LC❤️HH 17

4.2K 180 16
                                    

Flashback 5 tahun lepas

Masa berjalan begitu pantas. Sedar tak sedar sudah setahun Leila bercerai dengan Karl Zahrin. Setelah peristiwa itu, Leila banyak menyibukkan diri dia dengan bekerja. Dia juga sedang berdiet dan lebih menghargai diri sendiri. Leila banyak membuat aktiviti luar seperti hiking. Hobi barunya adalah exercise di gym. Tidak hairanlah kalau Leila boleh menurukan berat badan sehingga 20kg. Jika tidak ada usaha yang menggila, pasti tak akan terjadi.

Leila pun sudah duduk dirumahnya sendiri. Dia akan ke rumah keluarganya, bila ada cuti panjang sahaja. Lagipun rumah itu terjaga kerana Leila mengupah orang membersihkannya. Karl? Leila sudah tidak ambil tahu. Terserempak? Pernah beberapa kali tetapi ia tidak menjejaskan perasaan Leila langsung. Mama dan papa Karl? Leila rajin juga menghubungi mereka. Kerana bagi Leila hubungan itu tidak akan terputus.

Tok! Tok!

"Cik Leila, petang ni Cik Leila ada meeting dengan Syarikat HH Multimedia Berhad. Company yang collab dengan agensi kerajaan."

"Ohhh..thanks Laraisya. I hampir lupa meeting tu..thanks to you sebab ingatkan."

"Itu memang kerja saya Cik Leila." Balas Laraisya.

Petang itu Leila bergegas ke tempat mesyuarat yang terletak di Shah Alam itu. Putrajaya ke Shah Alam..tu diaa..lebih kurang sejam juga. Sampai sahaja Leila di sana, hujan pun turun dengan lebat. Payung pula Leila tidak standby. Ya tuhan! Leila tak tahu nak buat apa. Dia akhirnya duduk di dalam kereta beberapa minit. Dia melihat jam tangannya, lagi 5 minit mesyuarat akan bermula. Tapi, hujan pula tiada tanda untuk berhenti.

Aduh, dah la meeting petang ni CEO yang chair. Uwaaaa! Leila buntu! Leila melihat sekelilingnya..apa yang dia boleh buat..huh! Redah je lah..Ngomel Leila dalam hati.

Leila kemudian keluar dari kereta dan menutup kepalanya dengan handbag. Walaupun hakikatnya tetap kena..tapi biarlah..itu saja yang dapat dia fikir. Elok sahaja Leila ingin membuka langkah untuk berlari, tiba tiba ada seseorang memayungkan Leila.

"Errrrr...encik..tak pe, saya ada beg ni.." Leila serba salah. Dia tak kenal orang itu.

"Jom"! Arah lelaki itu. Leila bingung.

Leila menggeleng. "Encik pergi dulu..tak muat encik nak jalan dengan saya dalam satu payung ni". Leila mengelak.

Erggghhhhhh! Laki itu mendengus. I nak cepat ni, you jangan buang masa I boleh? Cepat!" Terkejut Leila, nak tak nak dia ikut sahaja. Risau kena petir pulak kang! Laki itu terus menarik lengan Leila supaya jalan beriringan dengan dia.

Sampai di lobi, Leila membetulkan pakaiannya. Ada yang terkena tempias hujan..nasib tak lencun! Lelaki itu menoleh ke arah Leila dan terpegun dia melihat wajah cantik perempuan di hadapan nya ini yang basah dek terkena air hujan tadi. Bersihnya kulit! Dalam hati je la mampu.

"You staff baru dekat sini ke?" Soal lelaki itu.

Leila angkat mukanya dan melihat figura di depannya ini. "Handsome"! Leila tergamam. Member dah ketaq lutut tengok orang helokk ni! He he he..

"Err...err..bukan..bukan..I datang attend meeting..tapi itulah, alamak?!" Leila menepuk dahinya. Eeeeee, habislah aku masuk meeting lambat ni! Gumam Leila. Dia terus berlari ke arah lif untuk naik ke bilik mesyuarat. Leila lupa nak cakap thanks pada lelaki yang telah membantunya tadi.

Lelaki itu hanya memandang Leila sambil tersenyum. "Kalut kalut nak pergi mana?" Bisiknya dalam hati. Cantik!

Lelaki itu melihat jam tangannya. Jarang CEO masuk meeting lambat. Jem dan hujan punya pasal memang tidak boleh elak. Dia kemudian terus menuju ke Lif VIP. Sampai sahaja di bilik meeting, semua ahli telah bersedia dan CEO juga telah mengambil tempatnya.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now