Chapter 21

128 10 3
                                    

Setelah melalui perjalanan yang memakan masa selama hampir 6 jam, mereka akhirnya tiba destinasi yang ditujukan.

Destinasi mereka dapat dikatakan adalah tempat yang istimewa bagi Ghazali dan Ali. Sewaktu Aliya masih hidup, Aliya selalu membaws mereka berdua ketempat itu untuk melepaskan tekanan yang ada dan menenangkan diri.

Tempat itu dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat indah. Ramai pengunjung menyukai tempat itu. Selain daripada memiliki tumbuhan yang banyak, tempat itu juga ada Zoo mini. Semua haiwan disana sangatlah jinak dan suka berinteraksi dengan para pengunjung. Tempat itu juga sangat bersih dan terjaga. Tiada sampah yang dibuang merata-rata.

Ali hanya diamkan dirinya sambil memejamkan matanya. Dia sedang menahan sakit yang dari tadi menyerang dirinya. Lagi-lagi dibahagian kepalanya. Dalam hatinya, dia sedang berdoa agar rasa sakit itu dihilangkan. Dia mahu menikmati sisa hidupnya tanpa merasa terbeban sama sekali.

"Ali, bangun... Kita dah sampai..." Kata Ghazali yang terdengar sayup ditelinganya.

'Ya tuhan, tolong hilangkan rasa sakit ini... Aku tak dapat menahan sakit ini ya tuhan. Aku hanya ingin menikmati sisa hidupku dengan baik sebelum aku pulang kepadamu...' Batin Ali.

"Ali?" Ghazali membuka pintu kereta dibahagian belakang. Dia melihat wajah Ali yang sedang berkerut-kerut menahan sakit itu. "Ali kenapa?" Katanya sambil memegang bahu Ali.

"Kenapa Abang?" Tanya Bakar kepada Ghazali, dia juga dapat lihat wajah Ali itu. "Kenapa dengan dia? Mimpi buruk ke?"

"Hurm, entahlah... Kau tunggu sini dulu, jaga kereta. Biar aku yang bawa Ali ke tempat penginapan kita dulu." Kata Ghazali sambil mendukung Ali ala bridal style. 'Ringan betul budak ni... Dia tak makan ke?' Fikirnya sambil melihat wajah Ali sebentar.

"Hurm, okay" Bakar mengangguk sambil sibuk mengeluarkan beg-beg dari bonet kereta.

.
.
.

Tempat penginapan mereka ialah sebuah rumah kecil yang memiliki 3 bilik tidur, 3 bilik air, 1 dapur kecil dan ruang tamu.

Rumah kecil itu dihiasi dengan tumbuhan kecil. Tak lupa dengan haiwan seperti burung ada disitu. Tiada bau yang tidak menyenangkan sama sekali. Semuanya sangat bersih dan terurus. Begitu juga dengan rumah kecil yang lainnya.

Ghazali membuka pintu rumah kecil mereka dan masuk kedalam rumah tersebut. Dia meletakkan Ali diatas sofa dan menyalakan aircond dan juga lampu. Waktu sekarang ini sudah pun hampir malam.

Ghazali duduk sebelah anaknya. Dia hanya menatap wajah Ali dengan lembut. Lalu dia usap pipi anaknya dengan perlahan sambil tersenyum. Setelah itu, dia kembali keluar dari rumah kecil itu lalu menuju ke keretanya untuk membantu Bakar membawa beg mereka.

"Comot, jaga Ali tau." Ghazali sempat berpesan kepada Comot. Comot hanya mengangguk.

.
.
.

Setelah pintu rumah kecil itu ditutup, Ali membuka matanya dengan perlahan. Lalu dia berusaha bangkit dari posisi baringnya. Dis tersenyum lemah sambil menyentuh pipinya. Air matanya berjatuhan.

'Ali kena sakit dulu ke, baru ayah nak peduli dan sayangkan Ali?' Fikirnya sambil mengelap air matanya. Comot yang tampaknya seperti faham dengan perasaan Ali, dia terus meletakkan duduk diatas paha Ali sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ali. Ali hanya tertawa kecil sambil melihat kelakuan Comot lalu dia usap kepala Comot dengan gemas.

Ali bangun untuk mencari air. Dia kedapur dan membuka peti ais. Didalamnya ada 4 botol air mineral kecil. Dia mengambil satu botol air lalu kembali menuju ke ruang tamu. Beg kecilnya masih berada dengannya.

Ali duduk diatas sofa dan terus membuka beg kecilnya itu dan mencari ubat yang dia selalu gunakan. Setelah itu, dia mengambil 2 pil lalu dia telan bersama dengan air.

.
.
.

Keesokkan harinya, Ali, Ghazali dan Bakar terus ke Taman yang terletak tidak jauh dengan tempat penginapan. Taman itu hampir sama seperti taman yang berada dalam mimpi Ali, taman itu penuh dengan bunga-bunga yang berwarna warni dan ditengah-tengah taman itu terdapat sebuah pokok besar. Disamping itu, ada banyak burung-burung yang bertebangan sambil bernyanyi kesenangan.

Ghazali membentangkan tikar dibawah pokok itu. Mereka bertiga terus duduk diatas tikar itu. Ali menghidangkan makanan yang telah dia buat semasa waktu Subuh tadi. Ada sandwich tuna dan ayam yang banyak, 5 air botol mineral dan buah-buahan yang telah dipotong menjadi kecil, tak lupa juga puding coklat. Puding coklat itu dibuat oleh Ali pada waktu mereka sudah selesai makan malam. Bahan-bahan untuk membuat puding itu Ali beli sewaktu mereka singgah di RnR. Disana, ada satu MiniMarket yang terletak bersebelahan dengan tempat makan.

"Haih, tak sangka akak pernah bawa korang kesini. Aku yang adiknya pun tak pernah dibawanya..." Bakar mengeluh sambil memakan sandwich ayam.

"Hehe, maybe sebab akak kau sayangkan aku sangat-sangat kot?" Kata Ghazali dengan berlagak.

"Ceh, mustahil... Dia sayangkan aku lebih dari segalanya sebab aku adiknya." Kata Bakar sambil mendabik dada.

"Eleh, manalah tau... Kau ada terderhaka dengan akak kau ke? Sebab tu dia tak sayangkan kau macam dulu" Kata Ghazali ingin membuat Bakar marah.

"Ih, mana adalah... Aku ini adik yang taat akan akak aku. Sebab dia, aku jadi kuat tau!"

"Kuatlah sangat, nampak lipas terus menjerit ketakutan macam perempuan" Sindir Ali sambil makan sandwich tuna.

Ghazali terus ketawa terbahak-bahak.

"Eleh, Ayah sama juga... Nampak labah-labah terus berlari keliling rumah" Sindir Ali lagi. Kini, Bakar pula yang ketawa terbahak-bahak.

"Karma is real bro" Bakar terus ketawa tanpa henti. Ghazali dengan geram terus menyumbat sandwich tuna kedalam mulut Bakar. Bakar tidak pedulikan Ghazali dan terus ketawa sambil makan.

Ali hanya tertawa kecil. 'Andai kalau aku dapat melihat ini selamanya. Tapi, lepas sebulan nanti... Aku dah kena pergi...' Fikirnya sambil mengelus kepala Comot.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now