LC❤️HH 2

5.3K 216 23
                                    

Pertemuan dengan Kak Shira tempoh hari membuatkan Leila tidak henti berfikir. Dia dikhabarkan akan dikembalikan semula ke Semenanjung. Yang pastinya, dia belum ready untuk semua. Biarlah orang kata dia lari dari masalah, tapi sepanjang dia berada di Sabah, jiwanya tenang dan suasana kerja yang harmoni.

Apa yang boleh Leila katakan, dia hanya boleh bersedia sekiranya dia ditukarkan semula ke Kementerian asalnya iaitu Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Huh! Apalah nasib kau Leila.

"Cik Leila yang cantik manis, akak kacau tak?"Tanya Kak Ziha.

"Masuklah kak. Leila free sikit ni. Kenapa tu?"Soal Leila.

"Tak payah jemput duduk, akak memang nak duduk pun. Haha"

"Eeee akak ni, suka mengusik saya kan?" Balas Leila sambil ketawa.

"Akak nak minta cuti ni, 3 hari dari Rabu sampai Jumaat. Boleh tak?" Soal Kak Ziha penuh harapan.

"Uisssh, lamanya. Cuti kahwin ke kak?" Soal Leila bergurau.

"Aishhhh, kamu ni Leila. Ada ke situ pula. Akak kalau cuti kahwin, tak cukup 3 hari, seminggu pun belum tentu tau." Seloroh Kak Ziha.

"Wow! Amboi kak, seminggu tak cukup eyh? Hari hari mauuu ke kak?" Leila masih ingin mengusik.

"Biasalah Leila, dah lama simpan. Hahaha"

Mereka ketawa sama sama. Bukan main lah dua ketul ni.

"Cutilah kak, cuti kan hak pekerja. Sebab itu diperuntukkan cuti untuk setiap orang. Cuma kadang saya pelik kenapa ada sesetengah Pengarah susah sangat nak bagi staff cuti. Jangan sampai saya buka kitab Perintah Am pula!" Hiks

"Alamak! Keluar dah aura Timbalan Pengarah Cik Leila kita. Akak gerak dulu la eyh? Nak apply cuti ni. Thank you Cik Leila."

"Most welcome Kak Zihaku.."

Di Sabah, Leila menyewa rumah Kak Ziha. Kak Ziha kebetulan memang mencari penyewa dan rezeki Leila dengan orang yang kenal. Berkali kali juga Kak Ziha mengajak Leila duduk sekali, iyalah Kak Ziha pun tinggal seorang sahaja di rumah. Tetapi Leila segan dan dia mengambil keputusan menyewa rumah Kak Ziha. Setahu Leila, arwah Kak Ziha bukan sebarangan orang. Harta yang ditinggalkan kepada Kak Ziha, lebih daripada mampu. Kenapa Kak Ziha masih bekerja? Sebab bagi Kak Ziha, sekurangnya bila bekerja dia dapat melupakan segala kesedihan dia. Semasa arwah suaminya masih hidup, berkali juga diminta Kak Ziha berhenti kerja kerana suaminya sangatlah mampu. Akan tetapi. Kak Ziha berkeras juga ingin bekerja. Siapa sangka, Allah menguji Kak Ziha dengan kematian dua orang yang paling dia sayangi. Suami dan anak. Bila difikirkan balik, ada sebab kenapa Kak Ziha tidak terfikir untuk berhenti kerja. Mungkin kalau dia duduk di rumah sahaja, dia akan kemurungan. Siapa tahu kan?

Setahu Leila, Kak Ziha ada seorang kakak di Semenanjung. Kebiasaan kalau cuti panjang memang Kak Ziha akan pulang ke semenanjung untuk berjumpa dengan kakaknya. Sebab mereka kerap mengadakan family gathering bersama. Mungkin cuti kali ini pun Kak Ziha ke sana. Biarlah, itu urusan dia. Jangan campur!

Leila melihat cahaya handphone nya menyala. Oh, lupa silent tadi. Tengokkan nama pemanggil buatkan dia rasa nak balik Semenanjung sekarang.

"Assalammualaikum bffku.."

"Waalaikumsalam Dina Auliya sayang.."

"Kau memang dah tak jumpa jalan balik ke weii? Kau tak rindu aku ke?" Soal Dina.

"Sabarlah, aku sibuk lah! Gila tak rindu kau?"Balas Leila.

"Dah tu? Tak reti nak balik? Mama papa aku pun duk tanya kau. Tak rindu nak jumpa diorang ke? Kerja sampai mati pun tak habis, Leila Camilla." Perli Dina.

"Yee yeee..aku tahu, tapi sabar sikit eyh. Kau doalah mana tahu aku terbuka hati terus nak stay sana. Who knows kan?" Balas Leila lagi.

"Uuuuuuu..seriouslah nak stay sini? Aku tak mimpi kan yang bercakap dengan aku ni Leila Camilla kan?" Pelik Dina dengan ayat Leila tu.

"Kerja macam aku ni Dina, ikut arahan je. Pergi sana, aku pergi, pergi sini aku pergi. Manalah tahu kan? Walaupun aku tak nak, tapi apa kuasa yang aku ada?" Balas Leila.

"Iyalah Leila. Cuma nak pesan, kalau balik sini, bagi tahu. Aku pickup macam biasa lepas tu kena stay rumah aku tau. Penat aku layan soalan mama papa tu. Rindu dekat anak angkat dia yang dah lupa diri dekat Sabah tu."

"Mulut kau kemain eyh sekarang? Tanam cili api dalam mulut ke Dina? Berdas das bagi dekat aku ni."

"Ha ha ha, baru bagi sikit dah sentap!" Dina ketawa kecil.

"Okaylah Leila, nanti kita talk lagi. Aku tengah nak kira stock tudung baru sampai ni. Jaga diri kau baik baik Leila. Anything, just call aku tau."Pesan Dina.

"Okay babe! Kau pun jaga diri dekat sana. Kirimsalam mama papa tau. Cakap dekat diorang, nanti aku balik."

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Dina Auliya adalah sahabat Leila daripada sekolah rendah lagi. Susah senang Leila dengan Dina. Sakit Leila, sakitlah Dina. Cuma apabila dah besar mereka membawa haluan masing masing dengan cita cita mereka. Dina Auliya adalah anak kepada pengasas Syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia yang berpangkat Dato. Tetapi Dina tidak berminat ke arah itu bahkan dia menyambung legasi ibunya mengendalikan butik tudung yang terletak di KLCC. Dina seorang anak tunggal dan masih bujang. Mungkin trauma melihat kawan baik sendiri bercerai, dia seakan tidak membuka hatinya dengan kehadiran lelaki.

Hari ini Leila ingin pulang awal ke rumah. Teringin pula dia nak melihat sunset dekat satu pantai di Kota Kinabalu ini. Memang kebiasaannya ramai la orang. Tapi, biarlah. Nak halang orang datang macam mana pula kan? Benda boleh kongsi tak payah lah tamak. Eh? Tapi bukan kongsi suami/isteri eyh. Tu meminta!

Bagi Leila dia tidak pernah rasa kekok jika berseorangan. Pergi mana sahaja dia seorang, setakat makan tu, apalah sangat. Lagi nak healing tengok sunset. Mati pun sorang sorang juga nanti. Rileks lah kan? Hiks

Suka dia melihat ragam manusia di Pantai ini. Bukan sahaja orang sabah, tapi ramai pelancong yang datang melawat. Sabah juga merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Pulau pulau yang cantik dan seafood yang berbaloi untuk dimakan. Tidak peliklah kenapa statistik pelancong yang datang ke Sabah semakin meningkat. Ini merupakan satu petanda baik bagi memperkukuh ekonomi pelancongan Malaysia.

Kan seronok kalau semua family Leila ada sekali? Aku rindu Ya Allah! Belum banyak jasa aku sempat balas kepada mereka. Kenapa seawal ini kau mengambil mereka daripada aku? Kenapa aku yang dipilih untuk menerima dugaan seperti ini? Banyakkah dosa aku Ya Allah? Adakah ini balasan untuk aku? Leila memukul dadanya perlahan. Sebak rasanya sekarang ini. Tanpa sedar, laju mengalir air matanya. Diseka nya laju agar orang tidak kelihatan.

Tiba tiba ada sesorang menghulurkan tisu kepada Leila. Diangkat muka untuk melihat tetapi orang itu memakai mask. Leila tidak dapat cam siapa kerana terlalu cepat pergerakan itu. Tapi yang pasti seorang lelaki. Akhirnya, Leila hanya memandang susuk tubuh itu dari jauh.

"Thank you" untuk tisu ini. Balas Leila hanya sendiri.

Rindu paling perit ialah rindu orang yang dah tiada di dunia ini.
Tabahkan seorang Leila Camilla?
Jangan lupa vote readers!
Hugs❤️

Kembali Cinta (COMPLETE)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu