Chapter 28

95 11 4
                                    

"Sebab itulah, Ali kata... Baik tunaikan saja semua permintaan Ali. Barulah korang takkan rasa menyesal kalau tak jumpa Ali nanti."

Ghazali dan Bakar terkejut apabila mendengar jawapan dari persoalan mereka. Mereka terus menoleh kearah sumber suara.

.
.
.

"Ali..." Panggil Ghazali dan Bakar secara serentak. Mereka tidak terlalu terkejut dengan ucapan Ali tadi, kerana mereka telah pun berbicara tentang hal ini pada pagi tadi. Bakar dan Ghazali memandang antara satu sama lain lalu menganggukkan kepala mereka bersama.

"Ayah, akhirnya balik juga..." Ali melangkah perlahan ke sofa, tempat duduk Ghazali dan Bakar lalu dia duduk di antara mereka. Ghazali dan Bakar ketepi sedikit untuk memberi ruang duduk.

"Haih, demam kamu dah kebah ke belum? Kenapa kamu turun ni..." Tanya Ghazali dengan risau sambil menyentuh dahi Ali dengan belakang tangannya. "Belum kebah lagi ni agaknya..." Katanya lagi sambil menggelengkan kepalanya.

"Ali bosan duduk kat bilik, jadi Ali turunlah tengok sama ada Ayah balik dH ke belum... Ali rindulah dengan Ayah." Jawab Ali sambil memeluk Ayahnya dengan erat, sambil itu dia menghidu bau minyak wangi Ayahnya yang masih lagi kekal sehingga sekarang.

Ghazali memberi Bakar jelingan mata yang sangat tajam apabila mendengar jawapan anaknya.

Bakar hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil membuat isyarat seolah-olah mengatakan 'Bukan salah aku!'.

Ghazali hanya menghembus nafasnya dengan panjang lalu dia mengucup puncak kepala anaknya yang panas akibat demam itu dengan lembut. Sambil itu dia turut membalas pelukan anaknya. "Ayah pun rindukan sangat kat Ali. Ayah rasa, penat Ayah dah hilang masa Ali peluk Ayah..." Katanya sambil mengeratkan pelukannya sambil terus mengucup puncak kepala anaknya.

"Yeke, hehe baguslah macam tu..." Ali mendongak sedikit untuk melihat wajah Ayahnya. "Hehe, Ayah ni hensemlah... Padanlah Mama suka kat Ayah, even Ayah yang luahkan perasaan Ayah kat Mama dulu..." Sambungnya sambil ketawa kecil.

" Excuse me, Uncle masih ada lagi kat sini... Jangan nak buat yang Uncle ni macam tak wujud yer, kecik hati ni... Huhu" Bakar berpura-pura kecewa. "Dan lagi satu, Uncle pun hensemlah" Katanya sambil berlagak membuat gaya macho.

"Uncle dan Ayah memang hensem, ditambah Mama yang cantik... Jadi Ali pun hensem! Hehehe" Kata Ali dengan ceria, sambil membuat gaya comel.

Ghazali dan Bakar terus ketawa melihat kelakuan Ali yang menurut mereka sangat comel. Dan diikuti dengan Ali. Lalu mereka berpelukan bersama-sama...

.
.
.

Selepas sesi berpelukan selama beberapa puluhan minit...

.
.
.

"Ayah, Uncle... Ali lapar lah." Rengek Ali dengan manja. Bibirnya melengkung kebawah.

Ghazali hanya menatap geram anak dihadapannya sambil mencubit pipi anaknya.

"Pulak, tadi Uncle ada belikan Satey dan Murtabak... Kenapa tak makan?" Tanya Bakar.

"Ish, Uncle ni lupa ke tadi... Ali dah cakapkan yang Ali tak selera dengan semua tu... Dan Ali ada minta nak makan bubur buatan Ayah dan Uncle, takkan Uncle dah lupa." Jawab Ali sambil menyilangkan tangannya.

"Ouh, yelah..." Kata Bakar sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Ghazali hanya menggelengkan kepalanya. "Ali nak makan bubur apa?" Tanyanya dengan lembut sambil mengelus kepala Ali.

"Bubur Ayam! Buatan Ayah dan Uncle! Ali rindulah nak makan bubur tu, dah lama korang tak masak" Ali mendepakan tangannya keatas seperti anak kecil. "Lagipun, asyik Ali je masak... Korang bila lagi? Ditambah sekarang, Ali tak laratlah" Tambahnya sambil berpura-pura sedih.

"Amboi, nak membodek ke?" Tanya Bakar sambil mengelus kepala Ali. Ali menoleh ke Bakar sambil senyum.

"Ehe, yelah... Kalau Ali tak bodek, tak dapatlah makan bubur korang..." Ali kembali menoleh ke Ghazali. "Bolehkan Ayah?" Katanya dengan mata yang bersinar-sinar. Seperti mengharapkan jawapannya adalah 'Ya'.

Ghazali berpeluh dingin apabila Ali mendekatkan dirinya. "Haih, yelah... Ali pergi mandi dulu yea, solat dulu. Biar Ayah dan Uncle yang sediakan segalanya. Kalau Ali larat, Ali mengaji... Kalau tak, rehat saja" Jawabnya sambil tersenyum.

"Okay! Terima kasih, Ayah!" Kata Ali dengan gembira lalu dia berlari ke tangga untuk naik ke biliknya.

Bakar hanya menggelengkan kepalanya sekali lagi, melihat perangai Ali yang sebegitu rupa. "Tak padan dengan demam. Larat pula tu dia lari" Katanya sambil ketawa kecil.

Ghazali juga turut ketawa. "Haha, biarlah dia. Asalkan dia bahagia... Takdalah aku menyesal kalU dia tak de nanti."

"Tak mungkinlah dia takkan ada, dia tetap ada... Walaupun dia hilang, kita akan cari dia sampai dapat. Okay?"

"Okay. Thanks, sebab dah hilangkan rasa risau aku yang memanjang ni..."

"Haha, no problem.. Eh, dahlah.. Aku nak pergi dapur tengok bahan-bahan jap. Kalau aku senyap tu, maknanya aku keluar beli bahan. Kau duduk rumah jaga Ali" Pesan Bakar panjang lebar. Dia berdiri dan merenggangkan ototnya.

"Ish, tak payah nak pesan kat aku. Aku dah tau lah" Kata Ghazali kerana tidak terima. Dia yang tua, seharusnya dia yang berpesan kepada Bakar.

"Aku hanya takut kau lupa sahaja... Yelah, kau kan dah tua..."

Suasana hening seketika.

"Eh, aku pergi dulu!" Bakar terus masuk kedapur.

"BAKAR!!! SINI KAU"

"ERK! AKU TAK SENGAJALAH! SORI"

"SORI-SORI MENDE?!! SINI AKU KATA!!!"
.
.
.

TBC. AFTER GET 10 VOTES ᥫ᭡

I almost forgot to update and say something to you...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Reader's ku semua.
Saya memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki jikalau membuat silap ataupun, membuat hati anda terluka. Maaf jika saya tersalah cakap ea.. Al-maklumlah saya hanya manusia biasa yang selalu membuat silap 😁

Sekali lagi, Selamat Hari Raya.

Nikmatilah hari berharga ini dengan family, dan kawan-kawan anda yea💞

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now