Chapter 1

240 12 0
                                    

Jam 8:00 pagi, Sekolah Cyberaya.

.
.
.

Ali berjalan menuju kekelasnya dengan perlahan. Terkadang, dirinya sempat juga ingin terjatuh. Bukan sekali, bahkan berkali-kali. Sehinggalah dia akhirnya sampai kekelas.

Sebelum masuk, dari luar kelasnya sudah terdengar suara Puan Munah yang sedang mengajar.

Nak tak nak, kena masuk juga sebab Ali tak larat nak 'main sorok-sorok' dengan Puan Munah yang pada akhirnya akan ketahuan oleh Alicia dan Alicia akan mengadu kepada Puan Munah.

"𝘛𝘰𝘬,𝘛𝘰𝘬,𝘛𝘰𝘬"
Pintu kelas diketuk oleh Ali.

Puan Munah menoleh kearah Ali.

"Ha, baru sampai.. Panjang umur.." Kata Puan Munah sambil mendekati Ali. Tak lupa dengan rotan panjang 'kegemaran' anak-anak muridnya.

"Kenapa datang lambat?! Apa alasan kali ni?!" Jerkah Puan Munah sambil mengacukan rotan dihadapan wajah Ali.

"Uh-.. S.. Saya"

"Saya apa?! Ha?! Haish kamu ni.. Pagi-pagi dah buat saya marah.. Berdiri dekat luar sampailah waktu rehat, faham?!" Puan Munah mengeluh.

"T.. Tapi.." Ali berusaha untuk bercakap, ingin memberitahu alasan yang sebenar.. Namun, tak tahu bagaimana harus mengatakannya.

"Tiada tapi-tapi! Duduk disini sampai rehat, jangan 'tertidur' pulak. Habis kelas ni, jumpa saya kat bilik disiplin." Tambah Puan Munah.

Ali tidak menjawab, dia berdiri dihadapan kelasnya.

Rasa pening dikepalanya kemudian bertambah, membuatnya seperti ingin pitam. Namun, Ali masih dapat mengendalikan dirinya untuk tetap sadar.

.
.
.

"Kamu tak penat? Selalu kena marah dengan Cikgu kamu?" Tanya Puan Munah.

Ali tidak menjawab, sebaliknya menundukkan kepalanya sambil memandang kearah lantai.

"Kalau orang sedang bercakap dengan kita tu, pandang muka.. Jangan pandang lantai.. Bukan lantai yang sedang bercakap dengan kamu sekarang.. Saya yang bercakap dengan kamu sekarang ni.." Kata Puan Munah dengan tegas.

"Maafkan saya, Cikgu.." Ali perlahan memandang kearah wajah Cikgunya.

"Ali, prestasi kamu semakin memburuk sejak seminggu dua ni. Kamu sering datang lewat kesekolah. Lepas tu, tidur dalam kelas." Kata Puan Munah.

"Apa sebenarnya yang nak jadi dengan kamu ni, Ali..?" Soal Puan Munah

Ali diam, tidak menjawab soalan Puan Munah.

"Kalau macam nilah perangai kamu, nampaknya saya akan beritahu Ayah kamu untuk tindakan selanjutnya." Ujar Puan Munah

"Cikgu, jangan..!" Cegah Ali.

"Kenapa? Kamu ada sebab ke atau masalah nak beritahu Cikgu?" Soal Puan Munah lagi

Ali kembali terdiam dan tidak menjawab soalan Cikgunya itu.

Bukan kerana tidak mahu menjawab..

Dia tidak tahu bagaimana ingin menjelaskan masalahnya kepada Puan Munah.

"Saya bukan sengaja, Cikgu.. Maafkan Saya.. Saya akan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.. Tolong, jangan beritahu Ayah saya.." Jawab Ali dengan nada perlahan.

Puan Munah memicit kepalanya, bukan pening kerana sakit. Namun, pening kerana karenah anak muridnya.

"Baiklah.. Ini adalah amaran terakhir.. Kalau kamu ulangi lagi perkara yang sama, macam sekarang ini.. Saya tidak teragak-agak nak hubungi ayah kamu." Tegas Puan Munah.

"B.. Baiklah.."

"Dah, sekarang.. Pergi rehat dan pastikan jangan lewat masuk kekelas lepasni.." Tambah Puan Munah.

"Terima kasih Cikgu.."

Ali terus keluar dari Bilik Disiplin dan menuju kekelasnya.

.
.
.

Kelasnya terasa sangat sunyi. Kerana waktu sekarang waktu rehat, jadi semua murid sedang berada dikantin untuk makan.

Ali lebih memilih untuk tidur dikelasnya kerana kepalanya terasa sangat sakit. Badannya berasa sangat sejuk, biarpun suhu badannya sangat tinggi.

"Tolonglah.. Hilangkanlah rasa sakit dikepalaku ini.." Batin Ali.

.
.
.

"Kring!!!"
Loceng sekolahnya berbunyi, menandakan waktu rehat sudah tamat.

Kantin sudah pun sunyi. Semua murid telah masuk kekelas masing-masing.

Begitu juga dengan Viktor dan Alicia.

Viktor masuk kedalam kelas sambil memegang tabletnya.

"Oh, disini rupanya kau.. Puas aku cari kau.." Viktor berjalan mendekati Ali.

"Weh Ali, bangun.." Viktor cuba untuk membangunkan Ali Namun tidak berhasil.

Puan Munah pun berjalan masuk kekelas. Semua murid berdiri untuk memberi salam. Hanya Ali sahaja yang tidak berdiri.

"Haih.. Viktor, bangunkan Ali cepat" Arah Puan Munah

"Saya dah cuba, Cikgu.. Haiya, namun tak dapat.. Badan Ali pula panas.. Sangat panas wo.." Kata Viktor sambil terus menepuk, menggoyangkan badan Ali.

"Apa?" Puan Munah mendekati Ali dan cuba membangunkan Ali.

"Ali, Ali.. Ali!" Berkali-kali Puan Munah mencuba namun tidak berjaya.

"Apa yang dah jadi?" Tanya Alicia kepada Viktor dengan cemas.

"Ntah, aku tak tahu" Jawab Viktor.

"Bukannya dia selalu dengan kau ke?" Soal Alicia lagi.

"Memanglah.. Tapi harini tak.. Sebab kan dia tadi kena pergi ke Bilik Disiplin.. Jadi, aku rehat sorang.. Bila aku masuk kelas, tengok-tengok dah macam ni.." Jawab Viktor lagi.

.
.
.

Ditempat lain,
Terlihat seorang lelaki yang sedang bercakap melalui telefon dengan seseorang.

.
.
.

"Terima kasihlah.. Puan Munah.. Menyusahkan pulak Puan Munah sebab menghantar anak saya balik"

"Sama-sama.. Takpe, bukan masalah yang besar pun.."

"Haha.. Yeye... Saya berterima kasih sekali lagi yer.. Maaf sebab menyusahkan Puan Munah"

"Okay, sama-sama.. Uh, soal Ali. Saya dah beri kebenaran untuk cuti selama 4 hari sampai sembuh sebab dia demam panas. Jadi, jangan risau tentang ketidakhadiran Ali kesekolah.."

"Ye baiklah, terima kasih Puan Munah.."

"Sama-sama.. Saya tutup dulu ye"

"Ha ye"

.
.
.

Sorry for bad writing, please vote for me.. Thanks💕

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now