LC❤️HH 18

4.1K 178 37
                                    

Flashback 5 tahun lepas

Sejak pertemuan Leila dengan Heidi tempoh hari, buatkan dia rasa sesuatu. Agaknya helok sangat kot sampai terbawa bawa pula. "Buat apa kau nak fikir pasal dia Leila?" Jumpa pun baru sekali tu je. CEO pulak tu. Huh! Leila malas nak fikir. Jap! Tapi, aku kena fikir juga ni. "Tak boleh ke aku tak payah jumpa dia?" Uwaaaa! "Tak kan nak keluar berdua? Entah laki orang ke?" Ahh! Big No! Aku bukan type penyondol okay? Dulu ada laki pun aku cadoqah  je..Eh..tu ayat Jamila Javian..hiks.. "sedekah"...kalau dah orang nak sangat..ambiklah! Baik single dari sakit hati. Tak gitu?

Awalnya dulu selepas bercerai, memang Leila agak susah untuk menerima semuanya. Syakir dan Dina sahaja yang tahu keadaannya. Leila cuba bertahan semuanya sehinggalah dia sah bercerai dengan Karl Zahrin. Itulah cinta pertamanya. Mana mungkin dia lupakan semudah itu. Ye! Mulutnya berkata okay tetapi hati dia tidaklah sekuat mana. Dia pernah mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan untuk dia pulihkan semangatnya. Memang dia akui, dia boleh sibukkan dirinya..tetapi hakikatnya..dia sendiri tidak mampu.

Selepas bercerai, Karl Zahrin tidak langsung menghubungi Leila. Mungkin sedang mencipta bahagia dengan Kaisarah. Leila pun tidak mengambil tahu langsung. Biarlah, hidup ni sementara. Buat apa kita nak kenang orang yang tak pernah hargai kita. Buang masa!

Ringg! Ring!! Handphone Leila berbunyi. Dia melihat di skrin adalah private number. "Siapa pulak la ni?" Haisyy..Leila mengeluh. Tak nak angkat nanti, takut urgent pula.

"Hello"..sapa Leila.

"Hai Cik Leila...Remember me?"

"Leila macam kenal suara....tapi....dia cuba ingat..ting! Oh no! Hayy Heidi! Mana dia dapat phone number aku?" Leila menggelabah.

"Cik Leila? Are you there?" Soalnya lagi.

"Haaa..haaa..still in the line.." balas Leila.

"Tak kan lupa I dah? Janji kita ingat?" Soal Heidi mengusik.

"Kita kenal ke?" Soalan KBAT Leila keluar gaiss!

"Hmmm..you siap sekarang Leila Camilla..I dah ada dekat depan rumah you...now! You ada 10 minit nak bersiap..you lambat, I masuk dalam terus..Ingat Leila, I can do anything..you tahu I siapa kan?" Ugut Heidi.

Leila terus mengintai cermin rumahnya. "Seriouslah weii, memang dah ada dekat luar mamat ni." Mana dia tahu rumah aku ni? Phone number lagi? Siapa jadi radio karat CEO ni? Ahhh! Leila rimas yee..semua nak kena ikut cakap dia.

"Sabarlah kejap..you tahu kan perempuan siap lama..apa ni bagi masa 10 minit je? Tak kan I nak pakai kain batik je pulak?" Soal Leila.

"Cepat Leila Camilla!...You nak I pecahkan pintu rumah you ke?" Heidi menahan sabar.

"Tak payahlah marah En Heidi.." elok I nak keluar ni nanti, terus tak jadi! Dengus Leila.

"Tak jadi tak pe..Kita dating dalam rumah..untung jugak..dapat kahwin free..betul kan Cik Leila?"

"Merepek!" Leila terus mematikan panggilan. "Gila"! Leila rasa nak ganyang je CEO ni.

Leila akhirnya siap tapi lambat 5 minit. Gila! Mana la sempat 10 minit. Dah la tak bagi tahu nak keluar bila..tahu tahu tercongok depan rumah. Ingat sweet ke? Erkkkk!

Leila kemudian membuka pintu rumahnya dan Heidi masih bersabar bersandar di kereta Porsche Cayman GT miliknya. Huh! Beli kereta setengah juta tapi seat dua je..buat rugi sungguh! Ngomel Leila.

Kembali Cinta (COMPLETE)Where stories live. Discover now