Chapter 30

96 10 11
                                    

"Eh, no!!! Agrhhhh!!!"

"Jangan! Waarghh!!!"

Tack!
Tack!

"..."

"..."

"..."

"..."

.
.
.

"Ha, kenapa diam?! Tak nak bising lagi dah ke macam mana?" Marah Ali sambil berdiri di hadapan Ghazali dan Bakar. "Tunggu apalagi? Bisinglah lagi... Senang Ali nak pukul korang guna kuali besi terus"

"Uhuhuhu, tak nak dah... Huhu, dah perit. Sakitnya kepalaku" Bakar menggosok kepalanya dibahagian yang ada benjol kecil akibat pukulan Ali menggunakan senduk kayu.

"Tak nak dah buat bising... Huhu, sakitnya..." Ghazali juga turut melakukan hal yang sama dengan Bakar.

"Gaduh lagi macam budak kecik. Tak padan dengan tua, pergi bergaduh benda yang tak berfaedah...!" Marah Ali lagi sambil bercekak pinggang. "Ini adalah amaran terakhir, kalau bising lagi... Ali tak teragak-agak nak ambik kuali besi kat dapur tu, semata-mata nak pukul kepala korang. Faham?"

"Faham, uhuhu" Ghazali dan Bakar mengangguk laju.

.
.
.

Sekarang sudah memasuki 3 movie horror yang Ali tonton bersama dengan Bakar dan Ghazali. Tentunya mereka berdua tidak berani lagi menjerit, mahupun berbalah kerana takut dipukul pakai kuali besi oleh Ali.

Jam menunjukkan waktu 3:45 pagi. Waktu ini boleh dikatakan Ghost Hunter. Menurut rumor, hantu akan keluar pada waktu ini untuk mencari mangsanya dan akan pulang ke tempatnya apabila sudah pukul 5:00 pagi.

Waktu ini jugalah yang menurut Bakar dan Ghazali sangat menyeramkan. Takutnya, apabila mereka menonton movie hantu... Mereka boleh dikira 'mengundang' kedatangan hantu tersebut.

"Ali, dah-dahlah tonton filem ni... Jom, kita naik atas astu tidur bersama... Okay?" Pujuk Ghazali dengan lembut sambil memerhatikan sekelilingnya yang gelap.

"Haah, Uncle rasa seram sejuk lah kalau duduk sini lama-lama... Rasa tak nyaman." Pujuk Bakar pula sambil menyentuh bahu Ali.

"Ish, Ayah dan Uncle ni dramatik lah. Sabarlah sikit, cerita ni dah nak habis ni... Pukul 4 habislah, tinggal 15 minit je lagi nie." Kata Ali dengan tenang. Semua buahan yang Ghazali potong tadi telah dihabiskan oleh Ali. Satey, Murtabak dan makanan lainnya turut dihabiskan sehingga meninggalkan pinggan yang ada sedikit sisa makanan diatas meja kecil dihadapan sofa.

"15 minit? Lama tu... Kita tengok esok je lah" Pujuk Bakar lagi tanpa berputus asa.

"Ih, nampak nie?" Ali menampakkan senduk kayu yang berada dalam gengaman tangan kirinya. "Atau, nak suruh Ali upgrade jadi ni?" Ali mengangkat kuali besi yang dipegang oleh tangan kanannya pula.

Ghazali dan Bakar hanya menelan ludah kasar.

"Uh, Ali sambung jelah tengok movie ni... Lagipun, 15 minit aja.. Apalah sangat kan?" Ghazali berpeluh dingin.

"Ya, Ahahaha... Uncle pun tak nak ganggu Ali. Uncle akan diam"

"Bagus-bagus... Inilah yang Ali mahukan sejak tadi. Kedamaian, ketenangan dan aman." Ali tersenyum.

.
.
.

Tepat jam 4 pagi, televisyen diruang tamu ditutup. CD Ali diletakkan diatas meja. Lampu ruang tamu dipasang agar menyinari seluruh ruangan. Pinggan mangkuk yang digunakan telah pun dibersihkan oleh Ghazali.

Mereka sedang duduk diatas sofa sambil minum air yang telah dibuat oleh Bakar.

"Malam esok, kita tengok movie lain nak tak? Kalau boleh, belilah snek banyak-banyak... Bolelah kita makan!" Soal Ali dengan teruja sambil memeluk Ghazali. Kepalanya dibenamkan didada Ghazali.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now