Chapter 16

134 11 0
                                    

Jam 9:00 malam, Bangunan Terbiar Cyberaya.

"Alicia, scan tempat ni. Kita kena tahu kat mana mereka berada dan berapa banyak tebusan mereka." Kata Ali dengan tegas. Dia, Alicia, Moon dan Bakar sedang menjalankan misi yang diberikan beberapa jam yang lepas.

Tugas mereka adalah untuk menyelamatkan tebusan dan menangkap penjahat tersebut. Awalnya kerja ini boleh sahaja dilakukan oleh polis, namun sudah banyak polis yang tercedera diakibatkan mereka menggunakan senjata yang berbahaya dan belum lagi mendapat pengikhtirafan dari mana-mana pun pihak.

"Kejap" Balas Alicia dan mula meng'scan tempat itu.

Bangunan itu mempunyai 15 tingkat. Lif bangunan itu masih berfungsi tapi memakan masa yang lama untuk sampai dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Tangganya pula ada yang dimusnahkan oleh penjahat tadi memggunakan senjata mereka.

"Mereka ada di tingkat 15, tingkat yang atas sekali. Tebusan mereka ada 4 orang, tangan dan kaki mereka diikat dan mereka duduk diatas lantai. Mulut mereka ditampal menggunakan salotip.

"Bagus tu Alicia, mari kita naik ke atas" Puji Bakar kepada Alicia.

"Tunggu, tangga untuk ke tingkat 5,10 dan 14 telah dimusnahkan. Lifnya pula berfungsi tapi memakan masa untuk sampai ke tingkat 15." Terang Alicia.

"Aduh, macam mana ni...  Apa yang kita kena buat?" Tanya Moon kepada Ali.

"Kita gunakan sahaja lif, bersiap sedia dengan apapun serangan yang menanti kita sewaktu kita keluar dari lif." Kata Ali sambil melihat Alicia dan Moon. Ali tidak mahu melihat Bakar, takutnya Bakar akan memberikan dia sebuah tatapan yang dapat menjatuhkan semangatnya dalam menjalankan misi.

'Kau boleh Ali, kau boleh... Just prove yourself to them' Fikir Ali untuk menyemangati dirinya sebentar.

.
.
.

Setelah 20 minit, mereka akhirnya sampai di tingkat 15. Baru sahaja lif dibuka, mereka telah dihadiahkan dengan sebuah bom yang membuat mereka melayang jauh dari satu sama lain.

Alicia mendarat dilantai dengan selamat, begitu juga dengan Moon.

Ali, seperti biasanya... Dia gagal mengstabilkan dirinya dan jatuh. Kepalanya mengenai dinding dengan keras. Dapat membuatkannya pening.

"Ali! Kau okay?" Tanya Moon dengan cemas.

"A-Aku okay..." Pandangannya menjadi sedikit kabur.

"Baguslah, sekarang kita fokus untuk serang diorang." Kata Moon sambil berdiri sebelah Alicia.

"Ali, lindungi tebusan daripads sebarang serangan." Kata Alicia sambil memanah ke arah penjahatnya. Moon pula membuat dirinya menjadi 3. Bakar pun turut serta untuk melindungi Alicia dan Moon daripada serangan dari penjahat itu.

Ali tidak mahu membuang masa. Dia terus mendekati tebusan itu dan segera membuka ikatan tali yang ada ditangan dan kaki mereka.

"Awak semua okay?" Tanya Ali. Tebusannya ada dua orang kanak-kanak lelaki, seorang remaja lelaki dan seorang lagi adalah warga emas wanita yang sudah berusia.

Mereka semua mengangguk perlahan. Sehingga salah seorang kanak-kanak menjerit. "Abang, hati-hati!!!" Jeritnya apabila melihat dibelakang Ali, ada penjahat yang sedang mengarahkan pistol ke Ali.

Ali tidak sempat untuk mengelak, dirinya terus terkena dengan tembakan itu. "Ah!" Ringisnya dengan perlahan apabila dirinya kembali melayang dan akhirnya terbentur didinding dengan kuat.

"Abang!!!" Jerit dua kanak-kanak itu. Lalu mereka berlari mendekati Ali.

"Abang okay tak?" Tanya salah seorang daripadanya.

"Abang... Darah!" Manakala seorang lagi mula berasa takut apabila melihat hidung Ali mengeluarkan darah yang begitu banyak.

"Ah..." Ali menyentuh hidungnya dengan mengeluh kecil. "Abang okay... Cuma, baik kamu semua pergi menyorok ataupun pergi jauh dari sini sebelum apa-apa terjadi dekat korang pulak"

"Tapi... Abang-" Belum sempat si anak kecil itu menghabiskan ucapannya, dia terus dipotong oleh Ali.

"Pergi sahaja. Ini demi keselamatan" Ali berdiri dengan perlahan. Dia memberikan kedua kanak-kanak itu senyuman manis.

"Baik..." Kata mereka serentak.

"Tapi, awak pasti yang awak akan baik-baik sahaja?" Tanya remaja lelaki itu sambil memapah wanita yang berusia itu.

"Saya pasti" Jawab Ali dengan yakin.

Remaja lelaki itu menghulurkan Ali sapu tangan. Ali dengan ragu mengambilnya lalu mengelap hidungnya.

"Hentikan pendarahan tu, nanti jadi makin parah." Kata remaja lelaki dengan wajah kerisauan.

"Baik, terima kasih." Ali memberikannya senyuman.

"Tak, kami yang patut berterima kasih kalau kamu tidak ada disini... Rasanya tempat ini akan menjadi tempat kematian nenek" Kata wanita berusia itu.

"Jangan kata macam itulah nek!" Marah kedua kanak-kanak lelaki itu pada wanita berusia itu.

.
.
.

Ali kembali disisi rakan sepasukannya. Dia berdiri diantara Alicia dan Moon. Manakala Bakar pula sedang berlawan dengan penjahat itu agar penjahat itu tidak melukai dirinya.

"Status?" Tanya Ali tanpa mengalihkan pandangannya dari penjahat itu.

"Senjatanya ada lampu merah saat dia ingin menembak seseorang. Seperti dia sedang mengumpulkan tenaga pada senjatanya. Setelah itu lampu itu akan berubah kepada warna hijau ketika dia menembak seseorang." Terang Alicia panjang lebar.

"Kita kena halang diri dia daripada mengumpulkan tenaga pada senjatanya. Atau tidak, dia akan menembak kita lagi." Ali sudah pun bersiap sedia dengan senjatanya.

"Bagaimana dengan para tebusan? Adakah mereka sudah selamat?" Tanya Alicia kepada Ali.

"Jangan risau, mereka telah pun berada di tempat yang selamat kalau aku yang uruskan" Ali berkata dengan serius, matanya masih lagi tertumpu di penjahat itu.

"Heh, yakin nampak" Alicia melirik ke Ali yang berada disebelahnya. "Kau okay?" Tanya Alicia. Dia pelik melihat wajah Ali yang semakin pucat dari sebelumnya.

"Aku okay. Mari kita tolong Ejen Bakar" Ali berlari kearah penjahat dan cuba menyerangnya.

Penjahat itu tampak peka dan terus menolak Bakar menjauh dari dirinya dan melompat kebelakang. Dia berusaha mengelak serangan Ali yang bertubi-tubi datang kepadanya.

"Hehe, main lagi!!!" Kata Moon dengan ceria dan turut ikut menyerang penjahat itu bersama Ali.

"Ejen Bakar okay?" Tanya Alicia sambil mendekati Bakar yang sedang terduduk dilantai kerana dia ditolak tadi.

"Okay, cuma jangan bagi penjahat tu peluang... Kalau boleh, ambik senjatanya." Bakar kembali berdiri. Dia memerhati Ali dan Moon yang dari tadi memberikan serangan kepada penjahat itu. Sehingga penjahat itu tidak sempat mengelak dan terkena serangan itu sedikit. Penjahat itu berlari dan menyorok disebuah tembok.

Ali dan Moon ingin menyerang lelaki itu. Ali pergi ke arah kanan dan Moon ke kiri. Saat mereka berdua ingin menyerang, mereka menyadari kalau penjahat itu telahpun menghilang diri.

"Eh, kemana dia pergi pulak ni? Takkan tetiba jadi invisible kot?" Tanya Moon dengan pelik dan terus melihat ke sekelilingnya.

Ali kelihatan menyadari sesuatu. "Alicia, cepat scan tempat ni!" Jeritnya, matanya  tidak lepas melihat sekitarnya.

Alicia mengangguk dan terus scan menggunakan Irisnya. Tak berapa lama kemudian, Alicia terkejut.

.
.
.

"Ali, Hati-hati!!!" Jerit Alicia kepada Ali.

Ali memandang kearah Alicia dengan pelik kemudian dia memandang ke atas.

Ali juga terkejut dengan apa yang dilihatnya.

.
.
.

Sorry lambat up, hehe eror sikit nie😔

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now