Chapter 26

107 14 3
                                    

Sekarang Ali sedang berada disebuah Taman yang menurutnya tidak terlalu asing. Taman ini pernah menjadi tempat dimana dia bertemu dengan orang yang dia rindukan selama ini.

Sudah beberapa menit sejak Ali terbangun di Taman itu. Dia sedang menunggu kehadiran seseorang yang menurutnya pasti akan datang menemuinya.

Ali setia menunggu orang itu dibawah pokok yang besar sambil duduk diatas tikar yang sudah lama terbentang. Seperti menantikan kehadirannya untuk kesana.

Ali bangun dari duduknya apabila dia melihat satu sosok yang dia sangat kenali berjalan menuju kearahnya. Tanpa membuang masa, Ali terus berlari dengan gembira kearah sosok itu lalu dia memeluk erat sosok itu.

"Mama! Akhirnya Mama datang, lama tau Ali tunggu Mama!" Kata Ali dengan senang. Tangannya melingkari pinggang ibunya.

"Ali..." Panggil ibunya dengan perlahan. Dia menunduk untuk menatap anaknya yang sedang memeluknya.

"Ya, Mama?" Ali mendongak. Senyumannya perlahan luntur dari wajahnya. "Mama, kenapa ni?" Tanyanya dengan lembut apabila melihat wajah Ibunya seperti tidak senang apabila dirinya ada bersama.

"Ali, kita duduk dulu yea?" Kata Aliya dengan lembut lalu dia memegang tangan Ali. Mereka berdua berjalan menuju kearah pokok yang besar itu lalu duduk diatas tikar yang terbentang dibawah pokok itu.

"Mama...?" Panggil Ali dengan perlahan. Dia tidak pernah melihat wajah Ibunya seperti ini. Penuh dengan kekecewaan dan kehampaan.

"Ya, Ali?" Sahutnya sambil menatap anaknya dengan lembut.

"Mama tak suka ke, Ali ada kat sini?" Tanya Ali secara tak langsung.

Aliya mengeluh sebelum menjawab soalan Ali. "Bukan Mama tak suka... Cumanya, Mama kecewa..."

"Kecewa...? Ali buat apa sampai Mama kecewa dengan Ali?" Tanya Ali lagi.

"Ali, kamu jangan ingat Mama tak tahu... Kamu menolak untuk menerima rawatan demi ingin bersama dengan Mama..." Aliya berhenti berkata untuk seketika. "Ali, mengapa Ali macam ni? Mengapa Ali mudah sangat nak menyerah?"

"Mama, Ali..." Ali cuba untuk menjawab, dia menundukkan kepalanya sedikit. Mengelak untuk menatap wajah lembut ibunya.

"Ceritakan kepada Mama, Ali... Beritahu Mama segalanya... Mengapa, kamu jadi macam ni. Mudah sangat untuk menyerah kalah... Ceritakan kepada Mama dari awal sehinggalah akhir. Luahkan segalanya, keluarkan apa yang ada didada kamu. Mama akan setia mendengarnya.. Jangan sembunyikan apapun dari Mama..." Pujuk Aliya dengan lembut. Dia meletakkan tangannya didagu Ali dan membuat Ali mendongak untuk menatapnya.

Ali menarik nafas sebelum memulakan ceritanya. "Selepas Mama dah takde dulu, Ayah semakin sibuk dengan urusan kerja. Tapi adalah sedikit usaha Ayah untuk pulang, meluangkan masa dengan Ali. Sekarang, Ayah langsung tak pedulikan Ali. Entah apa sebabnya, Ali pun tak tahu. Yang Ali tahu, bukan setakat dia tidak mengambil kisah tentang kehidupan Ali. Malah, dia memaksa Ali untuk belajar. Ya, Ali faham yang Ayah nak sangat anak dia bijak. Macam Mama, mesti Mama sukakan Anak Mama ni bijak...?"

Aliya hanya mengangguk lalu dia tersenyum. "Kalau tak bijak pun takpe, Mama boleh ajarkan sampai Ali bijak..." Kata Aliya dengan lembut lalu dia usap kepala Ali.

Ali hanya senyum apabila mendapat usapan lembut dari Ibunya. "Ali tau, Mama... Tapi, Mama kan dah takde. Jadi, terpaksalah Ali usaha sendiri."

"Ali memang kuat, kuat macam Mama..." Kata Aliya. Lalu mereka ketawa kecil.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now