LC❤️HH 27

3.6K 163 37
                                    

Flashback 5 tahun lepas

Dua minggu berlalu dan kehidupan mereka jalani seperti biasa. Minggu itu Leila banyak menghadiri mesyurat di luar sehingga tidak berkesempatan berjumpa dengn Heidi. Heidi pula sibuk dengan projek baru dan dia perlu outstation ke luar negara untuk beberapa hari. Heidi telah memberitahu kepada Leila tentang ketiadaan dia berada di Malaysia. Heidi juga telah meminta Khair untuk memantau pergerakan Leila. Risau dia sekiranya Leila berada dalam keadaan tidak selamat. Tak dapat jaga dari dekat..dari jauh pun boleh.

Whatsapp:

Leilaaa..you tak rindu I ke? -Hayy Heidi-

Buang masa je rindu you..I aman tau you tak ada dekat Malaysia.. -Leila Camilla-

Sampai hati you..I setengah mati dah rindu dekat you ni..😌😌 -Hayy Heidi-

Balik sini nanti..kita jumpa okay?😉
-Leila Camilla-

Okay...esok I balik...tunggu dekat rumah okay?😊
-Hayy Heidi-

Seriouslah??? Oh my...you ni kan??! -Leila Camilla-

Tunggu I..really miss you, Leila🌹 -Hayy Heidi-

😏😏 -Leila Camilla-

Dry betul minah ni..cenggitu je dia reply...huh! Kau kena sabar banyak Hayy Heidi. Kau yang nak dia kan? Biasalah....

Ikutkan Heidi punya urusan sehingga ahad..tapi disebabkan rindu yang menggunung..dia sanggup habiskan kerja cepat untuk berjumpa dengan Leila. Ada satu perkara yang dia perlu jelaskan dengan Leila. Sampai masa dah rasanya..tak cuba tak tahu...bisik Heidi.

Sedang Leila leka membaca novel..dia terdengar bunyi hon beberapa kali ke arah rumahnya. Hmm..setahu dia, kalau ada barang online pun..biasa diorang letak je atas pagar..Leila bangun dari katil dan mengintai di cermin biliknya. Ya tuhan! Terkejut dia melihat kereta Heidi yang berada di luar. Semalam ingat bergurau je..sekali betul pula!

Kring! Kring!

Phone Leila berbunyi..terus dia melihat nama yang berada di screen.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikumsalam...you ni biar betul Heidi?"

"Betul lah..cepat siap..I tunggu..kita pergi makan.." Arah Heidi.

"Errrrr...you nak bawa I makan dekat mana?" Tanya Leila.

"Siap je laa...janji bersiap!"

"Yer laah..I kena tahu you nak bawa dekat mana..nanti I pakai baju tak sesuai..malu pulak you nanti.." Leila geram.

"You pakai apa pun cantik, Leila..pakai apa you selesa..ikut gerak hati.." balas Heidi.

"Fine!!! Leila mematikan panggilan. Lagi banyak tanya, lagi buang masa..

Hampir setengah jam juga ye Leila bersiap. Maklumlah..dengan nak iron baju bagai..nasib lah! Siapa suruh datang mengejut..suka sangat kann? Sila tunggu la jawapannya. Bebel Leila dalam hati.

Leila membuka pagar automatik nya dan terpacul muka Heidi sedang bersandar di kereta. Leila tergamam! Baru dua minggu tak jumpa..kenapa handsome sangat ni? Hiks...

"Ehem..I tahu I handsome..jangan nampak sangat, Leila..dalam kereta..tatap muka I puas puas okay?" Heidi mengusik. Haihhh! Sumpah..dia sangat merindu Leila. Dia sanggup terus ke rumah Leila untuk berjumpa Leila. Tak boleh nak tahan dah rindu ni..Seksa!

"Perasan! Siapa entah nak tengok dia.." Leila terus masuk ke dalam kereta Heidi.

Heidi senyum melihat telatah Leila. Haihh! Rindu semua tentang Leila..lagi pula mata dan suara Leila. Dua tu, boleh buat dia lemah segala rasa. Haha!

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now