinta adalah cerita yang mengangkat nama Feeatyka dan memberikan semangat untuk terus menulis.

Jika ditanya, adakah cerita ini nyata dalam kisah hidup? Ianya adalah satu rekaan dan realiti di kehidupan itu tetap ada. Saya tidak memaksudkan di mana mana pihak dan sekiranya ia terjadi dengan keadaan isu semasa hari ini, ianya adalah kebetulan sahaja.

Sepanjang Kembali Cinta ini berjalan, saya juga kehilangan seorang sepupu yang rapat dengan saya. Suhayl merupakan nama sebenar dalam cerita ini. Saya dedikasikan namanya dalam cerita ini kerana sebagai satu kenangan yang saya tak dapat lupakan. Seorang anak yang baik, dengar cakap ibu bapa dan meninggal di usia yang muda akibat kemalangan jalan raya (motorsikal) sewaktu ingin pulang ke tempat kerja.

Saya sebagai seorang yang baru dalam dunia penulisan ini, memohon maaf atas segala kesilapan terutama dari segi tatabahasa saya sepanjang Kembali Cinta ini berjalan. Ada beberapa pengajaran dalam cerita ini saya sampaikan. Semoga readers semua dapat membaca dengan berlapang dada dan sekali lagi, terima kasih kerana menyokong Kembali CINTA.

Saya Feeatyka, melabuhkan tirai Kembali CINTA dan semoga kita berjumpa dalam cerita yang akan datang.

Feeatyka,
Your Favourite Author❤️

Mohon sedekahkan Al Fatihah buat sepupu saya:
Muhammad Suhayl Azmin Bin Ibrahim
19/01/2002 - 7/11/2023

Kembali Cinta (COMPLETE)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang