Chapter 22

131 17 4
                                    

Mereka ketawa terbahak-bahak apabila mendengar masing-masing menceritakan kisah silam yang memalukan, kecewa mahupun bahagia. Seketika beban masalah yang ada dibenak fikiran Bakar dan Ghazali hilang apabila bersama Ali. Sepertinya, mereka lupa yang mereka pernah benci dengan Ali, bahkan merasa jijik untuk mendekati Ali. Comot pula sudah tertidur diatas paha Ali kerana kenyang.

.
.
.

"Ali" Panggil Bakar secara tiba-tiba.

"Ya Uncle?" Sahut Ali sambil memakan puding coklatnya.

"Apa permintaan kau seterusnya?" Tanya Bakar. Ghazali memberhentikan acara makannya dan menoleh kearah Ali.

"Ish, sabarlah... Masih terlalu cepat untuk mengetahui permintaan seterusnya. Lagipun, kita ada banyak masa nak diluangkan, betul tak?" Kata Ali dengan gembira. "Nanti Ali cakaplah apa permintaan Ali yang seterusnya tu..."

"Hurm, yelah" Kata Bakar sambil menyuapkan puding coklat kedalam mulutnya. 'Baru hari pertama, dah naik muak aku duduk dengan dia. Bilalah dia nak pergi' Fikirnya.

Ali seakan tahu apa yang Bakar fikirkan. "Uncle jangan risau, habis je 1 bulan ni... Ali memang akan pergi, sejauh-jauhnya. Sampailah Uncle dan Ayah tak dapat jumpa Ali dah. Okay? Sekarang ni, nikmatilah masa yang kita ada... Lagipun ini adalah peluang untuk kita meluangkan masa bersama! Ali tak mahu sia-siakan permintaan ini dan waktu ini!" Kata Ali dengan teruja.

Bakar terkejut dengan Ali yang tiba-tiba berkata seperti itu. Semua kata-kata yang Ali ucapkan bagai menusuk dadanya dengan pisau hingga tembus kebelakang. Bakar tidak dapat berkata apapun, dia hanya diamkan diri lalu teruskan makan makanannya. Ghazali hanya menatap Ali dengan tidak percaya. Ali pula, hanya tersenyum gembira.

.
.
.

Mereka menghabiskan waktu ditaman itu dari pagi hingga ke petang.

Ali berasa sangat seronok kerana dapat menghabiskan masanya dengan Bakar dan Ghazali. Dia bernyanyi kesenangan semasa dalam perjalanan pulang kerumah penginapannya. Ghazali dan Bakar hanya menatap Ali sambil menggelengkan kepala. Dalam diam, mereka tersenyum melihat Ali yang sedang gembira membawa Comot dalam pelukannya dan terus bernyanyi seperti anak kecil.

.
.
.

Setelah mereka sampai dirumah penginapan, masing-masing terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri mereka.

Tak lama kemudian, salah seorang daripada keluar dari biliknya dengan wajah yang pucat, dan dahinya berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Sebelah tangannya digenggam, dalam genggaman itu ada 2 butir ubat. Tanpa membuat masa, dia terus ke dapur untuk mendapatkan air dan meminum obatnya.

'Ugh, bagaimana aku boleh lupa nak makan ubat ni... Aduh, sakit gila kepala aku ni' Batinnya. Dia mencapai 1 botol mineral dan membuka botol tersebut. Dengan cepat, dia memasukkan 2 butir ubat itu kedalam mulutnya lalu disertai dengan air dan terus menelan ubat itu bersama dengan air. Dia terus meminum air sehinggalah rasa pahit ubat itu hilang dari lidahnya. 'Ah, Alhamdulillah...' Batinnya lagi.

Lalu dia kembali masuk kedalam biliknya untuk merehatkan diri. Dia ingin menghilangkan rasa pening itu. Ubat yang baru ia makan tidak boleh menghilangkan rasa pening itu dengan serta merta. Rasa pening ataupun sakit akan hilang seiring dengan waktu berjalan. Setelah tamat waktu bekerjanya, rasa sakit itu akan kembali menyerang lagi. Sebab itulah dia kena makan ubat itu tepat waktu. Supaya dia tidak akan merasakan sakit itu lagi. Ubat itu hanya dapat menahan rasa sakit sahaja, bukan untuk menyembuhkan dirinya. Untuk membuat dirinya sembuh, dia harus menjalankan rawatan yang sudah ditetapkan secara teratur.

Jika dia terlupa memakan ubatnya, keadaannya akan menjadi parah. Ditambah lagi, dia tidak menerima sebarang rawatan untuk penyakitnya itu. Berkemungkinan, suatu hari nanti... Dia akan koma secara berpanjangan, disebabkan oleh penyakit yang parah itu.

.
.
.

Ali adalah orang yang pertama keluar dari biliknya. Dia terus menuju ke dapur untuk membuat makanan kepada 'keluarganya' yang dia sayang sekali. Hati Ali berbunga-bunga kerana telah mendapatkan perhatian yang Ali inginkan selama ini.

"Hari ni, aku nak masak sedap-sedap... Kau duduk atas sofa kat ruang tamu yer Comot... Jangan berani nak ganggu aku" Kata Ali sambil membelai badan Comot. Comot hanya mengangguk dan terus keluar dari dapur, meninggalkan Ali bersama dengan bahan-bahan masakannya.

.
.
.

Bunyi periuk, kuali dan senduk mengisi seluruh ruangan yang sunyi itu. Ali sedang berusaha untuk menyiapkan makanannya dengan cepat sebelum Bakar dan Ghazali keluar dari bilik. Mungkin mereka saat ini sedang tidur kerana kelelahan.

Bunyi tapak kaki yang tadinya kedengaran sayup sekarang semakin jelas. Disertai dengan bunyi orang yang menguap. Ali menoleh kearah sumber bunyi itu lalu tersenyum manis.

"Ayah dan Uncle dah bangun?" Kata Ali sambil memusingkan kembali badan nya dan menyambung aktivitinya memotong daging.

"Bangun? Hurm... Hoarmm" Bakar yang masih lagi mamai berusaha untuk mengingat apa yang dia lakukan tadi. "Haahlah, Uncle tertidur tadi... Sebab penat sangat... Hoargh" Kata Bakar sambil menguap.

"Ali masak apa? Hoargh" Kini giliran Ghazali pula membuka bicara antaranya dengan Ali.

"Ali sedang masak makanan kegemaran kita... Daging masak kicap dengan daging masak merah, tapi masih tak siap lagi. Ayah dengan Uncle pergilah mandi dulu, segarkan diri dan solat Isyak. Nanti kalau Ali dah selesai masak, Ali panggil okay?"

"Hurm, yelah.." Kata Bakar dengan Ghazali secara bersamaan. Mereka berjalan dalam keadaan mamai dan terus ke bilik masing-masing.

.
.
.

Bukan nak memaksa. Tapi, semakin hari semakin sikit orang vote, urm 🙁 kalau tak keberatan, sila tekan bintang disebelah kiri anda yer. Terima kasih awak!

I Tried | Ejen Ali (On Going) Where stories live. Discover now