Chapter 29

112 11 2
                                    

Masih lagi dihari yang sama, tapi waktu yang berbeza.

.
.
.

Ghazali dengan tenang menyuap Ali bubur ayam permintaannya.

Manakala Bakar dengan babak belur memakan Satey dan Murtabak secara perlahan. Pukulan Ghazali sungguh tidak main-main. Itulah padah mengata orang sedangkan kita sama sahaja. Kesimpulannya, janganlah kita memandai nak mengata orang kalau diri kita pun tak sempurna. Sedar diri dulu lagi bagus daripada disedarkan.

.
.
.

"Ayah pergi basuh mangkuk jap. Bakar, jaga Ali. Pastikan dia makan ubat" Pesan Bakar sebelum keluar dari bilik Ali.

"Yelah" Balas Bakar sambil memutar bebola matanya.

"Ayah jangan risau, Ali akan makan ubat untuk cepat sembuh!" Kata Ali sambil tersenyum

"Bagus anak Ayah..."

.
.
.

"Uncle" Panggil Ali.

"Ya" Sahut Bakar.

"Betul ke, Uncle kene cakar dengan kucing sebab berebut ayam?" Tanya Ali.

"Kau percaya apa yang Ayah kau cakap?" Tanya Bakar pula.

"Yelah, takkan Ayah bohong pula"

"Mana ada. Ayah kau yang buat aku macam ni tau tak... Huhu, ini kalau Akak aku tau... Baru padan muka dia" Kata Bakar sambil meratapi nasib.

"Hehehe, kuat betul Ayah pukul. Boleh dah ni jadi Ejen... Urm, Ejen apa yer sesuai dengan Ayah...?" Ali membuat pose berfikir. "Aha! Jadi Kombat!!! Ayahkan pro, ditambah lagi kalau Ayah pertahakan diri... Waaaa power-power.."

"Ayah kau hanya pro bab pukul orang je, bukan lawan orang. Silap hari bulan, Ayah kau yang dipukul pulak" Kata Bakar sambil sambung menyuapkan makanan kedalam mulutnya. "Kau yakin tak nak makan ni?" Tanyanya untuk kepastian.

"Yakin! Lagipun, Ali takde seleralah" Jawab Ali.

"Kalau macam tu, kau makan ubat dan terus rehat"

"Ala, awalnya rehat... Boleh tak Ali nak-"

Ucapan Ali terus dipotong oleh Bakar.

"Tak boleh, karang tambah pulak sakit kau tu nanti" Kata Bakar dengan tegas.

"Ala bolelah, dah lama Ali tak tidur lewat..." Pintanya sambil membuat puppy eyes.

Pintu bilik Ali terbuka, dan Ghazali masuk sambil membawakan buah yang telah dia potong jadi kecil-kecil.

"Haih, ini kenapa ni siap buat mata besar-besar macam ni? Dia minta apa, Bakar?" Tanya Ghazali sambil meletakkan dulang makanan diatas laci di tepi katil Ali.

"Budak nie, dia nak tidur lewat... Entah apa yang dia nak lakukan sampai nak tidur lewat" Jelas Bakar kepada Ghazali. Ghazali hanya mengangguk faham.

"Ala, bolehlah... Sekali ni jer" Ali terus beralih ke Ghazali.

"Tak boleh..." Kata Bakar dan Ghazali secara serentak.

.
.
.

"Ala..."

.
.
.

"Dah, makan buah-buahan ni dan terus telan ubat... Lepas tu, terus tidur. Dah lewat nie" Kata Ghazali sambil mengelus kepala Ali dengan lembut.

"Tak nak!" Ali terus menolak sambil mengembungkan pipinya. Tangannya pula disilangkan di dada. "Ali nak tidur lewat sebab nak luangkan masa dengan korang, bukan saja-saja...!"

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now