LC❤️HH 12

3.8K 163 9
                                    

Flashback 5 tahun lepas..

Sampai sahaja di rumah, Leila merasakan sesuatu yang berat untuk melangkah. Bagaimana hidupnya dengan melihat kosong rumah ini tiada penghuni? Mampukah dia menjalani kehidupan seperti biasa? Dina memeluk lengan Leila kerana dia merasakan Leila hampir rebah. Keluarga mertuanya dan Pak long terus memeluk Leila erat.

"Sabar, Leila..Allah uji tanda dia sayang. DIA nak tingkatkan iman kita kepadanya. Jangan mengeluh, jangan mempertikaikan..Redha dan Ikhlas ye sayang?" Pujuk ibu mertuanya. Leila memeluk erat ibu mertuanya. Tumpang kasih pada ibu Karl. Alhamdulillah, dia mempunyai ibu mertua yang sangat menyayanginya. Mereka leraikan pelukan. Leila melihat Pak Long dan Mak Long nya. Terus Leila memeluk sekuat hati. Menangis teresak esak. Leila tahu, dia tidak boleh meratapi, tapi ini sangat mengejutkan dirinya.

"Pak Long & Mak Long tahu Leila anak yang kuat. Tabah ye nak terima semua ni. Doakan semoga segala urusan mereka di sana dipermudahkan. Pak Long masih ada Leila. Pak Long keluarga kamu juga." Pujuk Pak Long.

Leila hanya meneruskan tangisannya. Tidak mampu untuk dia berkata. Segala nasihat dia terima, tapi dia juga perlukan masa untuk dia terima segala keadaan ini.

"Korang tidur sini boleh?" Ajak Leila kepada Dina dan Syakir.

Dina dan Syakir saling berpandangan.

"Tidurlah sini, Dina..Syakir..Leila perlukan korang." Ajak Karl.

Akhirnya mereka mengangguk tanda setuju. Keduanya tidak sanggup meninggalkan Leila dalam keadaan begini.

Leila menunjukkan bilik kepada Syakir dan Dina. Selepas itu, Leila kembali ke biliknya untuk membersihkan diri. Seharian dia diluar, sekarang ini terasa letih satu badan. Mata memang dah bengkak dek menangis tanpa henti.

Leila menunaikan solat sunat dan selepas itu dia membaca Al quran. Dia juga manusia biasa, perlukan ketenangan dan belajar menerima semua ini dengan ikhlas. Tipulah Leila boleh melupakan dengan mudah, tetapi dia juga harus bangkit kerana yang hidup perlu diteruskan.

Lama Leila membaca Al quran sehingga Karl menyedari tiada susuk tubuh Leila di sisi. Dia mendengar seseorang membaca Al quran sambil menangis. Karl mengesat matanya dan ya, Leila sedang mengaji. Masih bertelekung. Sayu hati Karl melihat isterinya saat ini. Airmata Leila terus mengalir laju. Mungkin itu cara Leila melepaskan segala sedih di hati. Karl bangun dari katil dan mendapatkan Leila. Direnung wajah cantik bersih isterinya..walaupun dibasahi air mata, tapi Leila tetap cantik di mata Karl.

Karl menarik tangan Leila yang berlapik dengan telekung. Leila kemudian memberhentikan bacaannya. Leila memandang Karl lama. Dia tahu Karl amat merisaukan dirinya.

"Sayang...sayang okay? Feeling better?" Soal Karl.

Leila senyum paksa. "Leila okay sikit bie."Balasnya pendek.

"Kalau nak luah dekat bie, silakan..bie ada dengan sayang. Just lepaskan apa yang Leila rasa. Bahu bie ni, ada untuk Leila untuk terus seka airmata Leila. Selagi bie bernafas, Leila berhak ke atas bie." Karl menyeka airmata Leila. Terlalu banyak airmata Leila mengalir hari ini.

"Thanks bie sebab faham Leila. Leila tak kuat. Leila tahu semua ini memang ambil masa, tapi Leila harap bie terus sabar dengan Leila." Leila meletakkan kepalanya ke riba Karl. Karl membuka telekung Leila dan dibiarkan Leila dalam keadaan selesa. Dia mengelus rambut Leila dan Leila akhirnya tertidur. Dia tahu Leila penat, tapi Leila cuba bertahan. Akhirnya Leila terlena juga. Isteri bie, kuat! I'm here for you, Leila. Karl mengucup dahi Leila lama.

Keesokannya, Leila merasakan lebih segar dari semalam. Dia pergi ke bilik Dina untuk berbual sebentar. Karl, awal pagi sudah bangun untuk membeli sarapan. Bermula hari ini sampailah hari ketiga, meraka akan mengadakan kenduri tahlil di Masjid. Ada ahli keluarga yang stay, ada juga yang akan datang terus ke Masjid nanti.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now