• tiga •

3.8K 176 5
                                    


Jam bewarna merah di dinding kelas dipandang lama.

7...6...5...4...3...2...1!!

"Cikgu!! Rehat!!" jerit Yasmin penuh semangat.

Yasmin duduk di sebelah kiri Shuhada, sebelah kanan Shuhada pula Ailee. Alia pula duduk di sebelah kiri Yasmin.

Satu row ada empat meja, dan tempat duduk mereka adalah row yang kedua. Row dibelakang mereka pula ada Iqlyma dengan Farhana sahaja. Dahulu ada Ezza, tapi Ezza telah pindah ke MRSM lima bulan lalu.

Mereka berenam adalah SADGURLZCLUB.

Ailee mengemas mejanya yang agak bersepah dengan alat tulis dan buku-buku.
Selesai 'menyorok' barang-barangnya agar tidak dicuri oleh budak-budak senior yang ponteng kelas, dia mengambil sebuah buku novel kegemarannya, 'Satu Peluru Cinta' dan berjalan keluar dari kelas.

"Lamanya Ailee!!" Rungut Farhana.

"Hak elah, ko punya pasal gak, guna barang aku pastu letak kat ats meja camtu jer, bukan nak tolong kemas." Balas Ailee tidak puas hati.

"Ok, ok sorry Ailee....I love you." Kata Farhana dengan senyuman yang menampakkan lesung pipitnya.

"Hmmm...tak kuasa aku nak berlove ngan kau!" Kata Ailee dengan tangan di atas bahu dan mata memandang ke atas.

Mereka semua berjalan dan turun dari tingkat tiga melalui tangga utama yang menemukan dua blok.

Ailee sibuk membaca novel Satu Pelutu Cintanya itu sambil berjalan menuruni anak tangga bertemankan Shuhada di belakangnya.
Yasmin dan Farhana sudah lama sampai ke bawah kerana mereka bertugas menjaga kantin. Pengawas lah katakan.

"Ailee!!" Jerit Shuhada dari belakang.

Kerana terlalu terkejut, novel Ailee terlepas dari pegangannya dan terjatuh. Ailee kaget. Dia Hanya memandang kearah novel yang terdampar di lantai itu. Shuhada pasti yang Ailee bukannya memandang novel itu tetapi sepasang kasut converse berwarna putih melepak bertali yang cukup dikenalinya.

Ailee menelan liur. Pipinya mula tersa panas. Dia tidak mengangkat muka.

Tiba-tiba pemilik kasut itu mencapai novel yang terdampar dihadapnnya itu.

Ailee menelan liur lagi. Dia terpandang lengan manusia di hadapnnya itu. Baju lengan panjang ! Sah! Bisik hatinya, mukanya terasa berbahang.

"I believe this is yours?"

Suara garau itu cukup mencairkan hati Ailee. Novelnya yang dihulurkan oleh pemilik suara itu disambutnya.

Ailee mengangkat mukanya dengan berani. Hatinya berdegup kencang melihat wajah insan dihapannya itu.

Honeydew.

"Te...te....te...terima....kasih." kata Ailee gagap dengan tona yang agak rendah.

"Apa ? Tak dengar ?" Soal Honeydew. Haritu aku dengar dia siap jerit lagi, harini dah tak ada suara ke? Kata hatinya.

"Te...te...terima kasih!" Kata Ailee sekali lagi. Kali ini dia sedikit menjerit.

Pipi Ailee terasa makin panas. Dia menunduk semula. Pandangannya tidak stabil. Badannya menggigil.

Shuhada perasan badan Ailee sudah sedikit menggigil. Cepat-cepat dia ingin mencapai tangan Ailee.

Belum sempat Shuhada mencapai tangan Ailee. Novel yang dipegang Ailee jatuh kembali dan badan Ailee juga sama.

O.M.G

Itu sahaja yang mampu Shuhada kata apabila dia nampak Ailee yang berada dalam dakapan Honeydew.

Honeydew juga nampak terkejut dengan perbuatannya.




● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें