LC❤️HH 56

5.1K 196 85
                                    

Dua bulan berlalu selepas kejadian Heidi hampir disondol oleh staffnya sendiri. Heidi telah memecat Irma Haura dan mengambil staff baru iaitu lelaki. Bagi mengelakkan sebarang masalah lain berlaku, biarlah dia mengambil tindakan terlebih dahulu. Emosi Leila menjadi keutamaannya memandangkan kandungan Leila semakin sarat.

Setelah disiasat latar belakang Irma Haura, dia merupakan seorang pekerja profesional yang sangat cemerlang. Tetapi, disebabkan sikapnya yang suka mengambil kesempatan itu, banyak company telah memberhentikan dia. Sebab itulah benar yang dikata, niat tidak menghalalkan cara. Awal lagi, niat dah tak baik..macam mana nak berkat hidup tu? Berkali Irma merayu supaya tidak diberhentikan..tetapi Heidi berkeras dengan keputusannya. Tidak mengapa dia tak mahu minta maaf kepada Leila, tapi tolong jangan tunjuk muka di company ini lagi. Kata terakhir Heidi kepada Irma.

Kandungan Leila juga semakin membesar dengan sihat. Tapi, dia masih mampu untuk mengikut Heidi ke office. Heidi juga tidak membantah kerana dia lagi berasa lega bila Leila di depan mata. Walaupun dia boleh memantau Leila melalui CCTV dari Ipadnya, tapi dia lebih puas hati jika Leila Camilla di depan mata.

"Sayang okay tak ni? Abang tengok macam tak larat sangat je?" Tanya Heidi. Kalau ikutkan due Leila belum lagi. Tapi, keadaan Leila buatkan dia risau. Anak pertama la katakan. Inipun pengalaman pertama Leila. Dia masih belajar juga.

"Okay je abang...janganlah risau..." Leila senyum memandang suaminya. Heidi ni makin tua mkin handsome pula! Rasa macam haihhh! Laki kita kan, biarlah kita nak buat apa..haha..

"Abang....nanti kita pergi kubur..lama pula rasanya tak ziarah kubur family Leila."

"Boleh sayang...nanti kita pergi..sayang ada teringin makan apa apa tak?" Soal Heidi. Mengidam Leila juga tidaklah seperti sebelum ini. Dia masih aktif, tapi untuk berjalan jauh..doktor juga tidak galakkan..lepas dapat naik Cable Car dan Laksa Ikan Sekoq dulu..kurang sikit perangai Leila yang pelik pelik itu. Heidi pun berasa lega sedikit. Kalau tidak, mahu terkejut sahaja dia dengan kemunculan Leila yang tiba tiba itu..haha..

"Abangggg...nak ketiak abang kejap..."

"Ni tak nak sayang?" Heidi menunjukkan yang dibawah itu..

"Abang ni...perli Leila ke? Tak apelah..tak sayang Leila kan?" Dia memusingkan badannya.

Heidi ketawa. "Merajuk ke sayang abang ni? Abang gurau je laa..tak boleh gurau dah ke ni?" Heidi mengambil tempat di sisi Leila.

"Leila nak ketiak abang je..salah ke?"

"Tak cakap pun salah, sayang...meh sini.." Heidi membantu Leila menyandarkan kepalanya di katil. Leila kemudian memeluk Heidi erat dan dia dapat menghidu sasarannya. Bumil ni, leher lah ketiak lah..tak faham! Haha..

"Abang ada masa ke ni?" Leila masih berkhayal yee..

"Lunch hour sayang...ni masa untuk sayang.." balas Heidi.

"Abang...abang dah pilih nama anak kita ke?"

"Ada la abang dah listkan. Tapi, susah juga nak cari nama gabung ni sayang..nak kena tengok makna juga..bukan asal sedap jee.."

"Ermmm...betul la tu...tak apelah, ada masa lagi.."

"Sayang tak nak cari? Abang tak kisah pun siapa yang bagi nama..janji makna yang elok."

"Ada jee Leila cari. Nanti Leila tunjuk dekat abang.." Heidi senyum sambil bermain dengan rambut Leila. Wangi semulajadi Leila ni memang betul menenangkan. Haihh! Penat pun boleh hilang.

"Sayang...esok kita kena pergi servis kereta sayang..abang dah buat appointment..esok sebelum servis, kita singgah kubur dulu.."

"Boleh je abang..Leila tak kisah..sementara tak bersalin lagi ni..boleh lah nak ziarah." Balas Leila.

Kembali Cinta (COMPLETE)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin