Chapter 8

175 13 4
                                    

Andai kau tau, ni bukan pasal Comot.."

.
.
.

"Oi Ali, kau dengar tak apa yang aku cakap?" Rudy melambaikan tangannya diwajah Ali.

"Ah?" Ali segera tersadar dari lamunannya.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap?"

"Dengar..." Ali mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu, baguslah... Ini semua demi kebaikan kau, Ali..."

"Aku faham..." Secara tiba-tiba dia terfikirkan Ayahnya. "Tapi... Rudy, aku memang kene balik sekarang... Please..." Ali cuba memujuk kawan dinginnya itu.

"For what? Demi Comot? Aku dah cakap yang aku akan kasi makanan dan jaga dia nanti..." Rudy menyilangkan tangannya. "Beri aku alasan yang kukuh Ali..."

.
.
.

Ali memikir, adakah dia harus memberitahukan sebab yang sebenar kepada Rudy atau dia kene tetap diamkan diri.

"Tapi, nanti mesti dia fikirkan yang bukan-bukan... Aku taknak burukkan Ayah depan orang.." Bisik Ali didalam hatinya. "Oh! Aku tahu.." Ali seperti mendapat idea dari kepala otaknya.

.
.
.

"Ali, kau melamun apa lagi? Aku cakap, beri aku alasan yang kukuh." Rudy melambaikan tangannya dihadapan wajah Ali sekali lagi.

"Rudy, please. Aku tak nak Ayah aku risaukan aku." Ali tidak akan menyerah, dia akan terus-terusan meminta kepada Rudy sehinggalah Rudy mengalah dan membenarkan dia pulang.

"Ayah kau risaukan kau? Tu alasan kau?" Tanya Rudy.

"Yer..." Ali mengangguk laju.

"Haih" Rudy mengeluh, dia mengeluarkan handphone dari poket jaketnya.

"Kau nak buat apa dengan handphone tu?" Tanya Ali.

"Kau tanya nak buat apa? Aku nak telefon Ayah kaulah..." Rudy menekan-nekan layar handphonenya itu. "Bak sini nombor Ayah kau. Biar aku beritahu dia yang kau kene stay kat hospital malam ni. Senang dia terus datang sini bila dia balik kerja nanti." Rudy memandang kearah Ali.

Ali sudah berkeringat dingin. Dia berusaha menelan air liurnya dengan payah.

"A-aku tak ingat nombor telefon Ayah aku..." Bohong Ali.

"Tak ingat? Habis nak buat macam mana eh..." Rudy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia melihat disekelilingnya. "Ha!" Rudy segera mengambil telefon Ali yang berada diatas meja sebelah katil Ali.

Ali berusaha menahan Rudy, namun usahanya gagal.

"Kau ni dah kenapa?" Tanya Rudy dengan pelik. Dia terus menekan layar handphone Ali.

"A-Ak-" Ucapan Ali terus terpotong.

"Aduh, bateri low pulak dah..." Rudy mengeluh berat. "Payah kalau macam ni... Nampaknya memang terpaksa hantar kau balik lah ni jawabnya. Jap, biarkan aku panggil dokter..." Rudy baru sahaja ingin melangkah, tapi langkahnya terhenti saat Ali memanggil namanya.

"Rudy..." Panggil Ali. Rudy terus memandang kearah Ali.

"Apa lagi?" Tanya Rudy.

"Nak buat apa panggil dokter?" Tanya Ali.

"Nak suruh periksa kaulah... Astu nak mintak ubat yang kau perlukan... Takdelah kau kesakitan pulak sampai pengsan nanti..." Rudy memutar bebola matanya. "Karang tak pasal menyusahkan Ayah kau nanti... Sebab kau buat dia risau... Kesianlah kat dia kan... Baru balik kerja, sampai rumah tapi kene keluar rumah balik kerana nak hantar kau ke hospital sebab kau pengsan..." Terang Rudy panjang lebar, berharap Ali takkan bertanya lagi.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now