LC❤️HH 3

4.9K 202 19
                                    

Tok! Tok!

"Ye, Kak Ziha..tak kan rindu Leila yang depan mata ni?" Mai la masuk. Pelawa Leila.

"Heee, thank you adiknya."

"Akak nak tanya, Leila free tak weekend ni?"Tanya Kak Ziha.

"Free je kak, kenapa? Tak kan nak ajak Leila dating kot?" Ahaks

"Lebih kuranglah. Tapi, sebenarnya akak nak cari hadiah untuk anak buah akak. Kan nanti akak nak cuti sebab nak balik KL. So, biasalah ada nak celebrate sikit. Nak minta Leila carikan baju kemeja lelaki. Leila mesti tahu kan?"

"Oh, boleh je kak. Kalau macam tu sabtu kita dating okay? Leila pun ada nak cari barang juga. Leila pickup akak dekat rumah. Kesian tau nak suruh orang tua drive." Leila cuba mengusik.

"Kak Ziha mengecilkan matanya. Tua bukan sebarang tua eyh, boleh lagi dapat anak ni! Kak Ziha mengipas mukanya. Panas!"

"Ha ha ha, tu pun marah! Tak teman kang Sabtu ni baru tahu." Ugut Leila.

"Eeee kamu ni, suka je la mengusik. Nasib cantik! Nak marah pun pikir banyak kali".

"Akak keluar dulu eyh, nak sambung keje. Thanks Leila sudi teman akak."

"No problem kak". Balas Leila.

Leila membelek jadual kerjanya untuk esok. Dia baru teringat esok dia perlu attend meeting bersama satu Syarikat Multimedia. Tapi Leila dimaklumkan, company itu dari semenanjung. Jauh jauh buat meeting sampai ke Sabah kenapa? Hishh, tak memasal! Nasib pagi meeting, kalau petang, ahh lemau!

Keesokannya, selepas punchcard, Leila terus pergi meeting. Sampai sahaja di Hotel berkenaan, gerun ye tengok ahli korporat yang datang. Terasa kerdil diri ini. Nak bersosial pun jadi tak pandai. Leila terus mengambil meja untuk breakfast. Biasalah meeting kena ada makan. Ye dak?

"Morning miss, wakil daripada mana ya?" Soal seorang perempuan.

"Oh maaf, saya wakil daripada agensi kerajaan."

"Ooo, Pn Leila Camilla ye? Saya Zarina urusetia bagi mesyuarat pagi ini."

"Ermmm, boleh I tahu nama company? Sebab dalam surat I tiada nama company."

"Oh, HH Multimedia Berhad Cik Leila." Balas Zarina.

Gulp! Leila terasa panas satu muka. Rasa nak menjerit sekarang ni. Apa nak buat ni?

"Oooo..ookay, thank you Zarina. Dah boleh masuk ke?" Soal Leila.

"Boleh Cik Leila. Just nanti puan tengok nama puan okay?" Pesan Zarina.

"Okay, noted! Thank you again."

Huh! Calm down Leila. Pergi washroom sekejap. Take a nap! Ya Allah bantuin Leila Camilla.

Hampir 10 minit Leila di washroom. Dia perlu bertenang sebelum masuk meeting sekejap lagi. Apa yang berlaku, dia tetap harus kena hadap. Nasib pakai mask! Thank you mask, kau sangat membantu. Jangan esok esok aku pakai purdah dah la, punya tak nak orang kenal. Hiks

Come on, Leila Camilla. Hadap!

Leila berjalan menuju ke ruangan Hall mesyuarat. Dia mencari tempat yang telah dilabelkan sebagai Agensi Kerajaan. Bermacam ragam orang dipertontonkan di depan mata. Rata ratanya memang ahli korporat. Biarpun ini bukanlah pertama kali Leila berdepan dengan mesyuarat seperti ini, tetapi dia sendiri tidak tahu kenapa terasa aura kali ini berbeza. Atau sebab company dia? Hmmm..abaikan!

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now