Chapter 40

102 10 3
                                    

It's been a week...

Ghazali sudah berhasil menenangkan dirinya. Berkat kerana idea Bakar yang menyuruhnya untuk bercuti, supaya dapat menenangkan fikiran.

Bakar juga ada menyarankan kepada Ghazali. Kalau dia tidak dapat berasa tenang selepas pulang dari percutian, Bakar akan membawanya berjumpa dengan dokter Psikologi ataupun Pakar Psikiatri. Bakar sempat menjelaskan, Pakar psikiatri ialah doktor perubatan yang pakar dalam kesihatan mental dan boleh memberi ubat, manakala ahli psikologi memegang ijazah kedoktoran dalam psikologi dan memberi tumpuan kepada teknik psikoterapi dan kaunseling.

Ghazali hanya setuju sahaja dengan idea Bakar. Dia tahu, niat Bakar adalah baik dan tidak mahu melihat dirinya bersedih lagi. Dia akui, buat masa ini... Bakarlah yang kelihatan matang daripadanya, walaupun umur mereka tidak berbeza jauh.

.
.
.

Bakar sekarang ini sedang berada di Arena M.A.T.A bersama dengan Leon, Geetha dan Karya.

Mereka berempat sedang membaca dan mengkaji laporan yang ditulis oleh Para Ejen Muda berkaitan dengan Misi-misi yang mereka ikuti pada kebelakangan ini.

Mereka berempat dapat merasakan sesuatu yang janggal. Penjahat yang mereka tangani pada akhir-akhir ini dapat dikatakan sangat mudah dan tidak menjadi sebarang masalah kepada penduduk Cyber Raya. Bahkan, polis juga dapat tangani penjahat itu tanpa mereka campur tangan.

Bakar merasa pelik, dan mencadangkan agar Para Ejen Muda sahaja yang menyiasat hal ini. Dan tentunya, Leon, Geetha dan Karya menyetujui cadangan itu.

.
.
.

"Macam mana, ada yang korang temui tak?" Tanya Bakar, yang saat ini sedang membaca laporan dari Ejen Muda Kombat.

"Laporan dari Ejen Tekno kelihatan biasa sahaja. Kawasan disebelah bahagian Barat Bandar Cyber Raya masih lagi dalam keadaan terkawal." Jawab Geetha, sambil meletakkan kertas laporan milik Khai dan Bulat diatas meja kerjanya. Dia memicit pangkalan hidungnya. "Sepertinya, kita harus menerima kenyataan kalau ini semua adalah perasaan kita sahaja." Katanya lagi mengeluh.

"Mungkin..." Karya hanya mengangguk mendengar pernyataan Geetha, dia sesekali menghirup kopi miliknya.

"Atau... Tak" Kini, Leon pula yang membuka mulut.

Seketika semua mata tertuju pada arahnya. Bakar tidak lagi melihat kertas-kertas ditangan, begitu juga dengan Karya yang segera meletakkan cawan kopinya diatas meja.

"Maksud kau?" Bakar bertanya, sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Laporan Sam dan Alicia... Cuba korang baca" Leon memberikan kertas-kertas laporan itu kepada Bakar dan Karya. Geetha hanya menunggu, sambil menikmati kopi miliknya.

"Alicia terjumpa dengan orang yang dia, Bakar, Ali dan Moon berlawan pada tempoh hari. Dia terus mengikuti orang itu kesebuah kawasan bangunan terbiar yang berdekatan dengan pantai. Letaknya disebuah Timur Bandar Cyber Raya." Jelas Leon, sambil memerhatikan raut wajah Bakar dan Karya. Geetha pula hanya mengangguk faham.

"Sam pula, dia sempat berlawan dengan seorang lelaki sewaktu sedang berada dikawasan bangunan tersebut. Lelaki itu dibantu oleh seorang lagi, yang tidak diketahui jantinanya..." Jelasnya Leon lagi, sambil membuat wajah serius.

"Patutlah dia ada luka-luka masa balik sini..." Geetha menatap Leon. "Ada lagi ke informasi?"

"Ada..." Leon membetulkan kaca matanya.

"Mana?" Tanya Bakar dan Karya.

Leon terus memberikan kertas-kertas laporan lain, milik Alicia dan Sam lakukan secara bersama. Mereka berdua meminta kebenaran Leon supaya dapat keluar buat kali kedua. Tujuannya adalah untuk menyiasat lebih lagi tentang kawasan bangunan terbiar itu.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now