Chapter 37

96 12 3
                                    

"Biar betul kau ni? Ali ada kanser otak?!" Soal Rudy dengan terkejut.

"Benar... Aku sendiri yang dengar. Seluruh percakapan mereka, aku dengarkan dari awal sehinggalah akhir... Hiks" Isak sosok itu diakhir kalimat.

"Dan... Dah masuk tahap ketiga" Kata Moon dengan tidak terima. "Ugh, mustahil! Kalau betul Ali ada kanser... Kenapa dia ikut kita training? Kenapa dia join sekali buat misi?! Kenapa dia bahayakan dirinya, biarpun diri-nya sudah berada dalam bahaya?! Dia tak tahu ke yang segala benda yang dia buat, itu membuatkan dia sakit!" Moon berkata dengan marah. Dia kemudian mula menangis.

Iman yang duduk disebelahnya hanya dapat menenangkan Moon. Dia menarik Moon masuk kedalam pelukannya. "Sabar, Moon... Janganlah cakap macam nie" Katanya dengan lembut sambil mengelus kepala Moon.

"Jadi... Punca Ali pingsan sewaktu kembali dari misi terakhir kalian... Adakah disebabkan penyakitnya? Ato, benar-benar disebabkan oleh penyakit parah yang ia hadapi?" Tanya Rizka untuk kepastian.

"Aku pun tak beberapa pasti..." Alicia mula bersuara. "Aku ingatkan, punca dia selalu demam, pengsan, pening dan sakit adalah sebab dia selalu berlatih... Rupanya, disebabkan benda lain.."

"Aku rasa bersalah dengan Ali... Sepatutnya.. Hiks, aku selaku kawan baik dia, harus peka dan tahu apa yang dia hadapi. Tapi, aku gagal... Aku gagal sebagai seorang kawan baik..." Tangisan sosok itu makin kedengaran.

"Dahlah Khai, benda dah terjadi... Kita pon tak boleh nak buat apa dah. Kita hanya perlu berdoa sahaja demi keselamatan Ali. Aku harap sangat, dia akan baik-baik sahaja." Sam menepuk-nepuk belakang Khai.

Khai hanya mengangguk. Ternyata dia adalah orang yang mendengarkan perbualan Bakar dan Mentor lainnya dalam ruangan tadi.

.
.
.

Khai pada awalnya hanya ingin bertemu dengan Bakar. Kerana ingin menanyakan keadaan tentang kawan baiknya, Ali.

Terakhir kali dia melihat Ali dalam keadaan yang sangat teruk membuatkan dia merasa tidak tenang. Dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku pada Ali.

Saat ini dia sedang berjalan sendirian dikoridor. Tak lama selepas itu, dia ternampak Bakar yang sedang berjalan. Khai berlari kearah Bakar. Namun, dia ternampak Leon berjalan kearah Bakar dan menepuk bahu Bakar, membuat Bakar berhenti dari terus berjalan dan menoleh kearah Leon.

"Ada apa, Leon?" Soal Bakar.

"Bakar, jangan pulang dulu. Mari kita masuk, dan bercakap sedikit" Jawab Leon dan berjalan masuk kesebuah ruangan.

Bakar hanya memutar bebola matanya dengan malas dan turut mengikuti Leon berjalan memasuki sebuah ruangan.

Khai mendengus kesal. Dia berbalik dan ingin melangkah. Namun, secara tiba-tiba dia berhenti, kemudian berbalik ke posisi sebelumnya.

"Kalau aku dengarkan sikit perbualan mereka, tidak mengapakan?" Gumam Khai. Dia mengaktifkan robot kesayangannya.

Khai meletakkan robot kesayangannya itu didalam vent aliran udara. Dia mengawal robot itu dari jauh menggunakan alat yang berada ditangannya.

Hampir seluruh perbualan Bakar dan Mentor lainnya didengarkan olehnya. Dia hanya menahan diri untuk tidak menangis.

Saat Bakar berlari keluar, dia mengawal robotnya agar kembali padanya. Setelah itu, dia berjalan kearah ruangan Dorm sambil menangis.

.
.
.

"Ali... Penipu..." Gumam Rudy. Dia mengepalkan tangannya kerana geram.

"Apa maksud kau yang Ali penipu?" Soal Jet yang berada disebelahnya. Dia juga turut bersedih.

"Ali cakap dia okay sahaja. Waktu aku teman dia kat hospital hari tu, dia cakap yang dia akan beritahu aku segala-galanya!-" Rudy berkata dengan geram.

"Hospital?" Potong Bulat.

Rudy mengangguk. "Aku ada keluar dari Arena ni disebabkan dia. Dia telefon aku sebelum kelas bermula. Jadi, aku terpaksa keluar senyap-senyap tanoa tanpa korang tahu."

"Bakpo pulak Ali telefon mung?" Soal Kriss pula.

"Dia telefon aku untuk minta tolong... Selepas itu, dia terus pengsan dan panggilan terputus begitu sahaja. Aku risau, sebab tu aku keluar sekejap..." Rudy menghela nafas. "Bukan sekejap, berjam-jam..."

"Kenapa sampai boleh berjam-jam pulak?" Kini Mika pula bertanya.

"Sebab aku tunggu dia sedarkan dirilah. Masa senja baru aku balik Arena... Awalnya dia kena duduk didalam hospital selama beberapa hari kerana keadaannya sangat teruk. Tapi, dia memaksa ingin keluar. Dan aku ada panggil seorang dokter..." Rudy berhenti berbicara seketika. "Dokter... Dokter tu!"

"Kenapa dengan kau ni? Kenapa dengan dokter tu?" Roza memandang Rudy dengan pelik.

"Dokter tu yang periksa Ali dan beri Ali kebenaran untuk pulang... Padanlah, waktu aku datang balik selepas sign surat... Wajah Ali nampak masam, pandang dokter tu pun taknak...!" Rudy berkata sambil menyilangkan tangannya. "Rupanya, mereka berdua dah berkenalan... Dan mesti dokter itu ada paksa Ali untuk buat benda yang Ali tak suka..." Sambungnya lagi.

"Benda yang Ali tak suka tu... Mestilah untuk terima rawatan..." Khai menambah.

Iman melihat Moon yang masih menangis dalam pelukannya lalu dia melihat semua orang yang berada dihadapannya. Dia merasa sangat bersalah kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghilangkan rasa sedih mereka. 'Selalunya, ada Moon dan Khai yang akan buat lawak... Tapi, mereka berdua pun sedang sedih sekarang..' Fikirnya sambil melihat kearah Moon dan Khai.

"Awak semua janganlah bersedih. Kalau Ali tahu, mesti dia akan rasa bersalah..." Iman berkata dengan lembut. "Seperti yang Sam katakan tadi, lebih baik kita berdoa... Dan berharap kalau Ali akan cepat membaik..." Semua orang hanya mengangguk sebagai tanda setuju

"Apa yang Iman katakan adalah benar, dari kita tangisin dia... Mending kita doain agar semua dia urusan dipermudahkan..." Kata Rizka menyokong kata-kata Iman.

Alex mula bersuara. "Ali seorang yang kuat. Alex yakin sangat, Ali dapat lalui ujian ini dengan mudah." Katanya dengan tegas. Namun, dapat semua orang yang berada disitu mengeluh lega.

.
.
.

Sementara disisi lain...

.
.
.

Lampu yang berada diatas pintu bilik pembedahan telah bertukar kepada warna hijau. Setelah bernyala kepada warna hijau selama 5 jam. Pintu ruangan itu dibuka.

Alexis keluar dari bilik dan berjalan kearah Ghazali dan Bakar. Diikuti dengan seorang jururawat wanita dibelakangnya.

Ghazali dan Bakar terus berdiri, menyadari kehadiran Alexis dihadapannya.

"Dokter, bagaimana dengan keadaan anak saya? Adakah anak saya sudah stabil?" Tanya Ghazali dengan suara serak. Bakar yang berada disampingnya hanya diam menantikan jawapan dari Alexis.

Alexis menurunkan topeng wajahnya. Dia menampilkan wajah yang sulit untuk diertikan.

Hati Ghazali dan Bakar menjadi tidak tenang melihat raut wajah Alexis.

Alexis hanya menghela nafas berat.

.
.
.

Tbc.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now