Chapter 18

133 10 1
                                    

"Kau, pembawa sial." Tangan Bakar ingin mencapai topeng oksigen diwajah Ali. Dia ingin melepaskan topeng itu dari wajah Ali. Namun, aksinya terhenti saat mendengar langkah seseorang yang semakin mendekati bilik rehat itu.

.
.
.

"Bakar? Apa yang kamu sedang mahu lakukan terhadap Ali?" Tanya Geetha dengan marah sambil menyilangkan tangannya didada.

"Ah, Geetha... Takde papelah... Aku saja je, aku rasa rindu pulak dekat dia ni... Aku elus-eluslah pipi dia sedikit. Kenapa? Tak boleh ke?" Tanya Bakar sambil menampilkan senyuman canggung. Tangannya beralih penyentuh pipi Ali kemudian rambut Ali. Dia menatap Ali dengan lembut. "Bilalah kau nak bangun yer, Ali... Uncle dah rindu sangat dekat kau ni" Katanya dengan lembut.

Geetha mengeluh lega. Tangannya tidak lagi disilangkan didadannya. Dia berjalan mendekati katil Ali dan melihat kearah Ali. "Syukurlah kalau kamu sudah mau berbaik dengan Ali..." Katanya dengan lembut. "Saya amat risau dengan keadaan Ali kebelakangan ini... Saya fikir, kita perlu memberitahukan kepada Ghazali tentang Aliya dan juga Ali. Lambat laun nanti, Ghazali juga akan tahu tentang M.A.T.A. dan malah akan menyalahkan kita atas kematian Aliya dan..."

"Dan?"

"Membenci kita?"

"Tak mungkin... Kalau dia benci pun, aku sendiri yang akan pujuk dia untuk tak bencikan M.A.T.A.. Dia kena terima, kakak aku tu berkorban demi keselamatan bagi bandar ini... Dan demi anak dia." Bakar sengaja menekan perkataan diakhir ayatnya itu. "Tapi anak dia malah bermain-main pulak dengan pengorbanan Mama dia. Boleh pulak lepaskan Iris macam tu sahaja..."

"Bakar!!!" Marah Geetha.

"Aku keluar dulu" Bakar melangkah keluar dari bilik itu.

"Haish, apa nak jadi dengan Uncle kamu ini Ali... Sekejap baik dengan kamu, sekejap jahat pulak. Semoga, kamu dapat bertahan yer Ali. Kerana, kebahagiaan itu akan selalu datang saat akhir, saat kita sudah pun berjaya melalui ujian atau detik-detik yang tersulit dalam hidup kamu..." Kata Geetha sambil merapikan selimut Ali. "Semoga kamu kuat. Ini semua mungkin ujian untuk kamu" Tambahnya lagi.

.
.
.

Beberapa hari kemudian, Ali akhirnya sedar dari pengsannya. Tak berfikir panjang, dia terus keluar dari Arena M.A.T.A. dan berlari pulang kerumah. Walaupun dirinya masih belum sehat sepenuhnya dan tidak mempunyai tenaga yang cukup.

Beberapa puluhan minit kemudian, Ali akhirnya sampai kerumahnya dan terus membuka pintu rumahnya. Dia mengeluh lega apabila melihat ayahnya tidak ada didalam rumah itu. Dia terus naik ke bilik dan membersihkan dirinya.

.
.
.

"Shttt... Sakitnya" Rintih Ali. Dia duduk diatas katil sambil memegang kepalanya. Dia baringkan dirinya diatas katil dan mencuba untuk tidur. Walaupun rasa sakit sedang menyerangnya kian bertambah.

Ubat yang sering digunakan untuk mengurangkan rasa sakit itu hilang. Ali tidak dapat menemukan ubatnya itu. Padahal dia sudah mencari diseluruh biliknya. 'Kalau nak cakap ada kat luar... Tak mungkinlah, aku selalu letak dalam bilik aku kot...' Fikirnya.

"Ugh..." Ali gagahkan dirinya untuk bangun. Dia tiada pilihan lain selain daripada menelefon Alexis, dokter yang merawatnya selama ini. Untuk datang membawakan ubat kepadanya. Mesti Alexis akan memarahinya kerana cuai.

.
.
.

"Ali, kamu dah semakin parah. Sel-sel berbahaya itu sudah mula membiak dengan lebih cepat." Kata Alexis dengan risau.

"Dariman dokter tahu semua itu? Padahal dokter langsung tidak memeriksa keadaan saya, hanya sekadar menghantarkan ubat saja." Kata Ali sambil melihat Alexis dengan tajam.

"Dari apa yang kamu katakan tadi, saya sudah dapat jangkakan hal seperti ini akan terjadi. Jadi saya mohon, terimalah rawatan untuk sembuh..." Alexis mengambil tangan Ali lalu dia usap perlahan.

"Saya tak nak, sudah berapa kali saya katakan... Saya tak nak" Bantah Ali dengan tegas. Dia menarik kembali tangannya dari dipegang Alexis.

"Ali, jika dibiarkan... Kamu akan makin sakit. Dan pada akhirnya, kamu hanya akan bergantung pada pil penahan sakit saja suatu saat nanti." Jelas Alexis dengan tegas.

"Saya tetap taknak dokter... Tolong jangan nak paksa saya."

"Ali, saya faham... Mungkin kamu berkata begini kerna telah pasrah akan kehidupan kamu. Tapi, tidakkah kamu fikirkan perasaan kawan-kawan kamu? Bagaimana mereka nanti jikalau mereka kehilangan kamu? Pastinya mereka akan sangat sedih. Sebab mereka sudah pun menganggap awak ini sebagai saudara mereka walaupun bukan saudara kandung. Contohnya, kawan kamu yang jaga kamu waktu kamu di hospital hari tu... Siapa yah namanya? Yang rambut dia menyerupai duri itu?"

'Rambut duri, hahaha' Ali ketawa kecil. "Nama dia Rudy..."

"Yea, Rudy... Saya dapat lihat bagaimana wajah Rudy saat saya memeriksa kamu... Dia tampak sangat risau dengan kamu. Nampak sangat, dia tak mahu kehilangan kamu sebagai kawannya." Alexis tersenyum saat mendengar Ali tertawa kecil.

"Saya tahu, dokter." Ali menundukkan kepalanya.

"Ali, mungkin sekarang ini... Kamu diuji dengan pelbagai masalah yang selalu datang. Tapi, jika kamu berjaya melalui setiap masalah itu... Kamu pasti akan bahagia, sangat bahagia ketika itu." Alexis perlahan mengelus kepala Ali.

"Dokter ingin berkata kalau, jika saya menerima rawatan ini... Maka saya akan bahagia jika saya sembuh..? Begitukah maksud dokter sebenarnya..?" Ali kembali mendonggakkan kepalanya untuk menatap Alexis.

"Tentulah. Semua orang mahu untuk sembuh, dan teruskan hidup... Tapi ada yang tak mahu." Alexis mengangguk perlahan.

"Saya faham..."

"Saya tidak maksudkan kamu, Ali... Saya maksudkan dengan pesakit lama saya dahulu... Lebih ramai yang seperti kamu, tidak mahu sembuh daripada yang mahu sembuh. Sebabnya...? Penat dengan kehidupan. Tapi, apabila saat hidup mereka ingin berakhir... Mereka katakan kepada saya yang mereka menyesal kerana tidak menerima rawatan dan tidak mahu hidupnya berakhir dengan cara sebegini. Walaupun mereka yang ada penyakit ini, tetapi tetap meninggalkan rasa serba salah dalam diri saya... Kerana saya itu adalah dokter, tugas saya adalah menyembuhkan pesakit saya. Namun saya gagal... Kerana itu saya sangat berkeras ingin membuat kamu sembuh. Saya tidak mahu mengulangi kesilapan saya. Saya tidak mahu kamu menyesal. Ditambah lagi, kamu masih muda. Banyak lagi cabaran yang sedang menunggu kamu. Tujuannya adalah untuk matangkan diri kamu. Memberikan banyak pengajaran hidup kepada kamu..." Kata Alexis dengan lembut, dia masih lagi mengelus kepala Ali.

Ali menundukkan kepalanya, air matanya jatuh tanpa diminta dan terus mengenai baju. "T-tapi, saya tak sekuat itu..." Dia menahan tangisnya daripada pecah.

Alexis terus menarik Ali masuk kedalam pelukannya. "Shut, kamu kuat Ali. Kamu selalu kuat dan akan tetap kuat walau bagaimana caranya sekali pun..."

"Saya ada kalanya ingin sembuh, tapi apabila memikirkan tentang pembayaran... Saya tidak sanggup" Ali membalas pelukan Alexis.

"Saya faham, tentang pembayaran tu... Saya yang akan uruskan, yang penting. Kamu ingin sembuh bukan?" Alexis melepaskan pelukannya lalu menatap wajah Ali.

Ali tersenyum lalu mengangguk.

Alexis kembali memeluk Ali dengan perasaan bahagia.

.
.
.

Omagah, pagi-pagi lagi dah up. Agaknya nanti petang ada masa free tak😁

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now