LC❤️HH 49

5.4K 167 54
                                    

Hujung minggu itu Leila dan Heidi pergi ke rumah baba dan mama selepas mereka pulang dari menziarah kubur keluarga Leila. Kalau mama dan papa ada mesti diorang seronok tengok Leila bahagia. Leila rindu semua..bisiknya dalam hati.

Sampai sahaja di rumah mertuanya, mereka disambut mesra baba dan mama. Mama berpeluk seperti tidak mahu lepas. Baba dan Heidi menggeleng kepala melihat dua orang wanita itu. Macam tak jumpa setahun.

"Assalammualaikum mama,baba..Leila rindu"

"Waalaikumsalam sayang mama...mama ni lagi rindu..Heidi betul kurung kamu yee? Tak bagi chance langsung mama nak bermanja dengan menantu.." Mama menjeling Heidi.

"Nak buat macam mana maaa..banyak masa dalam bilik je..malas nak keluar.." seloroh Heidi.

"Amboi....cepatlah mama dapat cucu ni..." mama memandang Leila yang tertunduk malu itu.

"Maaa..cucu mama je ke? Cucu baba juga tau..." baba tak nak kalah. Leila terus menuju ke baba dan menyalami ayah mertuanya.

"Baba..baba sihat tak? Sini okay?" Tanya Leila sambil menyentuh bahagian dada ayah mertuanya yang berlapik baju itu.

"Alhamdulillah..sihat..semua okay..mama jaga baba pakej bebel sekali..tak kan tak sihat?" Leila dan Heidi ketawa mendengarnya.

"Jom kita duduk ruang tamu.." arah baba. Mereka kemudian mengangguk tanda setuju. Bermacam perkara mereka bualkan..Leila yang duduk disebelah mama, tidak memandang langsung ke arah suaminya. Heidi? Jealous! Haha..

Leila meminta izin pergi ke dapur sebentar. Melihat Leila bangun, Heidi juga turut bangun. Sampai sahaja di dapur, Heidi terus merangkul pinggang Leila daripada belakang.

"Sayang lupa abang ke ni? Hmmm?" Soal Heidi.

"Lupa apanya abang...kan abang ada dengan Leila ni..." Leila menggosok lengan suaminya.

"Tadi, tak pandang pun abang..asyik sembang dengan mama baba jee.." adu Heidi.

"Eeeeeee..abang ni kan...abang kan ada je depan Leila tadi..bukan Leila jauh pun..lagipun, Leila bukan selalu manja dengan mama...dengan abang...ermmmm..."

"Haaaa...apa dengan abang? Ermmm apa?" Heidi tak puas hati.

"Dengan abang...habis semua manja Leila dah tunjuk dekat abang..." Leila memujuk.

"Manjaaaa? Manja macam mana tu sayang?" Heidi mengusik sambil memusingkan Leila supaya menghadapnya.

"Manja macam ni lah..."Leila mencium pipi Heidi kiri dan kanan, dahi, hidung dan berakhir di bibir merah suaminya. Tanpa sedar ciuman itu semakin mendalam dan mereka lupa di mana mereka berada.

"Ehemmmm..!" Aksi mereka terhenti dan yes! Baba yang berdehem. Heidi menayang muka selamba, Leila pula merona merah muka menahan malu.

"Bilik banyak dekat rumah ni Heidi...ajak Leila naik, berehat.." arah baba.

"Errrr...tak pe baba..Leila nak tolong mama kejap..nanti Leila naik.."

"Nak tolong apa, Leila? Mama kamu dah siap semua dah..lagipun, mama tempah je semua tu..saja dia nak sambut anak menantu balik.."

Leila senyum simpul. Ahh! Malunya. Haihh la suami...suka betul buat tak tengok kiri kanan...gumamnya.

"Jom sayang...naik atas...abang nak mandi kejap.." Heidi menarik tangan Leila. Dia tahu Leila malu. Leila hanya menurut dan menunduk sedikit kerana lalu dihadapan ayah mertuanya.

Tan Sri Hash Hashim menggeleng kepala melihat karenah anak menantu. Tak menyempat! Gumamnya.

"Baba, mana anak menantu kita?" Soal mama yang baru saja masuk ke dapur.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now