Prolog

381 14 0
                                    

Jam 3:00 pagi, Bandar Cyberraya.

.
.
.

Disuatu tempat, yang sangat indah..
Ada sebuah taman bunga yang sangat luas,tampak seperti tiada penghujungnya.

Disana, ada sebuah pokok yang sangat besar.. Menjadi pusat perhatiannya.

Dibawah pokok itu, ada satu sosok putih yang sedang membelakangi dirinya..

Sosok itu bertudung labuh menutupi punggung, memakai baju jubah yang berwarna putih dan berkilauan.. Kulitnya juga putih..

"M.. Mama?" Batin dirinya.

Dirinya mencuba untuk mendekati sosok itu secara perlahan tanpa sosok itu menyadari keberadaan dirinya.

Namun, dirinya malah terpijak ranting yang memang sudah lama berada ditanah. Dirinya saja tidak menyadari keberadaan ranting itu kerana leka ingin 'menyorok' tanpa diketahui oleh sosok berjubah putih itu.

Sosok itu terus berbalik ke arahnya, menampilkan senyuman lebar dan terus memeluk dirinya.

Dirinya sangat terkejut apabila melihat rupa asli sosok itu,ternyata benar dugaannya.. Dirinya terus membalas sosok itu dengan erat kerana dirinya sangat merindui sosok itu sejak kali terakhir mereka bertemu.

"Ali, akhirnya.. Kamu sampai juga disini" Kata sosok itu sambil terus memeluk Ali dengan erat..

Dirinya dipanggil 'Ali' oleh sosok itu.

"Ali pun, rindu sangat dekat Mama"

Sosok itu pula, dipanggil 'Mama'.. Nama sebenarnya ialah Aliya, merupakan ibu kandung kepada Ali sekaligus Isteri kepada suaminya, Ghazali.

.
.
.

"Cantikkan tempat ni?" Tanya Aliya sambil memegang tangan Ali.

"Cantik, sama macam Mama.. Dua-dua cantik.." Jawab Ali.

"Eh-.. Bukan.. Mama lagi cantik.." Tambah Ali lagi.

"Pandai betul kamu yer.. Ni mesti sebab kuat makan gula.." Kata Aliya sambil membelai kepala anaknya

"Mana adalah.. Ali macam ni pun dengan Mama saja.." Kata Ali sambil memeluk erat Mamanya.

"Yela tu.." Kata Aliya sambil memutar bebola matanya.

"Memang betullah, kan Ali anak Mama.. Takkan Mama tak percaya Ali kot?" Tanya Ali sambil membuat 'puppy eyes'.

"Haha.." Aliya ketawa kekok. "Tentulah Mama percaya, Mama saja jer nak test Ali."

"Oh, haha" Ali ketawa bersama dengan Aliya.

"Mama,kita kat mana ni?" Tanya Ali.

Aliya tidak menjawab, dia malah menatap kearah tanah dengan hampa.

"Mama?" Panggil Ali.

.
.
.

"Ali, bangun!" Tengking Ghazali sambil masuk ke bilik dan menarik selimut Ali.

"Dah pukul berapa ni, kamu ni selalu lambat nak ke sekolah.. Nak kene ayah selalu kejut ke macam mana?!" Marah Ghazali

Ali perlahan membuka matanya lalu menatap Ayahnya.

Kepalanya terasa sangat berat, badannya pula terasa sangat sejuk. Bibirnya pula pucat.

"A.. Ayah, Ali rasa tak sihatlah.. Boleh tak, Ali tak payah pergi sekolah.." Kata Ali dengan perlahan. Memang dirinya terasa tiada tenaga untuk bercakap.

"Banyaklah kamu punya alasan, belajar sikit dah jadi macam ni.. Kamu tahu tak, exam tak lama lagi! Dahlah markah kamu teruk, cubalah jadi macam Alicia ke.. Viktor ke.. Markah mereka semua tinggi dan bagus.." Marah Ghazali lagi. Dia tampak tidak peduli dengan keadaan anaknya.

"Maaf, Ayah.."

"Asyik maaf, maaf, maaf.. Cubalah kamu buat ayah bangga sikit.. Barulah ayah rasa tak menyesal bekerja siang malam semata-mata nak beri kamu makan"

"Ye Ayah.. Ali pergi sekolah sekarang.."

"Haish, kena marah dulu baru menjadi. Mandi cepat, astu makan makanan yang ayah masak.. Ayah dah nak pergi kerja dah ni." Ghazali mengeluh sambil berjalan keluar dari bilik anaknya.

Ali bangun dari posisi tidur dan memandang kearah lantai.

Kepalanya terasa sangat pening. Bibirnya pula terasa kering.

Dia memaksa dirinya untuk bangun dan berjalan kearah bilik mandi.

"Kalau aku makan ubat nanti.. Okaylah ni.. Kot.." Batin Ali

.
.
.

Sorry for bad writing!!

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now