• lapan •

2.9K 139 4
                                    


  "Adhyatul Aleesha, bangun!" Jerit Irdina sambil menggoyang-goyangkan bahu Ailee.

"Bangunn!! Sembahyang subuh! Adhyatul Aleesha!" Jerit Irdina lagi, kali ini dia menggoyangkan pula badan Ailee.

Ailee menggosok matanya perlahan. Dia mencapai cermin matanya yang terletak di side table bersebelahan dengan katilnya. Dia mrngerling ke arah jam dinding bewarna purple cair yang tergantung cantik pada dinding berwallpaper-nya. Matanya membulat.

"Ya Allah, dah nak pukul tujuh dah. Weii, korang apasal tak kejut aku?" Kata Ailee sambil berlari masuk ke bilik air.

"Aku dari pukul enam dah kejut dia, dia boleh kata kenapa tak kejut." Kata Irdina membuat muka bengang.

Ainnur dan Shuhada mengemas tilam dan bantal-bantal yang terdamlar di tepi katil Ailee.

Azrin pula baru selesai solat subuh. Yasmin sudahpun ke dapur, menolong ibu Ailee menyiapkan sarapan dan dibantu oleh Irdina selepas Ailee bangun.

"Sedapnya bau!" Kata Ailee yang baru sahaja turun tangga. Yasmin sedang mengangkat mi goreng, diikuti Irdina dibelakang dengan sejag air teh.

Pantas Ailee mencapai beberapa biji pinggan lalu mengangkatnya dan kemudian menyusunnya di atas meja makan.

"Bismillahirrahmanirahim." Ucap Azrin lalu menyuap segarpu mi goreng ke dalam mulutnya.

"Ermm, sedapnya!" Puji Shuhada, reaksi mukanya tidak dapat ditafsir.

Ibu Ailee tersenyum-senyum. "Tambahlah lagi, makan banyak-banyak sikit." Pelawa ibu Ailee.



◆◆◆



Selesai bersarapan, Ailee dan kawan-kawannya bersiap-siap untuk pergi ke taman, menghirup udara segar pagi.

*Di Dalam Kereta*

"Haruman neowa naega hamkke halsuittamyeon, haruman neowa naega son jab ulsuittamyeon..." nyanyi Azrin, Ailee, Irdina, Shuhada dan Yasmin. Ainnur seperti biasa tak tahu jadi dia hanya berdiam diri.

"Haruman neowa naega hamkke halsuittamyeon...haruman..haruman..neowa naega hamkke halsuittamyeon.." part highnote Jungkook dinyanyi oleh Ailee dan Shuhada.

"Yeay, dah sampai!" Kata Ainnur yang sedari tadi mendiamkan diri. Nampak riak teruja di wajahnya.

Mereka turun dari kereta Camry Hybrid itu lalu masuk taman bebas itu. Mereka menyewa basikal menggunakan duit sendiri, Ibu Ailee pula membentang tikar di atas rumput berdekatan dengan tasik di tengah-tengah taman itu. Ibu Ailee meletakkan sebakul sandwich telur di atas tikar itu bersama-sama dengan air Hundred Plus dan sepeket cawan plastik.

Kring, kring, kringg, kringg. Seronok Yain bermain dengan loceng di basikal sewanya itu. Dia mengayuh basikal sewanya itu dengan agak laju. Menikmati angin pagi yang menampar mukanya. Azrin di sebelah Yasmin pula sedang menyanyi lagu BTS Hold Me Tight, mengikut irama yang didengarnya melalui earphone.

Ailee sudah maju kehadapan, dia mengayuh basikalnya perlahan, membiarkan kawan-kawannya catch up. Shuhada hanya dibelakang Ailee, mengayuh dengan senang hati.

Manakala Irdina dan Ainnur pula jauh dibelakang. Mereka bersembang sambil mengayuh.

Sedang Ailee leka dengan pemandangan yang cantik dan udara pagi yang amat segar di taman itu, matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berjogging dari arah bertentangan. Dia memberhentikan basikalnya, merenung lelakk itu.

"Its Mr. Honeydew." Ailee mula panik. Dia menoleh ke kiri, ke kanan dan kebelakang. Selamat. Ibunya tiada di situ. Ailee menghembuskan nafas lega. Dia menutup mata dan mengurut dadanya.

Tiba-tiba dia merasakan ada orang menggoyangkan bahunya. Ailee membuka matanya perlahan dan menoleh ke sebelah, memandang Shuhada yang cuba memberi signal.

"Ehh, Hai. Korang buat apa kat sini?" Soal Honeydew mesra.

Ailee kaget dengan soalan Honeydew yang begitu selamba.

Tiba-tiba terdengar suara orang dari belakang menjawab.

"Saja jalan-jalan, ambil angin pagi." Kata Yasmin dengan berani.

"Korang datang dengan siapa?" Soal Honeydew lagi.

"Dengan ibu Ailee." Jawab Azrin pula. Ailee tetap mendiamkan diri.

"Ohh, aku datang dengan Ridwan, sepupu kau." Terang Honeydew sambil memandang muka Ailee, merenung anak matanya.

Tempe ada sekalilah ni? Soal hati Ailee. Kalau dia jumpa mak aku macam mana? Mesti dia ajak duduk makan sekali. Aduhh, menyemak betul. Bisik hatinya lagi.

Muka Ailee terasa panas apabila mata Honeydew tidak lekang dari memandangnya. Dia menundukkan kepalanya. Dahlah dia berdiri depan aku, dengan baju sleeveless, seluar sampai lutut je. Bisik hati Ailee.

"Korang nak pergi mana nih?" Soal Honeydew lagi.

"Nak pergi kat mak saya lah." Akhirnya Ailee bersuara.

"Aku ikut boleh ? aku nak cari Ridwan ni." Kata Honeydew.

Woah...woah mana mungkin. Bisik hati Ailee, panik.

"Ermm...jomlah." kata Shuhada. Ailee membulatkan matanya memandang Shuhada. Shuhada buat bodoh lalu terus mengayuh basikalnya.

Ailee mengikut Shuhada dari belakang. Yang lain turut sama, manakala Honeydew berlari seiring dengan mereka.

Eh, Tempe dengan ibulah. Bisik hati Ailee. Dia memakirkan basikalnya di sebelah basikal Shuhada, dan diikuti dengan basikal kawan-kawannya.

Ailee berjalan perlahan ke arah ibunya, dia menggenggam tangan Shuhada seerat mungkin.

"Ehh, Aleesha. Meh duduk makan sandwich ni sekali. Panggil kawan tu. Tadi ibu nampak Ridwan ni hah jogging. Ibu ajaklah dia makan sekali." Kata ibu Ailee.

Ridwan memerhati Honeydew yang sedang memanggilnya.

"Mak Ngah, tu kawan Ridwan dah panggil ha." Kata Ridwan kepada ibu Ailee.

"Ajaklah dia makan sekali. Banyak sandwich mak Ngah buat nih." Kata ibu Ailee. Mata Ailee membulat sekali lagi.

Honeydew makan sekali? Owemgee!!! Bisik hati Ailee.










● end
_______

xo , dina

My Mr. Honeydew ! Where stories live. Discover now