Chapter 24

129 10 1
                                    

Seminggu telah berlalu, Ali sangat menikmati masa yang dia luangkan bersama dengan Bakar dan Ghazali. Semakin hari, semakin seronok. Itu yang difikirkan oleh Ali.

Begitu juga dengan penyakitnya, semakin lama tidak dirawat... Penyakitnya akan semakin parah. Bahkan, penyakitnya sekarang sudah memasuki tahap terakhir tanpa dia sedar dengan hal itu. Tahap yang ditakuti oleh semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut. Tahap yang mematikan.

There is no time and no way to turn back...

Namun Ali langsung tidak pedulikan tentang penyakit yang dihadapinya. Yang  dia tahu, dia hanya ingin bersama dengan Ghazali dan Bakar setiap waktu.

.
.
.

Kebelakangan ini, Ali sering jatuh sakit. Dan perkara ini dapat membangkitkan kerisauan dalam diri Ghazali dan Bakar.

Mereka sering bersama dengan Ali, tidak mahu biarkan Ali keseorangan lagi-lagi dengan keadaannya yang tidak membenarkan dia sendirian.

Mereka juga selalu memujuk Ali untuk memeriksa keadaannya, namun Ali menolak dengan mengatakan pelbagai alasan yang menurutnya agak munasabah dan dapat diterima.

.
.
.

"Ali, badan kamu panas sangat ni... Kita pergi hospital lah ye?" Pujuk Ghazali dengan lembut.

"Jangan buat kami risau, Ali... Ayah taknak anak ayah ada penyakit yang parah. Ayah hanya risaukan kamu sahaja..." Pujuk Ghazali pula.

"Ayah, Uncle... Ali taknak. Nanti kalau Ali makan ubat, surutlah demam Ali nanti." Kata Ali dengan lemah sambil terbatuk-batuk. Suaranya pula serak akibat sering batuk. Diatas dahinya ada kain kecil yang telah pun dibasahkan. Separuh badannya diselimutkan oleh Ghazali. Matanya hanya separuh terbuka. Ali sedang terbaring lemah diatas katil dirumahnya.

Sudah 5 hari mereka pulang selepas menikmati percutian mereka. Itu pun disebabkan Ghazali ada mensyuarat yang tak dapat dielakkan, begitu juga dengan Bakar yang harus membimbing Ejen Muda berteraskan Kombat.

.
.
.

"Ayah dan Uncle nak keluar dulu, kamu tidurlah yer. Rehat banyak-banyak supaya cepat sembuh... Bila dah sembuh, bolehlah kita bercuti balik." Kata Ghazali sambil membelai kepala Ali. Senyuman yang lembut terukir dibibirnya tanpa dia sedari.

Ali senang melihat senyuman itu... "Ali tau Ayah... Tapi, boleh tak kalau Ali nak suruh Ayah dan Uncle tunaikan permintaan Ali? Tak susah pon..."

"Dalam keadaan Ali yang macam ni...?" Soal Bakar dengan ragu.

"Kenapa? Tak boleh ke? Lagipun, Ali dah tak ada banyak masa dah... Ali harap sangat, Ayah dan Uncle akan tunaikan permintaan Ali nanti..." Kata Ali sambil memegang tangan Ayahnya dan Bakar. Dia bangun dari posisi baringnya lalu dia duduk. Bantalnya dijadikan alas untuk dia bersandar.

"Maksud Ali?" Soal Bakar kerana tidak faham.

"Ini soal kemahuan Ayah dan Uncle, lepas je sebulan ni... Ali akan pergi dah. Ali takkan duduk lagi dengan Uncle mahupun Ayah" Jawab Ali sambil tersenyum kearah Bakar.

.
.
.

"Ali, kamu tahukan yang kamu boleh menolak kemahuan Ayah dan Uncle...?" Tanya Ghazali sambil memegang tangan Ali lalu dia usap dengan lembut.

"Maksud Ayah..?"

"Kalau Ali menolak kemahuan kami yang dulu tu... Kita boleh mulakan hidup yang baru bersama dan menjadi sebuah keluarga. Layaknya keluarga yang indah dan bahagia..." Ghazali berkata lagi sambil senyum. "Kita tutup buku lama, buka buku baru... Nak tak?"

"Apa yang Ayah nak katakan sebenarnya.... ni?"

Bakar mengeluh lalu dia memegang bahu Ali. "Ali, kami nak Ali jangan pergi dari kami..."

"Tap-"

"Itu kemahuan kami yang dulu Ali... Waktu itu kami bodoh, terlalu ikutkan perasaan dan berlaku jahat kepada kamu..." Senyumam Ghazali mulai luntur lalu dia menundukkan kepalanya. "Dan berfikir kalau semua yang kami lakukan adalah untuk kebaikan kamu kerana tak mahu kamu menjadi lemah dimasa hadapan."

"Tapi kami sedar, kami terlalu memaksa Ali untuk menjadi orang dewasa dan orang yang matang. Walaupun remaja yang sebaya Ali seharusnya hidup gembira dan tenang tanpa memikirkan beban kerana seiring dengan waktu, kamu akan dewasa juga..." Bakar menyambung ucapan Ghazali.

"Maafkan Ayah, Ali. Ayah patutnya berikan banyak waktu Ayah dan sokongan kepada kamu. Ayah mohon sangat, jangan pergi dari Ayah.." Kata Ghazali sambil tersenyum. Dia melihat kearah Ali lagi lalu dia usap pipi Ali dengan lembut.

Ali tersenyum kerana dapat merasakan sentuhan hangat yang sering dia rindukan.

"Maafkan Uncle juga, Ali... Uncle seharusnya menjaga kamu dan didik kamu dengan baik. " Kata Bakar sambil tersenyum.

"Ayah, Uncle... Sebenarnya, Ali dah lama maafkan Ayah dan juga Uncle. Ali tak pernah bencikan Uncle dan Ayah walaupun sedikit. Tapi, Ali memang tetap kena pergi..." Ali tersenyum sebelum menghabiskan ucapannya. "Ali kena tunaikan janji Ali, maafkan Ali... Ayah, Uncle..."

.
.
.

"Permintaan Ali masih lagi ada 4... Ali harap sangat Ayah dan Uncle tunaikan permintaan Ali seikhlas hati Ayah dan Uncle...Hehehe" Ali ketawa kekok sedikit.

"Kamu benar-benar ingin pergi?" Soal Bakar dan dibalas dengan anggukan dari Ali. Ghazali yang melihat reaksi Ali sebagai jawapan kepada soalan Bakar hanya dapat mengeluh dengan perlahan.

"Ali, kalau Ali memang benar ingin tinggalkan kami hanya kerna soal janji... Batalkan saja janji tu, janji tu benda yang mengarut dan tak penting! Yang penting sekarang ini, Ayah nak kamu berada dengan Ayah..." Kata Ghazali sambil menahan tangis. "Ayah taknak kamu tinggalkan Ayah, macam mama kamu tinggalkan Ayah sendirian."

Ali menunduk sedikit setelah mendengar ucapan Ayahnya. "Maafkan Ali... Ayah, Uncle. Ali tak bermaksud nak buat korang sedih tapi, Ali tak boleh mungkir janji.."  Ali mengangkat lagi kepalanya dan menatap kearah Bakar dan Ghazali lalu dia tersenyum. 'Tapi, ini semua bukan soal janji Ayah... Maafkan Ali kerana telah berbohong. Harap, Ayah ampunkan Ali... Ali tak mahu jadi anak derhaka, tapi keadaan yang memaksa.' Batin Ali sambil tersenyum lemah.

.
.
.

Sorry for not being able to always update as usual. In this chapter, there are many clues to how he will end up. However, there is a plot twist that you never thought of that will occur at the end of this story... As usual, after 5 vote or more, I will update the next chapter again... See ya.

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now