LC❤️HH 40

5.9K 195 104
                                    

"Leila...cepatnya kau nak balik..." ngongoi Dina.

"Seminggu dah Dina..cepat apenyee?" Padehal Leila pun tak nak balik. Buah hati dekat sini..macam mana nak balik.

"Kau yakin ke nak balik? Tak rindu Heidi?" Duga Dina.

"Mestilah rindu..tapi, dia tak ada pun cakap nak hantar aku pegi airport..selalu pantang.." ngadu Leila.

"Dia sibuk la tu..baba dia pun baru keluar hospital kan..seminggu juga dia tak masuk office..sabar lah..." pujuk Dina.

"Kadang kan Dina..aku rasa Heidi tu manjakan aku sangat..tengoklah, bila dia tak hantar aku..aku rasa pelik..sebab selalu benda kecik pun dia dulukan aku.." Leila diam.

"Dia sayang kau, Leila..dia sanggup buat apa aje untuk kau..tengok cara dia jaga kau..kau pun tak sangka kan? Punya lama kau bawa diri..sekali, orang yang jaga kau tu semua ahli keluarga dia. Bagi aku Leila, dia pandai tackle hati kau..kau tengok ehhh? Dia tak paksa kau..dia tunggu kau..dia bagi masa selama mana kau nak..sampailah sekarang ni..dia ikut je cara kau..aku salute dia wehh! Sebab cara dia smooth sampai kau boleh terima dia.." ujar Dina panjang lebar.

"Bodohkan aku sebab buat dia macam tu?" Leila mengeluh.

"Benda dah jadi Leila. Cuma apa kau kena fikir sekarang, masa ke depan ni. Tak lama lagi kau nak kahwin..create your own happiness together..ada problem, jangan lari lagi, Leila.." pesan Dina.

"Kadang aku terfikir, 4 tahun yang aku dah bazirkan tu..aku nak balas macam mana?" Leila berfikir.

"Haaaaa..aku tahu macam mana.."

"Haaa..apa dia?" Soal Dina.

"Hehehehe....kau bagi je la diri kau 24 jam.." Dina ketawa besar.

"Gila! Kau ingat tak penat ke?" Tak membantu langsung Dina ni.

"Penat....tapi nikmat kan?" Dina mengusik.

"Dina!!!!! Kau yang patut kahwin ni...wajib kahwin! Aku bagi tahu mama kau gatal.."

"Leila...kau tu stamina kena kuat..dapat bujang rawrrrr macam tu...haihhh! Tak boleh jalan kau esok pagi..." seloroh Dina.

"Dina Auliyaa!!!!!!!" Jerit Leila geram..mereka ketawa bersama akhirnya. Dina ni kalau mengusik pun boleh tahan.

Heidi langsung tak telefon Leila. Entah kenapa Leila sedih. Kalau tidak, ada sahaja usikan dari Heidi. Tak tanya pun flight pukul berapa.. You dah tak sayang I ke Heidi? Gumam Leila sendiri.

Keesokannya, Dina yang menghantar Leila ke Airport. Mama dan papa Dina perlu menghadiri kenduri kahwin anak kawan baiknya. Heidi? Tak tahu khabar berita.

"Leila...jaga diri tauu..anything, call je aku..."

"Okay dina..nanti peluk mama papa untuk aku...free nanti, aku balik.." kata Dina sambil meleraikan pelukan.

"Miss you, Leila.."

"Miss you too, Dina..." balas Dina.

Leila terus masuk untuk check in dan kemudian terus sahaja boarding..kalau naik business class ni memang selalunya tak ramai orang sangat. Beberapa minit kemudian, kapal pun ready for take off.

Leila memandang sepi ke arah luar tingkap. Biasalah pergi balik duduk tepi tingkap..seronok betul! Belum gerak, dah rindu buah hati..tapi, Heidi? Diam tanpa berita.

Leila memejamkan matanya dari terus memikirkan Heidi. Dia rasa ada orang duduk di sebelahnya. Biarlah..

"Dato Heidi, any request?" Soal pramugari itu.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now