LC❤️HH 36

4.7K 192 75
                                    

Selepas balik dari Rumah Anak Yatim Eleanore, Leila dan Dina terus pulang ke rumah keluarga Leila. Leila rindu sangat dengan suasana rumah itu. Tak banyak yang berubah dan rumah itu sangat terjaga kerana Leila mengupah orang untuk membersihkannya. Leila tidak mengambil masa lama di rumah itu kerana dia juga perlu ke rumahnya. Sudah seharian juga mereka berjalan. Letih juga badan dirasakan.

Mereka berehat sebentar dan tidak lama kemudian mereka bergerak ke rumah Leila. Perjalanan hanya mengambil masa 30 minit sahaja ke rumah Leila. Sampai sahaja di rumah Leila, dua dua sudah keletihan. Rumah yang ditinggalkan beberapa tahun tapi keadaanya tetap cantik dan bersih. Lagipun, Dina juga rajin datang ke sini..kadang kadang shooting tudung di sini kerana Dina kata, kawasan rumah Leila ni cantik untuk photoshoot. Leila tak kisah sebab dia tahu Dina dah menjaga sebaik mungkin rumahnya. Baik rumah keluarga atau rumah Leila.

Sedang berehat, Leila mendapat call daripada Heidi. Haihh! Rindulah tu..

"Assalammualaikum, Leila.."

"Waalaikumsalam, Heidi..."

"You dekat mana? Dah settle urusan you hari ni?" Soal Heidi berminat.

"Alhamdulillah..semua okay jee..I dengan Dina ada dekat rumah I..rehat kejap..lepas maghrib gerak balik rumah Dina." Jelas Leila.

"Nak driver I ambik?" Soal Heidi.

"Jangan susahkan diri you Heidi..I okay je..lagipun I berdua dengan Dina..jangan risau tauu.." balas Leila lembut.

"Tapi........"

"Tapi apa?" Soal Leila.

"I rindu you, Leila..kalau I yang ambil you boleh?" Heidi mencuba!

"Errrrr...Heidi..." Leila serba salah. Tapi, Leila pun rindu jugak! Macam mana ni? Haha..

Tok! Tok! Dina mengetuk pintu bilik Leila.

"Heidi..I call you back.." Leila matikan panggilannya.

"Kenapa Dina? Masuk je la.."Soal Leila.

"Aku nak keluar ni..pastu terus balik..boleh ke? Kita jumpa dekat rumah aku malam nanti..okay tak?"

"Dengan siapa kau nak keluar ni?" Leila pelik melihat Dina.

"Siapa lagi.....tu kau pergi intai dekat luar.." arah Dina.

Leila terus bangun dari duduknya dan melihat di tingkap. Syakir!

"Bertuahnya punya kawan!" Memang jenis muncul tiba tiba la dia ni..haih!

Leila mencapai tudungnya dan menghantar Dina ke luar. Tahu tahu siap je Dina ni..sabar je lah! Memang niat nak tinggalkan aku sorang ke? Gumam Leila.

"Korang memang dah tak sayang aku ke? Kenapa tak ajak aku sekali?" Sampai hati korang!" Leila buat merajuk.

"Bukan tak nak ajak..tapi, kau kot tak free.." jawab Syakir selamba.

"Maksud kau?" Leila bingung.

"Tu dah sampai bakal suami kau.." Syakir memandang ke arah Heidi yang sudah menunggu.

"Haaaa?" Leila memandang ke arah Heidi yang bersandar di kereta. Dah berapa lama Heidi sampai? Yang tadi call tu, tak kan dah sampai? Ngomel Leila dalam hati.

"Hai Leila.." Heidi merenung Leila lama. Haih! Betul rindu...

"Errrrrrr...hai....." balas Leila gagap. Terkejut tahu tahu sampai. Sama je macam dulu Heidi ni..Leila kemudian mendekat ke arah Heidi..terus terang je la Leila...gumamnya sendiri.

Kembali Cinta (COMPLETE)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora